Isnin, Ogos 19

Rhythmic Gymnastics?

Sukan yang saya suka tengok ialah Rhythmic Gymnastics. Kalau ada Sukan Komanwel ke, Sukan Olimpik ke memang saya minat untuk menonton pertandingan yang ni. Ada satu jenis lagi iaitu Artistics Gymnastic. Ini saya kurang minat nak tonton. 

Tengoklah posisi gimnas ni dengan riben. Cantik betul gaya ni macam ala ala Swan (itik putih) pula saya rasa. Masa Sukan Olimpik Paris 2024 ni memang saya ada menonton acara individu dan juga berkumpulan. Berapa tahun nak berlatih sampai badan lembut macam ni?. Saya takde la peminat individu tertentu atau negara tertentu. 

Ada juga intro tentang atlet gimnastik ni, ada yang menuntut di Universiti...kena wakil negara. Ada juga gimnas yang berasal dari France tapi akhirnya mewakili Algeria untuk Artistics Gymnastics. Algeria ialah tempat kelahiran ayahnya orang Algeria. Ibunya orang France. Menang pula pingat emas. Nama beliau ialah Kaylia Nemour. 

Credit : Google

Ini pula acara riben dan bola berkumpulan. Mereka kena bertukar-tukar main riben dan bola. Tak boleh seorang individu ajer yang main satu satu elemen tu. Ada part mereka kena menyamakan aksi (syncronize). Cara mereka tukar bola atau riben dengan mencampakkan kepada ahli kumpulan pun cantik aksi tersebut. Ada kalanya tak dapat pula tangkap bola atau riben terbelit. Ini akan dipotong markahnya. Mereka menari dengan irama muzik. Kena syncronize pula lentuk badan dengan muzik yang dimainkan. 

Apa yang saya perhatikan....bila kita pause kat TV memang gambar tak bergerak la kan? Ia akan jadi kaku tapi masa Sukan Olimpik 2024 ni....walaupun gambar pemain di pause (kaku), juri boleh gerakkan samada ke depan atau ke belakang kalau nak tengok gerakan kumpulan gimnas ni. Canggih betul ya. 

Credit : Google

Saya minat sebab saya rasa sukan ni feminin sangat. Lemah lembut, ayu....ada juga gimnas yang memakai seluar panjang semasa acara. Ramai juga yang memakainya. Nampak smart pulak. fesyen baju pun cantik sebab ada berkilat-kilat macam tu dan colorful. 

Dulu, masa sekolah rendah...Dania ada seorang kawan yang memang masuk gimnastik berirama ni. Ibunya ada beritahu anak dia kena berdisiplin dalam pemakanan. Ada yang boleh makan, ada yang tak boleh makan. Nak bagi ringan badan kawan Dania tu kot. Akhirnya mak kawan Dania kata anak dia macam tak cukup nutrisi. Kawan Dania tu memang kurus sangat-sangat. Kena selalu berlatih kat Stadium Bukit Jalil tu sebab dalam team Wilayah Persekutuan. Sekolah pun kat Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil dan memang dekat sangat la nak ke Stadium Bukit Jalil. Cuma 600 meter je. Tak lama kemudian keluar dari jadi gimnas sebab tak selamanya anak dia kena pakai macam tu. Sampai masa nak kena tutup aurat pulak....





XOXO,
Ezna

10 ulasan:

  1. suka juga tgk acara gimnastik berirama dgn reben or bola...melentik2 kn para gimnas tu...risau kita yg tgk takut terpeleot

    BalasPadam
  2. Masa zaman sekolah dlu...Memang suka tgk sukan gimnastik ni..
    tapi skrg ni dah jarang tgk tv ni..mmg dah tak tgk dah apa2 sukan.

    BalasPadam
  3. Suka juga tengok sukan gimnastik ni. Betapa cekalnya mereka ini berlatih dari kecil sbb tu badan mereka lembut boleh melentik cantik.

    BalasPadam
  4. memang best kalau tgk sukan gymnast...kagum betul dgn diaorg punya skills...kalau tgk atheletes negara cina esp sukan renang etc, extreme betul latihan kan, sejak usia kecik lg

    BalasPadam
  5. Betul, dengan orang Islam, macam tak sesuai jika nak ceburi

    BalasPadam
  6. Lama tak tengok acara ni.. pasti para gimnas punya latihan disiplin yang tinggi.

    BalasPadam
  7. Badang diorang ni macam getah! Macam takde tulang!

    BalasPadam
  8. Terpegun tengok atlit2 ni, lembut flexible betul badan nya.

    BalasPadam
  9. Betul..MA kalau tgk pun suka tgk yg riben ni..memang cantik n kagum sgt..lembut badan nya

    BalasPadam
  10. Saya pun sukaaaa. Kdg terpikir juga, sekeras apa mereka latihan yaa. Krn bukan gampang melakukan ini. Apalagi yg berkelompok. Hebaaat. Disiplin latihan pastilah JD hal utama. Termasuk jaga makan.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Lamanya nak tunggu buku Teme Abdullah

Lama betul nak tunggu buku dari Iman Publication pembelian dari My Siswa Place. Akhirnya dapat juga akhirnya setelah order dari 1 November 2...