Rabu, Ogos 7

Movie Review 'Theera Kaadhal' | Netflix

Credit : Google

Makna Theera Kaadhal ni Endless Love.

Movie Tamil ni diterajui oleh :

Jai sebagai Gautham
Sshivada sebagai Vandhana
Aishwarya Rajesh sebagai Aaranya
Vridhi Vishal sebagai Aarthi
Abdool Lee sebagai Arun

Ia mengisahkan tentang Gautham yang telah berkeluarga dan mempunyai seorang anak perempuan. Mempunyai seorang isteri yang bekerja sebagai Manager Sumber Manusia. Beliau sendiri bekerja sebagai seorang jurutera. 

Satu hari Gautham kena pergi outstation sebab kerja dengan menaiki keretapi. Gautham bertemu dengan bekas teman wanitanya yang bernama Aaranya. Dari situ lepas habis kerja je Gautham akan berjumpa dengan Aaranya. Macam cinta lama mereka berputik kembali. 

Bila Gautham kembali kepada kehidupannya dia menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab. Menolong isterinya dengan anak mereka, menolong dalam kerja rumah. 

Aaranya pula dalam kehidupannya ditakdirkan berkahwin dengan seorang suami yang panas baran. Beberapa kali juga memukul Aaranya. Bila berlaku macam tu Aaranya akan balik ke rumah ibu bapanya tetapi disuruh untuk kembali kepada suaminya semula. Aaranya pun mula bercerita kisahnya kepada Gautham. Bila Gautham mula melayan memang menjadi-jadi Aaranya sehingga beliau hantar whatsapp dan call Gautham tak kira siang atau malam. Isteri Gautham bernama Vadhana pun mula berasa curiga. 

Lama kelamaan Gautham dah mula muak dengan Aaranya yang asyik mengacau kehidupannya jadi dia mula dingin terhadap Aaranya. Aaranya pula ada bagitau yang hanya Gautham sahaja untuknya. Dia jadi makin obses dengan Gautham dan sampai dia......

Saksikan apakah yang akan berlaku seterusnya. Adakah Gautham akan kembali kepada kekasih lamanya Aaranya?. Pelakon yang melakonkan watak Aaranya ni sesekali muka dia persis Kajol pulak. 

Bagi saya, saya berikan 3/5 star untuk movie ni. Buat lelaki yang dah berkahwin jangan la melayan perasaan terhadap kekasih lama ni. Jangan cuba bermain dengan api. Nanti kelak membakar diri. Isteri ni bila ada benda yang pelik je berlaku dia akan mula menghidu ada yang tak kena. Naluri isteri ni kuat tau. Bila dah mula bermain dengan api lepas tu sendiri pulak yang tertekan. Padan muka. 😅 Movie ni bagi saya cerita dia takdelah complicated sangat. Straight forward je. 





XOXO,
Ezna




7 ulasan:

  1. suspens plak endingnya tu hahahah

    BalasPadam
  2. Aah muka dia macam Kajol sikit kan

    BalasPadam
  3. jalan cerita menariks, tapi cita tamil plak... MA kureng skt..kalau hindustan tu ok lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe....sebenarnya dulu pun sama jugak tapi semenjak dah tengok beberapa cite Tamil. Ok pulak jalan ceritanya MA.

      Padam
  4. Nasib saya bukan lelaki seperti itu. Eh! Tak ada kaitan. He he he.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Penjara Wanita Kajang?

Untuk pengetahuan semua, Penjara Wanita Kajang ada menyediakan produk sejuk beku yang dibuat oleh banduan wanita di Penjara Wanita Kajang.  ...