Selasa, Ogos 13

Food Truck Presint Diplomatik Putrajaya

Dania hari ni bawa bekal burger Mac & Cheese. Dapat ilham dari Subway letak Mac & Cheese dalam roti. Letak tomato ceri, daun salad red leaf. Diapit la dengan roti burger. Letak juga sos cili dan mayonis. Ini untuk makan tengahari. Kalau makan malam, Dania kata dia makan Marrybrown. Kalau guna kad RHB Siswa tu dengan pembelian RM25 ke atas dapat la seketul ayam percuma tapi Dania punya bil belas ajer. 

Bawa juga sudu dan garfu untuk senang makan. 


Ni masa ambik Dania dari IOI City Mall. Ada kala kena kerja morning, kadang afternoon dan kadang kena full. Jadi ikut jadual la.


Ayah nak singgah food truck Presint Diplomatik pulak. Semua minum air panas. 


Kat sini ada beberapa food truck dan ini diantaranya. 


Ada beli juga putu mayam kecik ni kat Pasar Malam sebelum hubby balik kerja. 


Beberapa food truck tengah tunggu pelanggan. 


Ramai juga kat sini tapi tak sesak la. Masih ada tempat duduk. 


Sebelum balik, snap lagi satu gambar. 


 

25 ulasan:

  1. Meriah nampaknya kat sini... Yg dekat² Nasi Kuning Lan tu kan Ezna?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh nasi kuning Lan tu nama dia 'Nasi Lan Kedah' ke PH?. Ye area berdekatan situ cumanya Nasi Lan Kedah dah tutup dah PH kat Presint Diplomatik tu.

      Padam
  2. Dah lama tak singgah makan di food truck putrajaya. Dulu pernah pergi sebab adik yang duduk putrajaya tu bawak kiteorang makan kat sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada 2 tempat satu lagi berdekatan hotel dorsett putrajaya. kalau sampai sini boleh singgah.

      Padam
  3. Wow..Meriah..Sama mcm tapak dekat tepi ofis sy ni..Sebelah hotel corus tu =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapak kat KL tu memang meriah sangat. Parking pula limited.

      Padam
  4. boleh la tiru menu Dania burger mac&cheese...Pia mesti suka ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kalau peminat Mac & Cheese memang akan suka cumanya kali ni diletakkan dalam burger nak bagi kelainan.

      Padam
  5. Meriah pilihan mknn kat food truck tu🤤

    BalasPadam
  6. waahhh meriahnyaaaaa! kalau parking senang cari takpe syok dtg hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya parking dia luas juga Ana. Kalau takde parking payah juga kan.....tak singgah la nampaknya.

      Padam
  7. Memang meriah, kadang2 singgah jugak kalau nak cari makan.

    BalasPadam
  8. Food truck area diplomatik ni tak pernah try lagi...
    selalu pergi area cyberjaya tu je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Cyber kat Tapak tu ya. Ya akak pun pernah singgah situ.

      Padam
  9. ammi kan sejak anak-anak tak complete ni jarang makan kat luar. haritu bila semua complete ehhhh tak sihat pulak si Kyra

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kita pun rasa tak cukup korum je kan Ammi?....

      Padam
  10. harga standard food truck ke? ke lg mahal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Food Truck punya harga Anies tapi kalau order Pizza haaa yang ni mahal sikit.

      Padam
  11. Kan best kalau seremban pun macam ni kan...SA suka tengok suasana ramai- rami macam ni..ada satu la kat Seremban..Gedabucks tu...kalau ada lagi banyak dan specific tempat lagi best rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau banyak ala ala Gedabucks tu lagi banyak la pilihan SA kan....

      Padam
  12. Sukaaa makan di food truck seperti ini. Krn banyak pilihan makanan 😍👍. Walopun suka bingung nak pilih menu yg mana. Bisa lamaaa melihat-lihatnya 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...