Selepas menghantar Dania ke tempat kerja, ummi dan ayah pun ke Sepang. Ternampak pokok Tecoma tepi jalan. Bunga putih dan bunga merah jambu sedang lebat berbunga.
Sementara itu kami ikut laluan kecik ni bila nak mencari rumah.
Lalu pula kawasan yang menghijau ni dengan sungai kecil mengalir. Tenang je saya rasa. Ok moh la balik sebab tak jumpa apa yang nak dicari.
Kemudian balik la kami dan tangkap lagi gambar pokok tecoma dari arah yang bertentangan.
Tiba di rumah, berdekatan porch rumah kami....ada sepohon pokok betik yang tumbuh liar di sebalik pokok heliconia. Mungkin dari najis haiwan seperti burung atau tupai yang bawa benih pokok betik ni. Kat belakang rumah pun ada sepokok betik yang tak tahu mana datangnya.
Ada ternampak pokok tecoma yang berbunga lebat kat tempat you alls?
XOXO,
Ezna
ummi ayah cari apa tu?cantiknya bunga tecoma dari jauh ala2 sakura,tempat kami rasa macam tak pernah nampak bunga ni
BalasPadamYa macam Sakura tapi ni Tecoma namanya. Bila berbunga lebat tu jatuh je kat jalan tu ha......
Padamtecoma tu ada byk jugak kat tepi2 jln nak masuk ke uia, dan dlm uia pun ada lah wpun tak byk...err tak perasan plak tgh berbunga ker tak sekrg hahha nanti i observe
BalasPadamKat sekolah Dania dulu pun ada tapi kena tebang. Bila berbunga lawa sangat. Nak menyapu bila jatuh ke tanah tu yang jenuh sikit tu.
Padamada jugak nampak dah....kalau kat Melaka banyak jugak kat tepi2 jaln
BalasPadamAh ah selalu tanam kat tepi jalan sebab nak bagi teduh.
PadamCantiknya pokok dia =D
BalasPadamYa sangat cantik bila dah berbunga macam ni.
PadamSemalam baru nmpk banyak bunga tecoma yg berguguran di tanah. Yg atas pokok tak perasan pula 😅
BalasPadamBila dah gugur tu dah lama la berkembangnya tu ko PH.
Padamko = kot
Padamdok kat area highway ni kompem x jumpa pokok2 ni 😁
BalasPadamTanam kat jalan la sebenarnya Anies. Highway pokok lain la kot.
Padamah ah..kat area umah MA pun dah byk berbunga dah
BalasPadamMacam ada 2 warna yang pernah nampak setakat ni. Pink dan putih.
Padampandainya kak ezna tau nama2 pokok. kalau ammi, hmmmm sendu bab nama pokok
BalasPadamPokok yang Tecoma ni sebab suka tengok time dia berbunga. Itu akak gigih cari nama dia.
PadamKalo di Indonesia , pohon mirip sakura ini disebut Pohon Tabebuya. Ditanam di sepanjang jalan utama Jenderal Sudirman. Pada saat berbunga, putih semua sepanjang jalan itu 😄. Dan Krn itu daerah perkantoran, biasanya langsung banyak staff nak foto2 di bawah pohon Tabebuya.
BalasPadamSaya tak tahu pula pohon ini sama dengan tacoma atau tak.. terkadang kita beda nama tp ternyata sama jenisnya kan.
Kakak rasa sama sebab bila kakak check, nama lain bagi Tecoma ialah Tabebuia Rosea. Ia adalah tanaman yang berasal dari Costa Rica. Merupakan pokok kebangsaan bagi negara El Salvador. Wow interesting facts. Kakak rasa Tabebuya dan Tabebuia itu sama la pokoknya.
PadamAda satu yang kakak search kata nama pokok ni Tecoma Tabebuia Rosea.