Selasa, Ogos 27

Surau berkaca dan SofeaRose

Sambil berjalan saya terlalu depan kedai Siti Khadijah. Besar juga kedainya dalam IOI City Mall ni.


Di bahagian hadapan kedai ada surau. Ayat dia experience inner peace, may solat here with ease. 


Nampak selesa la tempatnya. Selalunya surau ada kat IOI City Mall ni tapi ni dia buat surau dalam kedai dia. Bagus juga la Siti Khadijah ni. Cakap dengan Dania boleh la tumpang solat kat sini tapi jauh sikit le sebab ni kat New Wing. Dania selalu solat kat surau berdekatan 7-11. Surau kat sini yang akan dibuat surau solat jumaat...jadi hari jumaat perempuan kena solat kat tempat lain. Kadang, Dania solat dalam stor F.O.S tu je kalau nak cepat. Cumanya takut ada orang makan dalam tu sebab Dania pun makan bekal dalam tu. 


Ini pula pemberitahuan Solat Jumaat akan diadakan di surau dalam IOI City Mall bermula 6 September 2024. Saya rasa ini adalah inisiatif yang baik. 

Credit : Google

Lepas tu singgah kedai SofeaRose ni. Saya pernah ke kedai yang kat Bangi Sentral tu. Kalau kat sini first time. Ada promo Hari Merdeka nampaknya ni. 


Baju atau seluar ni RM29 sehelai tapi kalau beli 2 helai yang kedua tu 50% off. 


Ini pair baju ni tapi saya rasa kain dia nipis sikit. 


Seleksi hijab. 


Baju kurung dan jubah. 


Sejadah. 


Jubah dan baju kurung kedah yang bersulam. di baju dan kain. 


Tudung sarung. 


Shawl ada, tudung semi instant ada. 


Ada beza untuk harga member dan bukan member. 


Ada juga section yang Buy 2, dapat 1 lagi free. Ini untuk design yang lama. 


Jadi....yang mana pilihan anda?....


Ada juga la beli 2 helai tudung yang dibeli untuk saya dan Dania. Fabrik satin tapi rasa dia kesat dan ada corak bulat kecil tapi tak berapa nampak sangat. 

Dusty Blue saya punya. Harga saya dapat harga member. 

Credit : SofeaRose

Midnight blue ni Dania punya. 

Credit : SofeaRose

Baju kurung yang nak pair dengan tudung ni tak jadi baju kurung lagi. Baru nak hantar tailor tapi bukan masa terdekat la. 





XOXO,
Ezna
 

8 ulasan:

  1. initiatives yang baik untuk adakan solat jumaat di surau iol city mall ni.. terbaikk :D
    Makin ramai la kaum lelaki yng akan ke IOL City Mall hari jumaat nanti :D

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah ada buat solat Jumaat dalam mall, memudahkan pekerja dan pengunjung Muslim tak perlu keluar mall. Bagus sungguh pengurusan IOI mall.

    Saya ada beli bawal plain SR, memang best kainnya. Tapi harganya memang lebih tinggi berbanding bawal jenama lain, nak beli kena tunggu diskaun baru rasa tak bersalah 😅

    BalasPadam
  3. Elok la ada buat solat jumaat di surau IOI City Mall. Bukan setakat pengunjung mall je, yang duduk di hotel LMP tu pun boleh pergi sekali. Memudahkan pekerja lelaki jugak utk pergi solat jumaat.

    BalasPadam
  4. Wahhh...Bestnya..Tp penat nk jln dlm ioi city mall ni...Besau..Masa sy jadi volunteer animefest last year jenuh nk cari surau dkt new wings tu =D

    BalasPadam
  5. bagus nya..senang pekerja nak solat jumaat sbb ada dlm mall tu je

    BalasPadam
  6. telekung SK memang cantik dan comfy...i pakai yg aimi bg hadiah masa raya..kaler pinky :)

    BalasPadam
  7. Saluuut dengan SK. Baru kali ini ada store yg sedia musholla kecil di dalam. Tak pernah saya lihat lagi 👍👍👍. Saya biasa beli SK secara online kalo di JKT. JD tak pernah DTG ke store-nya langsung

    BalasPadam
  8. Bagus inisiatif IOI dengan menjadikan musolla untuk solat Jumaat. Ramai yang akan mendapat manfaatnya.
    Cantik nama butik Sofearose tu.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Penjara Wanita Kajang?

Untuk pengetahuan semua, Penjara Wanita Kajang ada menyediakan produk sejuk beku yang dibuat oleh banduan wanita di Penjara Wanita Kajang.  ...