Semenjak Dania dah bekerja Part Time ni rutin hujung minggu ni berubah la kan. Kalau kerja morning / full kena hantar la waktu pagi.
Kebetulan kerja full pula jadi bekal memang dah tersedia ya. Kali ni Dania bawa nasi goreng. Nak habiskan daun kucai jadi masukkan juga daun kucai dalam nasi goreng ni.
Bye Dania....jumpa malam nanti ya....
Sementara itu, ummi dan ayah ke Q Bistro nak breakfast. Kat sini makanan dihantar menggunakan robot kucing ni.
Ramai juga yang makan hari minggu kat sini.
Roti goyang banjir ni hubby punya.
Gambar blur sebab terang belah sana.
Roti sarang burung ni saya punya. Air pula teh o suam. Kalau roti sarang burung yang saya pernah makan kat Langkawi, banyak lagi bahan-bahannya. Sedap pun sedap jugak.
Nak lagi kick mintak pulak sambal. Sambal ni sambal nasi lemak je ni.
Tengok la dua aksi kucing tidur ni haaaa sampai tak sedar saya ambil gambarnya.
Lena sangat tidurnya ni. Buat kerja berat apalah ni ya?.
Petang pula, seorang anak saudara saya berjalan-jalan dan ice skating dalam IOI City Mall tu dengan kawan dia. Balik weekend dari UIA Gambang tu (Adik dia Eerfan rindu...hehehehe). Saya pun kata gi lah kacau Kak Dania kat F.O.S. Lepas tu Sofiah tanya lokasi F.O.S ni kat mana. Beria la saya bagi direction dekat dengan kedai mana.....tak bagi direction boleh sesat ohhhh sebab luas kan IOI City Mall ni.
Akhirnya saya dapat gambar ni dari Sofiah. Thank you Sofiah. Hahaha dia memang dah tau dah Aunty Ena mesti nak mintak gambar punya. 😆. Dalam gambar ni sebijik muka ummi dia....Erma....dan Dania kata Sofiah siap bawa tepung lagi sebab adik saya suruh beli. Hehe. Nak buat kuih apa tu Ema?. 😅💪
Dania pulak baru balik dari rehat je. Kali ni katanya makan kat Marrybrown. Kalau syif kerja full saya bekalkan untuk rehat yang pertama. Kalau rehat kedua Dania beli la kat mana-mana dalam IOI City Mall ni. Kalau tapaukan takut tak fresh lagi la kan.
Ada dua gambar. Thank you Sofiah....
Bila saya tanya Dania tengah buat apa masa Sofiah datang?....rupanya tengah melipat baju kanak-kanak. Hmmm....rajin anak ummi ya....mananya tak rajin ya...nak join berborak majoriti lelaki. Nak berborak dengan ketua yang perempuan tu segan la jugak kan....
Kat tempat Dania kerja ni ramai juga yang sebaya dengan Dania. Seorang ambil Diploma di Unikop, seorang nak kerja sebab dah malas nak belajar lepas SPM, seorang pula drop ambil STPM sebab tak boleh bawa dan terus kerja (drop pula sebelum peperiksaan STPM) dan seorang lagi baru je dapat keputusan STPM dan tengah menunggu nak masuk mana2 Universiti. Dia target universiti dekat-dekat je. Haaa kalau masuk UPM tak mustahil boleh jumpa pula kat UPM ya. Kebetulan masa berborak dengan Dania budak tu ambil STPM kat Sekolah Tinggi Kajang. Dania pun cakap la Dania dapat jurusan sains kat Sekolah Tinggi Kajang tu. Sekolah Dania dulu macam terbahagi kepada dua. Ada yang dapat sekolah ni dan ada yang dapat kat Sekolah Menengah Yu Hua, Kajang untuk tawaran Tingkatan 6. Seorang lagi tak ambil SPM memang terus kerja je....dan last but not least Dania la yang tengah belajar kat UPM. Rasanya mereka berenam sebaya lahir tahun 2004.
Errr tapi kalau Dania dapat Sekolah Tinggi Kajang tu kalau itu je la pilihannya pasti saya akan tukarkan ke sekolah yang lain sebab tu sekolah lelaki. 😅. Tingkatan 6 je ada murid perempuan tapi tu lah....sekolah lelaki kan...
XOXO,
Ezna
kuah kari memang lagi sedap kalau campur dengan sambal. sedap je tengok bekal untuk Dania tu. rindu nasi goreng mak hehe
BalasPadamSis pun suka nasi goreng ni.
Padambanjir btul tu roti goyang...kita kt qbistro suka roti sarang burung
BalasPadamSelalu makan yang roti goyang tu, kali ni nak makan sarang burung pulak. Sedap juga.
Padamlama dah ammi tak makan roti canai. ntahlah kalau kedai tu ada roti canai dan tosei, ammi akan prefer tosei. dari dulu lagi gitu
BalasPadamTosei pun sedap juga ammi. Nasib baik baru2 ni ada makan tapi kat Pelita.
PadamOh ini yg anak kak Erma yg kemarin hantar barang saya ya kak? Manis anaknya 😊👍
BalasPadamKalo roti sarang burung di atas memang saya tak bisa makan. Tak sanggub kalo kuning telur msh cair 🤣🤣🤣. Suami yg sukaa sangat
Ya inilah anak adik kakak yang hantar barang tu. Dia baru masuk menuntut foundation di IIUM (UIA Malaysia). Mulanya mendaftar di tempat lain...kemudian bertukar fikiran mendaftar di IIUM (International Islamic University Malaysia) pula.
PadamKakak sama Raka suka yang telur masih cair. Hehe....