Lepas hantar Dania masuk kerja. Saya pun mencarilah parking.
Ada event pulak kat tengah-tengah ni.
Saya sebenarnya nak menuju ke sini. Thai Odyssey. Dah tiba masanya nak mengurut ni sebab bahu saya macam sakit sikit.
Saya pilih Aromatheraphy Massage selama 2 jam. Mulanya nak pilih 90 minit je tapi disebabkan ada discount 20% sempena kemerdekaan jadi saya pilih untuk mengurut selama 2 jam.
Ini diantara seleksi minyak urutan. Saya memilih Signature. Walaupun minyak ni minyak dari bunga ros tetapi bau bunga ros tu sikit je. Bau minyak urut tu yang mendominasikan tu. Kuat juga baunya.
Tengah menunggu ahli terapi. Ruang menunggu pun lampu pun agak malap jadi kalau mengantuk boleh tertidur pula.
Kat meja ni ada bunga kemboja dibiarkan berenang dalam bekas yang berisi air ni.
Ada majalah juga boleh dibaca sementara kita menunggu ni. Bila ahli terapi dah tiba, kaki kita akan dibasuh dulu dengan menggunakan sabun dan garam. Masa disapu dengan sabun tu terasa macam kaki kita digeletek la pulak. Ni pun saya tahan juga....😅. Bila kaki kita telah dibasuh kemudian akan dilap dengan tuala dan ahli terapi akan membawa kita ke bilik mengurut.
Ni bilik mengurut ni. Lampu pun agak malap. Kena bersedia dan meletakkan beg ke dalam almari yang disediakan.
Kejap betul la masa 2 jam tu pun. Ahli terapi tu pandai mencari urat yang tersimpul tu. Sakit juga bila bahu saya diurut tu. Dari bahu sampai jari diurutnya mengikut urat. Kena tahan la sikit. Tak tahan...mana maunya bahu ni nak baik kan. Urutan Thai ni menggunakan hujung jari, siku dan kaki juga untuk mengurut. Badan ahli terapi tu kecik je tapi kekuatan tangan tu....fuhhhh terasa sungguh la. Rasanya macam ada sekejap saya siap terlelap. Hehe....
Muzik akan dipasang dengan perlahan dan aircond pun kuat juga jadi kadang2 sejuk la juga kan tapi nasib baik la ahli terapi tutup dengan selimut / tuala.
Alhamdulilah ringan sikit bahu saya ni. Pandai betul ahli terapi ni mengurut. Kalau lagi elok setiap bulan boleh la mengurut. Sebelum ni saya mengurut bulan 5 dan datang balik ni Ogos jadi 3 bulan la saya tak datang mengurut.
Mengurut ni boleh release stress, melenakan tidur pada waktu malam, menggalakkan peredaran darah yang baik dan banyak lagi la kelebihannya. Paling penting boleh bagi ketenangan juga untuk kita. Ada masa untuk diri kita kan....
XOXO,
Ezna
Bestnya...dpt manjakan diri..
BalasPadamKat bangkok dulu memang selalu gak gi urut. Kat sini belum jumpa yg sesuai lagi
Kalau kat Bangkok mesti lagi best urutannya dan harga pun rasanya lagi best dari Malaysia.
PadamSy pun dah lama tak pergi berurut, tak jumpa lagi tmpt yg betul² best.
BalasPadamTO ni macam best ye, nanti Sy nak Google infonya
Kalau ada tempat yang best memang akan ke situ jugak kan PH. Macam saya ni memang saya akan ke sini je sebab dah serasi.
PadamBadan ni memang lemau lesu ke sana sini lately, tengok Ezna pergi Thai Odyssey ohh bestnya.
BalasPadamSesekali kena mengurut juga Mulan. Lepas tu legalah. Macam saya sebab bahu saya ni rasa sakit. Tersalah urat agaknya....
PadamBest tengok orang lain berurut..tapi saya tak pernah try lagi berurut, sebab sejenis geli n tak tahan sakit...
BalasPadamMula2 bila nak mulakan prosedur mengurut ni kita akan rasa geli. Dah lama2 kita dah biasa ok lah....
PadamSeronok bila badan yg lenguh penat dan sebagainya mendapat urutan... Bagi kita eh kejap 2 jam.. yg mengurut tu bila la nak smpai dua jam hahahahaa
BalasPadamHaha ayat last tu....ye tak ya jugak ya.....
Padamsyok tu urut2 bdn...kita pn lama tk pi urut ni...last pegi bln 4 aritu
BalasPadamWow...bestnya..Pernah masuk dlm Wishlist 2024 sy..Tp belum buat lg =D
BalasPadamsedapnya badan dapat mengurut...
BalasPadambestnya!! i dh berkurun tak gi spa wpun memang teringin la nak massage2 ni ..nak kena cari masa (tp selalu tak jumpa masa sesuai)
BalasPadamMe time ni.
BalasPadamKena juga manjakan diri.
dulu ammi rajin gak datang TO ni urut...tp skrg harganya mahal nau. so last pergi masa anak dan husband tgk cerita sheriff tu..bulan bila ntah
BalasPadamIni suami saya yg sukaaaa urut kak 😂😅. Sebulan bisa 4 kali dia urut. Kdg panggil terapis ke rumah. Kdg datang ke tempat massage langganan. Saya sendiri tak bisa, Krn tak tahan geli. Cuma refleksi kaki saja yg saya bisa tahan 😂
BalasPadam