Khamis, Ogos 15

Insiden terbakar kenduri kahwin

Lepas balik dari Mydin berehat dulu kat rumah sebelum 12.45 tengahari menuju ke Aqua Garden di Institusi Bank-Bank di Bangi. Memang dekat la dengan rumah saya. 

Saya merasmikan brooch butterfly yang saya kirim dengan kawan saya ketika beliau ke Korea. Ada sepasang butterfly ni saya pakai di kiri dan kanan hijab. 


Tak nampak pulak lipstick warna peachy orangie ni. 


Cuaca panas berawan ni. 


Dah tiba kat majlis ni. 3.5km je dari rumah. 


Saya ambil laksa dulu. 


Kuah laksa ni pekat elok. 


Arch menuju ke pelamin ni cantik sangat. 


Ada satu insiden mendebarkan bila satu mentol lampu ni terbakar. Boleh nampak jelaga kat kanopi ni. Memang dekat sangat api tu dengan kanopi. Sebelum ni lampu ni dibuka tapi disebab kan mentol terbakar jadi lampu ni ditutup. Saya dok terbayang yang buruk je....kalaulah terkena kanopi ni habis terbakar semua. 


Video kebakaran kecil. Api 🔥 ni bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. 


Center piece meja tetamu ni cantik tapi bagi saya kalau rendah sikit tidak la menganggu pandangan mata. Nak bercakap dengan orang depan mungkin terlindung juga. 

Ada satu insiden ni. Suami dan isteri yang agak tua menuju ke meja. Si isteri sibuk nak beramah mesra dan saya nampak suaminya memakai tongkat. Lama juga berdiri suaminya tu. Tidak pula isterinya teringat nak suruh suaminya duduk. Lepas tu masa duduk tu si isteri sibuk nak bergambar pula dan agak lama juga. Saya macam tak sampai hati tengok pakcik tu. Mungkin lapar juga sebabnya bila si isteri kata abang....tu nak ambil gambar...suami kata 'dahlah' dengan kuat. Saya hampir nak ambikkan kuih buat pakcik tu sebab kesian. Tapi. fikir2 balik kalau terambil kuih manis takut pula ada kencing manis. Risau pulak. 

Si isteri menyuruh anaknya mengambil ayahnya makanan tapi si anak bagitau apa tau?. Dia pun baru tiba ni lepas tu sibuk dengan telefon. Tersengih-sengih tengok telefon. Geram jugak la saya tengoknya. Apalah salah ambil dulu makanan untuk ayahnya. While pakcik tu dibiarkan begitu sahaja dan si isteri masih galak bertegur sapa dengan tetamu di majlis tersebut.  Kesian tengok pakcik tu sebenarnya. 

Kadang, kalau pergi mana2 saya suka memerhatikan gelagat orang ni supaya kita boleh jadikan iktibar. 


Kuih yang diambil. Share ajer. Semua dibahagi dua. 


Confirm gambar terang benderang ni handphone hubby. 


Ni kat luar pulak. Cantik tempat ni sebab mengadap tasik. 


Haishhh mata tak berikan kerjasama. Panas juga sebenarnya. 


Cantik landskap ni. 


Lalu pula depan Petronas Leadership Center yang baru dibina ni. Cantik bangunannya. Kalaulah Dania dapat kerja kat sini memang dekat la dengan rumah. Bangunan ni pun cantik. Mulalah ummi berangan ya. Nak pergi kerja tak gaduh nak jam bagai sebab 3.8km je dari rumah. Ummi ni kalau nak kira jauh tu mulalah kira km kan. Malam hari lagi cantik bila lampu dipasang. Memang boleh nampak dari kawasan saya ni haa....dipisahkan cuma parit besar je. 

Luar pun dah cantik, tak tau la dalam tu macam mana cantiknya pulak. Bangunannya bercermin tinggi. Ehhh memang cantiklah. Sebelah bangunan pula ada Petronas Research. 


Pintu masuk ke Petronas Leadership Center. 


Ok....hari sabtu ni ada kenduri...hari ahad ni pun ada....dan dua-dua Dania tak boleh attend sebab kerja. Itu pun ada yang menanya hari ni mana anak sebab dia tahu kami ni bertiga ajer. 😅.





XOXO,
Ezna

16 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. Naseb baik takde kejadian buruk yang berlaku..
    A ah lah kak ezna, tinggi sangat hiasan masterpiece meja tu.. Macam serabut pulak..
    Semoga kehadapan kita tak memperlakukan dan diperlakukan begitu.. Aamin2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya cam rimas pulak hiasan dia tinggi. Nasib baik takde orang yang kenal duduk depan. Idak tak berapa clear nak bercakap. Hehe. Gaya kat meja camni....

      Ya ayat last tu akak aamiin kan ya.

      Padam
  2. Nasib ada yg sedar bila mentol terbakar. Kalau tak sedar tau2 je burstttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya....sebab sebelum ni memang lampu terpasang je. Nasib baik terpadam apinya tak lama kemudian. Kalau tak, memang kena panggil bomba la.

      Padam
  3. Sy bab² terbakar ni even kecik je trauma :(
    Nice pic of you two, yg 2nd tu soooo nice la 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Api ni bila dah marak memang akan mengganas kan....Tq PH untuk ayat last.

      Padam
  4. cutenya kuih bentuk bunga ros tu...dan brooch u pun cutenya ezz!!! kesian plak baca kisah psl pakcik tu...lesson for us la jugak la sbb kdg2 kita pun alpa kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. I idak nak ambik dah makanan untuk pakcik tu. Kuih apam tu yang bentuk bunga ros.

      Padam
  5. bahaya nya..nasib ada yang perasan. sedapnya laksa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya memang takut juga kan kalau tiba2 terkena kanopi. Memang sangat dekat dah tu. Laksa tu sedap.

      Padam
  6. Teringat pulak tragedi majlis perkahwinan dekat Iraq yang sampai meragut banyak nyawa gara-gara bermain mercun sampai menyambar kain kanopi di siling:
    https://www.bbc.com/news/world-middle-east-66937280

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke Carneyz?. Main mercun?....nanti nak tengok link tu.

      Padam
  7. Nice view & mesti cuak masa tgk api tu kan?Seram =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya memang semua pun panik. Nasib baik api terpadam dengan sendirinya.

      Padam
  8. Syukurlah tak ada yg terbakar hebat ya kak. Seraam juga kalo sampai kanopi hangus.

    Kasian juga bayangkan pak cik itu sendiri menunggu. Ntahlah bagaimana hubungan mereka sebenarnya di rumah kan. Apa memang dari awal tak mesra atau macam mana , yg penting JD pembelajaran utk tak melakukan hal sama kepada kluarga kita seperti itu.

    BalasPadam
  9. sweetnya gambar berdua berlatarbelakangkan tasik tu🥰

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...