Ada nampak Fendi Dapur Bujang review RisSmart Butchery ni lalu kami pun singgah la sini sebab tak jauh pun dari rumah kami.
Apa yang dijual di sini ya?
Fendi ada promote Beef Wagyu Skewers yang ni.
Seleksi pes masakan kat sini.
Banyak juga barang yang dipamerkan. Banyak juga yang saya tak pernah nampak.
Memperkenalkan produk hubby saya 'Pak Lah'. Jangan perasan ya....ada pulak produk sempena nama yang dipanggil untuk hubby saya. 😅
Tepung goreng ni ada yang pedas dan ada yang asli. Uniknya sebab ada campuran rumpai laut.
Tepung goreng serbaguna ni saya beli. Tak cuba lagi. Saya rasa berbaloi sebab boleh guna untuk semua.
Kemas je susunan kat sini.
Ada juga produk Frozen seperti otak-otak, daging salai. Menarik untuk dicuba juga ni.
Kambing perap pun ada.
Tadi kambing...yang ini pula ayam perap.
Jus buah-buahan.
Ada juga daging steak ni.
Tengok sana geram, sini pun geram....macam nak beli je semua....
Oh ya RisSmart Butchery ni di bawah Risda. Ada juga jualan produk usahawan bimbingan Risda. Risda ialah Rubber Industry Smallholders Development Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. Risda di bawah badan berkanun Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Ada juga dijual sos cili jenama lain tapi yang penting halal.
Kalau beli seekor ayam ni ada juga servis memotong ayam. Senang la kan. Kita balik masak je.
Segala rempah ratus bahan masakan....
Nampak gayanya boleh singgah sini juga nak beli barang keperluan untuk memasak. Cawangan yang saya pergi ni kat Putrajaya.
1. RisSmart Butchery
No 3, Jalan Pulau Pinang P15
Presint 15
62050 Putrajaya
2. RisSmart Butchery
No. 8, Jalan Wawasan 2/12
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang
Selangor
3. RisSmart Butchery
No. 9162, Jalan Negara
Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
XOXO,
Ezna
meriah juga brg2 dlm RisSmart Butchery ..ada skewer wagyu tu...yg dkt area umh melawati la..bole la try singgah
BalasPadamCantik kedainya dan banyak sungguh pilihan. Jadi rambang mata, mau terbeli macam-macam nih 😄
BalasPadamWagyu skewers tu saya pernah beli nak merasa, masa tu ada promo RM110/2pek.
Senang nak buat BBQ sebab dah siap perap tinggal nak panggang je lagi. Kalau lalu ampang atau Melawati boleh la try cari kedai ni.
BalasPadammenarik dan nampak kemas bersih la konsep gini!nice
BalasPadamKalau suami linda.. Ada jenama "paklong" ikan kering...hahaha..
BalasPadamKalau jumpa sos Aminah Hassan tu.. Sedap.. Pedas2...
menarik nya...mcm2 ada jual
BalasPadamAlamak..ni antara tempat yg SA suka healing ni...semua lokasi jauh2 ha..bila Kala plak nak terjah ni
BalasPadamMemang lah kalo ke tempat seperti ini pasti kalaaaap kak. Rasa2nya nak coba semua kan. Apalagi yg daging2 🤣😍
BalasPadammesti kat melawati tu baru buka? sbb sebelum ni mmg x penah nampak kedai yg ada byk brgn makanan lokal mcm ni... kalau ada pun ramly punya...
BalasPadam