Khamis, Ogos 22

Vans dan Jollibee

Lepas tengok filem Takluk : Lahad Datu, saya dan Dania pun berjalan la dalam ni....sehinggalah kami singgah sini. 


Ada potongan RM60 untuk pembelian kasut RM300 dan ke atas. Dania suka brand ni. Lagi pun brand ni tahan lama juga. Ada juga kasut yang berharga RM300++ bila dapat pengurangan RM60 tu jadi lagi murah dari kasut yang berharga RM200++ tu. 


Ada banyak jenis juga style kasut kat Vans ni iaitu Slip On, Authentic, Era, Sk8-Hi dan Old Skool. 


Dania mula mencuba Vans style Authentic warna hitam ni. Kasut ni sesuai untuk ke kelas, nak berjalan ke atau nak pakai ke tempat kerja Dania. Warna hitam ni senang la nak match dengan warna baju apa-apa pun. Ok ngam size dia dan terus bayar. Kadang bab size tu yang jadi masalah sebab kaki agak panjang lepas tu takde size. 

Saya pesan kat Dania belajar rajin-rajin ya....oh ya kalau yang ini dalamnya ada pelapik kaki lembut jadi kalau berdiri lama tu takde la kaki ni sakit. 


Lepas tu dah lama pulak Dania nak makan kat Jollibee kat IOI City Mall ni. Kalau pergi hari biasa dah tentu tak busy sangat kan. Dikatakan hanya cawangan IOI City Mall je yang halal certified. Cawangan lain masih memohon halal ni. (setakat blog ni ditulis). Boleh check la dari masa ke semasa....

Masa ni tengah memilih makanan yang nak dimakan. 


Ada makanan apa kat sini?. Tu ada tulis tu....ayam goreng, burger dan spageti. 


Saya pilih 2 ketul ayam goreng original dan spicy. Gigitan pertama ayam goreng spicy ni memang ada rasa macam ala ala K** tu. Dania punya pendapat pula....ada rasa ayam K** tapi ada tambahan rasa rempah yang lain. 


Dania pilih set ayam dengan spageti. Sos blackpepper tu macam rasa whipped potato K** pulak. Eh eh memang boleh substitute K** la Jollibee ni. 


Bekas ayam ni pun warna nak sama dengan tau tau je la...ayam putih dan merah tu...


Siap ada standee tulis diluluskan oleh peminat pedas lagi ni. 


Lepas makan jalan-jalan sekejap sebelum balik rumah dan bersedia untuk memasak untuk makan malam pulak. Masak yang mudah je udang masak kam heong dan suruh la Dania petik daun kari kat luar rumah. 





XOXO,
Ezna

11 ulasan:

  1. kasut vans tu husband suka..die ada beli jenis mcm kotak hitam putih tu...meanrik juga nmpk ayam di jollibee tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh jenis kotak hitam putih tu. Ada nampak kat sini. Tak sure tu style apa....Dania punya style Authentic. Ayam Jollibee tu bagi saya sedap juga la. Boleh ganti ayam K** tu.

      Padam
  2. Sy baru 2nd time mkn jollibee..Not bad rasa dia..Ammar suka =D

    BalasPadam
  3. yang paling geram bila dah berkenan kasut tu tapi tak ada saiz....alaaa kat sini tak ada Jollibee,dah lama duk teringin ayam goreng lps boikot ni tak tau mana nak cari yang lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila berkenan kasut, saiz pulak takde tu selalu terkena. Jollibee ni baru lagi nanti lama2 banyak la cawangan dia.

      Padam
  4. Suka ayam Jollibee, sedap tapi tak ada di Kuantan. Cantik kasut Van baru tu. Berkenan pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. First time rasa sedap juga. Oh belum meluas lagi cawangannya....Kasut tu warna selamat. Tq.

      Padam
  5. Cantik kasut Vans kaler light blue dan yang Dania pakai tu..kalau aunty SA kat situ memang rembat aje Dania..hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha...thank you Aunty SA. Kasut hitam ni selamat sikit sebab senang nak match. Kadang payah gak cari saiz tu.....ah ah kaler light blue tu pun sebenarnya cantik jugak.

      Padam
  6. Jollibee dulu ada di jakarta. Tapi kemudian tutup. Tak bisa bersaing dengan ayam goreng yg lain. Padahal saya suka rasanya 👍👍

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Penjara Wanita Kajang?

Untuk pengetahuan semua, Penjara Wanita Kajang ada menyediakan produk sejuk beku yang dibuat oleh banduan wanita di Penjara Wanita Kajang.  ...