Saya paling suka la kalau Dania kerja Morning sebab nanti akan balik jam 6 petang. Saya pun boleh parked dalam IOI City Mall dan boleh la cuci mata atau shopping apa yang patut. Kat sini banyak benda boleh tengok dan cuci mata. Walaupun masanya tak lama lebih kurang 1/2 jam ajer kat sini. Selalunya saya akan ke sini selepas siap solat Asar.
Singgah Watson nak mencari deodoran. Memang ini je produk yang saya serasi. Sekarang ni dengan bermacam bauan.
Ada juga potongan 20%.
Ada juga beli serum saya yang nak habis. Terlupa pula ambik gambar. 😅
Lepas tu singgah pula A&W Express. Disebabkan makan berat pagi tadi....tak terasa lapar tapi petang sikit lapar la pulak. Terbelilah Coney Dog Cheese ni haaa....lama dah rasanya tak makan Coney Dog ni.
Dekat kaunter cuma ada seorang ajer staff A&W. Patut la ada iklan nak pekerja lagi samada full time atau part time. Seorang lagi tengah berehat.
Saya makan kat tepi ni. A&W Express ni hanya kiosk kecik ajer jadi tempat makan dia ada 4 ajer mejanya. Nama pun A&W Express. Makanan yang ada pun yang express ajer.
Orang lalu tepi ni tengok la saya makan ya....kadang nampak macam lapar je orang yang lalu lalang bila tengok kita makan.
Dah habis makan ada slot untuk buang makanan yang dah habis dimakan.
Express deal ni ada set.
Lepas tu jalan la saya dalam IOI City Mall ni ternampak iklan ni. Kawan saya ada bagi tau...anak dia nak kerja part time kat Pavilion Bukit Jalil pun kebanyakkan kedai dah full. Kat IOI City Mall ni masih ada kekosongan kalau nak apply. Itu pun kalau rumah dekat berbaloi la kan....banyak kedai kat IOI City Mall ni ada iklan nak pekerja. Ini salah satu la.
Lepas tu termasuk Muji pulak. Masuk kedai yang satu level dan tak jauh dari tempat Dania. Senang...bila Dania balik je terus je ke parking.
Macam bertukar je pakaian kat patung ni.
Smart pula fesyen yang digayakan patung yang berhijab ni. Hijabnya saya tak berkenan sebab nampak tengkuk.
Saya suka fabrik cotton lembut macam ni. Selesa dipakai.
Fesyen simple macam ni memang Dania suka....cuma tengok-tengok ajer. Tiada sebarang pembelian.
Ok....saya siap dah tunggu kat sini. Tunggu anakanda keluar pintu tu je.
Ok cun dah keluar...moh le kita balik....
Begitulah rutin menghantar dan ambik Dania sampai akhir September 2024. Errr ada lagi lebih kurang sebulan lebih. Lepas tu start pula rutin hantar ke kelas pulak....
XOXO,
Ezna
Seronoknya anak kerja kat mall..memang best la Umi dia cuci mata kan..kalau SA pun akan buat benda yang sama
BalasPadamMemang ya...cuci mata pun dah boleh buat seronok. Hehe.
PadamConey dog tu nmpk sedap la sis..U make me hungry ...+D
BalasPadamSimple je makanannya.....dah lama tak makan.
PadamHaha! Ye ye... kadang2 makan kat tempat macam tu rimas orang yang lalu lalang kat situ!
BalasPadamSemua nak tengok kita siap ada yang telan airliur lagi. Alamak.....limited space pulak tu. Haha....
PadamPuaslah meronda hari2 erk
BalasPadambagus nya ada set mcm tu...ringkas but mengenyangkan
BalasPadamMuji ini saya suka Krn baju2 dia simple macam Uniqlo. Dan kain bed sheet dia baguuuus sangat. Waktu itu beli di jepang, Krn di Indonesia blm ada muji. Tapi saya tak tahu skr.
BalasPadamSaya malah jarang liat part timer ads di mall sini... Mungkin juga Krn kebiasaan orang Indonesia LBH suka online shopping, JD mall tak butuh banyak pegawai.