Isnin, Ogos 19

Forest Valley - Dewan Ruscus

Hari Sabtu dapat jemputan, hari ahad pun ada jemputan kahwin. Kali ni ke Forest Valley. Masa ni hujan turun agak lebat jugak. 

Parking kat sini tapi kena menapak ke dewan yang hujung sekali. 


Terpaksalah hubby memayungi isterinya. 


Dewan kat sini memang banyak jadi pastikan dewan yang mana ya....


Cenderahati tuan rumah ni berupa mug gelas. 


Nasi ni saya cuba ambil sedikit tapi lebihkan lauk. 


Lepas makan nasi, hubby ambik teh tarik dan bubur kacang. 


Gerai ni buat laksa Johor. Saya nak rasa la kan....


Pekat kuahnya ni. 


Baru nampak spaghettinya....saya makan sikit kemudian hubby terpaksa menghabiskannya sebab saya suka lagi laksa utara. Tapi....sedap juga. 


Dalam dewan memang cantik dan luas. 


Hiasan bersebelahan carpet hijau. 


Ambil gambar pengantin ni saya zoom. Tak clear sangat. Sebenarnya segan nak ambik sebab tidak mengenali sangat. 




Belakang pelamin tu cermin yang tinggi. Boleh nampak latar belakang pokok-pokok yang menghijau. Cantik sangat. 


Ini pula Kak Rabiah jiran saya dengan anaknya Luqman. Suaminya ada klinik untuk merawat mereka yang ketagihan dadah. Boleh la refer ke sini (https://insafmurni.com/about/) jika ada kenal sesiapa yang ketagihan dadah dan perlukan bantuan. Bukan senang nak keluar dari belenggu ketagihan ni ya....


Masa ni nak tunggu hubby datang dengan payung sebab Dr Hj Mohammed Khafidz Bin Haji Mohamad Ishak pinjam payung kami nak ambil payung kat dalam kereta. Saya letak nama full nanti senang nak refer Dr. yang mana untuk treatment yang saya sebut kat atas ni ya. 

Ternampak baju yang kainnya sebijik kain yang kawan saya hadiahkan saya dulu. Naterah kata beliau beli di Pasar Mayestik, Indonesia. 


Ni baju saya yang saya tempah jadikan jubah. Kain dia agak memeri juga dan bukan semua tailor terima sebab kena jarum mesin jahit yang tebal sikit. 


Inilah kisah kenduri kahwin hari ahad saya. Kawasan saya ni ramai yang buat kenduri kahwin anaknya. Kadang panggil semua dan kadang limited je tetamu jadi kena tengok la panggil suami isteri je ke atau semua. 





XOXO,
Ezna


13 ulasan:

  1. cantiknya dewan and pengantin pun cantik. saya suka laksa johor tapi susah nak dapat huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dewan dia memang cantik. Pengantin pun berseri je. Laksa Johor kat Johor pasti banyak. Kat Selangor ni jarang juga majlis kahwin ada Laksa Johor.

      Padam
  2. Alhamdulillah seronok sabtu ahad tak perlu masak... Attend kenduri kawen jer.. rezeki :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha....malamnya masih masak ya....siang je makan lauk kenduri je la.

      Padam
  3. ada laksa johor kt kenduri kawin sedap tu...biasa jmpa menu laksa penang or bihun sup...selamat pengantin baru utk kedua mempelai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul Amy. Laksa Johor ni jarang....jarang......mungkin pengantin ni ada darah Johor agaknya.

      Padam
  4. cantik dress pengantin tu pakai...laksa johor tu my fav :) i pun ada few wedding invitation gak ni for weekends to come...if mr hubby cuti sabtu then bolehlah attend (dia keje alternate sabtu)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam princess pakai dress camtu Suzz. I minggu ni takde dah wedding.

      Padam
  5. Menarik dewan majlis di kawasan kehijauan. Nampak cool.

    BalasPadam
  6. Mcm pernah pegi dewan tu...cantik tempat nya and yes...time tu kawan MA salah hall 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hall dia banyak. Nak kena tahu hall yang mana......

      Padam
  7. Cantiiiik pengantin nya 😍😍👍. Yg lelaki pun ganteng 👍👍. Cocok berdua, sama2 good looking.

    Ohh kuah laksa Johor memang kental seperti itu ya kak. Blm pernah coba lagi laksa Johor

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Lamanya nak tunggu buku Teme Abdullah

Lama betul nak tunggu buku dari Iman Publication pembelian dari My Siswa Place. Akhirnya dapat juga akhirnya setelah order dari 1 November 2...