Selasa, Ogos 20

Tim Hortons kini mendarat di Malaysia

Hari yang saya mengurut tu ialah hari pembukaan rasmi Cafe Tim Hortons di IOI City Mall, Malaysia pada 15 Ogos 2023. Kebetulan, lepas selesai mengurut saya nak ke parking tapi kena lalu sini lepas tu nampak orang beratur. Saya tanya la staff Tim Hortons ni rupanya ini adalah pembukaan cafe dari Canada di IOI City Mall ni dan akan dapat voucher untuk tebus timbits. Kalau nak membeli kena beratur dan line pun tak berapa panjang pun. 


Sempat juga saya berborak dengan orang yang beratur depan saya. Saya tanya apa yang menariknya kat sini?. Suami dia yang banyak bercakap sebab pernah bekerja di Canada dan katanya coffee Tim Hortons ni lagi murah dari Starbucks. Melalui pembacaan saya pula...Tim Hortons ni diantara kedai coffee yang murah di Canada. 

Orang yang beratur depan saya ni terpaksa keluar barisan lagi awal sebab nak ambil anak kat sekolah. Depan mereka ni pula ex pelajar universiti di Canada. Datang ke sini semata-mata nak merasa makanan di Tim Hortons ni sebab nak brings back the memory semasa menuntut di Universiti di Canada. Beliau mendapat scholarship dari Mara. Kebetulan yang beratur sekali 2 orang kawannya di universiti yang sama di Canada. Mereka pula mendapat tajaan dari JPA. katanya tak janji pun tapi terjumpa di sini. Memang ini adalah cawangan yang pertama di Malaysia. Cawangan yang kedua pula akan dirasmikan di Sunway Velocity Mall. (Setakat blog post ni published....dah dirasmikan pun di Sunway Velocity Mall). 


Dapat voucher untuk redeem Timbits. 


Ada contest juga. 


Timbits ni diberikan kepada mereka yang beratur sementara nak menunggu giliran nak masuk Tim Hortons. 


Ini adalah timbits birthday. 


Ada purchase limit juga hari pembukaan ni. 


Staff Tim Hortons dengan Timbits....


Dekorasi di dalam Tim Hortons mengekalkan daun rasmi negara asal mereka iaitu daun maple. Daun maple dapat dilihat di siling. 


Tulisan Tim Hortons ni berwarna merah. 


Ni kat kaunter. Boleh tengok display timbits dan donut. 


Tulisan Tim Hortons di mana-mana. 


Kalau install apps Tim Hortons Malaysia, boleh la dapat complimentary daily brew ni. 


T Shirt staff berwarna merah juga dan kat belakang ada maple leaf. 


Betul-betul atas mesin kopi ni ada corak daun maple. Kalau minuman yang sejuk dipanggil Ice Capp (Blended frozen coffee). 


Selingan....ini daun maple yang saya kutip yang dah jatuh ke tanah di Taiwan. Taiwan pun ada daun maple juga. Pokok maple ni pun ada banyak jenis dan warna. 


Dapat pula air peach for free yang tengah tu. Kanan sekali coffee untuk my hubby sebab dia peminat coffee. Kiri sekali timbits. Timbits ni macam donut je cumanya timbits ni berbentuk bulat dan tak ada lubang di tengah. 


Close up assorted timbits yang kita tak boleh pilih untuk 10 pieces ni. Ianya akan diberikan secara rawak. Nampak timbits birthday ni cuma ada 2 pieces je. 


Malam, lepas ambil Dania kat IOI City Mall singgah la Line Clear Putrajaya. Nak bagi Dania rasa timbits ni sebesar bite size je. Sedap katanya sebab ada juga serbuk kulit kayu manis juga. Sesambil tu order juga minuman. 


Pada hari pembukaan Tim Hortons pada 15 Ogos di IOI City Mall tu, 100 pelanggan yang pertama dengan sebarang pembelian akan mendapat kopi latte kecil percuma setiap minggu selama 6 bulan. 





XOXO,
Ezna

 

7 ulasan:

  1. wah..menarik ni...
    sbb nieyl mmg peminat coffee dan suka try cafe-cafe baru ni...Tq info kak

    BalasPadam
  2. bila ada tmpt baru grand opening...pasti ada special offer...tp kena awal la beratur

    BalasPadam
  3. ooo tak tau pun kewujudan brand ni hehehhe cute2nya donut tu

    BalasPadam
  4. Nak pergi Kanada tak tau bila dapat pergi, jadi pergi Tim Hortons je la nak feeling ala2 di Kanada kan 😄

    BalasPadam
  5. Ezna dapat tak jadi 100 pelanggan pertama tu?
    Berbaloi juga setiap pembelian dapat percuma latte selama 24 kali kalau pergi every week selama 6 bulan 😃

    BalasPadam
  6. Kafe kopi ini dah plan akan buka juga di Indonesia , dari 2023 sudah dibagi tahu. Tapi sampai skr ntah pending atau memang masih mencari waktu, belum ada saya lihat.

    Yakin sangat kalo buka nanti pasti ramai. Orang sini tuh sukaaa sangat dengan tempat2 baru 🤣.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...