Jumaat, Ogos 16

Kita merancang…..

Kami merancang nak breakfast kat Ikhwan Presint Diplomatik ni....dah dapat tempat duduk dah. 


Sekali....kita merancang kan tapi Allah yang menentukan. Hujan mulai turun. Mereka yang makan kat luar mula beredar. 


Dania sempat tapau breakfast dia. Nak tak nak makan dalam kereta sementara on the way nak ke tempat kerja. Saya pula sempat tapau cakoi. 


Ini pula bekal Dania iaitu kuay tiaw goreng daging dengan buah mempelam dan snek inang-inang (Diperbuat daripada pulut). Hari ni Dania syif full. Kalau full ni maksudnya 10 pagi - 10 malam. Dalam seminggu akan ada sekali atau dua kali syif yang full ni. 


Kami ikut jalan dari Putrajaya menuju ke IOI City Mall. Masa ni hujan renyai-renyai. 


Nampak tak kesesakan lalulintas depan tu sebab satu lorong ditutup untuk event berbasikal. 


Patutlah ditutup sebabnya peserta basikal akan membelok ke kiri nanti. Siap ada polis tunggu dan staff event berbasikal ni. 


Masa ada 30 minit lagi sebelum Dania masuk kerja. Kalau takde event ni boleh tiba lagi awal tapi kali ni tiba on the dot terus. Macam rasa nak terbang je bila berada kat kesesakan jalan raya kan?. Hehe. 

Ok Dania....jumpa malam nanti ok?. Kerja elok-elok. 








XOXO,
Ezna

 

15 ulasan:

  1. sedap tu bekal kuehtiaw goreng daging....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amy suka masuk daging kan? Bila rasa sedap juga kalau masuk daging. Selalu masuk udang.

      Padam
  2. hujan ye sana, tempat kak ana nih panas pagi nampak cahaya matahari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sekarang ni dah start hujan dah Kak Ana....

      Padam
  3. Jimat duit Dania hari2 bawak bekal. Patutnya event berbasikal buat weekend je, baru la tak ganggu org nak pergi kerja ke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah memang bawa bekal makanan berat setiap hari Aunty....Event berbasikal ni memang buat weekend Carneyz. Entry post ni kuar lewat sikit.

      Padam
  4. saya suka inang inang pulut hitam tu rasa lebih lemak&lebih rangup...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya tak pernah jumpa inang2 pulut hitam. Semua yang jumpa pulut warna putih ni je. Kena cari juga la ni sebab nak rasa.

      Padam
  5. Sedapnya kuetiaw tuuu..pg ni tmpt i mendung dan ada hujan rintik2 ni jap..now dh stop

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuaw Tiaw ni jarang2 I buat Suzz. Tempat I dah start hujan. Kadang lama hujannya.

      Padam
  6. uish..penat tu ...12 jam. tapi org muda, in sya Allah..should be ok..
    betul.. penat nya la hai bila jam kan

    BalasPadam
  7. Lama tak jumpa inang-inang. Emak saya suka buat sendiri kuih ni. Kami panggil rengginang.

    BalasPadam
  8. Aissh sayaaangnya hujan. Itulah tak sedapnya makan di outdoor. Tak bisa prediksi cuaca. Tahu2 hujan turun.

    BalasPadam
  9. Aduh potong betul bila nak makan hujan turun.. tapi itulah kita hanya merancang... Kesian peserta event tu.. kena redah hujan..moga semua baik2 aja..

    BalasPadam
  10. ooo.. kuih tu namanya inang². Kami panggil rengginang. Mungkin orang Jawa je panggil gitu.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Penjara Wanita Kajang?

Untuk pengetahuan semua, Penjara Wanita Kajang ada menyediakan produk sejuk beku yang dibuat oleh banduan wanita di Penjara Wanita Kajang.  ...