Dania hari ahad 25 Ogos kena kerja full jadi dari pagi kedai buka sampailah kedai tutup. Ambil dulu anakanda sebelum kami akan menuju ke Feast Garden.
Tempat makan ni bersempena Royal Floria yang sedang berlangsung di Putrajaya. Jom tengok gerai apa yang ada kat sini.
Dania kalau nampak kedai camni...tengok la kot dia akan pergi beli. Mulanya survey dulu.
Skewer Wagyu pun ada ya...
Ubi lambung.
Gerai Kakak Gemuk pulak dah...creamy buttermilk makan dengan mantao ni best jugak eh?.
Korean Chicken pun ada.
Ada juga tempat makan yang disediakan di sini. Lantai ni diletakkan papan jadi bila berjalan tu bergegar meja dan kerusi berdekatan. Nak mengelakkan lecak agaknya.
Ada jus mango dengan ice cream. Bekas dia tinggi tapi ais dia banyak la tapi air sikit je. Kejap slurpp je dah habis airnya.
Seberang jalan ni pintu masuk Floria.
Haaa kan dah kata....Dania singgah kedai first tu beli ni. Cheese Tart & Brownies.
Banyak juga gerai makan kat sini.
Ada juga gerai artis seperti Bellaksa Bella Astillah.
Nazeera Sardi.
Char Kuey Teow Umie Aida.
Alif Satay oleh Aliff Aziz ok tak ya....oleh Alif Satar. Tengok la kartun tu.
Ni Bapak Ayam yang datang guna food truck meniaga kat depan dewan besar UPM tu. Nama pun....tapi kan nasi dia sedap ya...
Don'Ya ni pula Achey Kintang Kintung punya.
So far, tak nampak pun kelibat artis kecuali gerai dia ajer. Gerai Achey ni paling besar. Nak kena cari masa Dania off day untuk pergi Floria ni. Kali ni kami singgah Feast Garden ajer.
XOXO,
Ezna
ooo byk food brands guna nama artis tu....meriah betul pilihan makanannya
BalasPadamByk food jgk ya
BalasPadamkecewa makan kat sini last week... punya paa slow dia punya service pd hal customer seorang je...
BalasPadamHeaven makanan sungguh... Artis pun dah ramai meniaga makanan...
BalasPadammeriah nya..mcm2 ada yer
BalasPadamKalo ke tempat seperti ini, dah laah, lebih dari 30 menit hanya utk pilih makanan 🤣🤣. Serasa nak beli semua 🤤😄. Seharusnya mereka jual porsi trial . JD kita bisa beli yg size Kecik dulu sebelum decide yg mana ðŸ¤ðŸ¤
BalasPadam