Khamis, Ogos 8

Tutorial lipat baju?

Kali ni Dania kerja pagi jadi kena hantar la sebelum jam 10 pagi. Hari ni Dania bawa nasi lemak untuk share dengan kawan-kawan yang kerja full dan syif pagi. Nasi lemak saya beli kat Ikhwan masa breakfast sebelum ke sini. Nak bagi kawan-kawan nasi lemak ni pun Dania segan jadi dia bagitau Kak Aini ada nasi lemak untuk semua. Senang...bagitau seorang pasti mesej tu tiba kat semua. 


Tengok Dania berjalan masuk ke pintu dan saya pun mula gerak pulang. Tu la yang senang kalau kerja kat F.O.S ni dekat je dengan pintu tu jadi kita boleh nampak dia masuk kedai. 


Dania dijadualkan habis jam 6 petang jadi saya tiba awal sikit. Daniel kawan sekerja Dania pun dah cam saya jadi dia pun tunjuk Dania kat mana. 


Masa ni Dania tak tau pun saya kat sini jadi saya terus buat video. Nampak tak teknik Dania lipat baju tu?. Pegang hujung dia terus melipat. Kemas elok pulak. Ye lah mereka yang bertugas kat kedai pakaian ni kena tahu cara melipat baju yang betul supaya bila disusun baju-baju tu nampak kemas je. 

Video ni khas buat Carneyz (https://www.coffeebreakwithme.com) yang minta buat tutorial cara melipat baju. Aunty Karni....this is for you kata Dania. 😊.


Ni lagi satu tapi yang buat tutorial ni pemalu sikit. Haha. 


Ni lepas saya jalan-jalan kat kedai sekitar F.O.S ni je. Kedai mana saya jalan-jalan tu next post la ya. Duduk la kat sofa dari Maju Home ni sementara nak menunggu Dania. Boleh duduk pun kat sini. Takde pulak kata 'Do Not Sit'. 
 

F.O.S ni luas juga la store kat IOI City Mall (ICM) jadi tak boring la kalau kerja sini boleh berjalan dalam ni sebab ada je store yang kecik sikit macam The Body Shop tu jadi compound dia kecik tu ajer.  


Sementara Dania nak pergi beli cookies, saya pula nak beli Auntie Anne's ni. Lama pula tak makan pretzel. Nak bayar kena guna kad ya. Tak boleh bayar pakai cash dah. 


Ni yang Dania beli ni. Cookies dia besar. 


Ben's Cookies ni dekat je dengan Auntie Anne's tu. 


Lepas tu singgah FamilyMart pula sebab Dania nak beli susu untuk cicah dengan cookies tu pulak. FamilyMart ni betul-betul depan escalator turun nak ke parking kami. 


Keesokannya hari rabu 7 Ogos 2024 Dania off day jadi bolehlah rehat. Dalam seminggu ada off day sehari. Hari khamis pula mula kerja syif petang sampai malam. 






XOXO,
Ezna

13 ulasan:

  1. Dania sem break lama ke Ezna ? Bagus dia rajin kerja time cuti ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dania habis final 24 Julai. Masuk balik UPM 14 Oktober ni. Insya Allah takde aral kerja sampai akhir September ni sebab nak rehat sebelum mula belajar...

      Padam
  2. cookies tu aritu tgk org beratur kt TRX...adik pernah beli juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uihh sampai orang beratur ya? Kat sini takde yang beratur sebab hari biasa bukan hari minggu kot. Besar cookies dia dan harga dia pun satu cookies tu tak murah jugak Amy.

      Padam
  3. Ooo shif dania berubah setiap hari lah yer. Happy working dear dania🥰

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah. Ikut jadual yang Kak Aini sediakan. Kak Aini nak bagi balance ada syif pagi dan petang. Kalau kerja public holiday dapat la lebih sikit.

      Padam
  4. laju je Dania lipat guna teknik cmtu hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Tengok pun laju je. Tu kena belajar gak la. Senang nak lipat terutamanya T-Shirt.

      Padam
  5. oo.. senang juga lipat baju camtu.. tapi kena berdiri lah agaknya baru laju.

    Kalau kat rumah ni, lipat baju duduk, sambil tengok TV. Kadang-kadang layan HP, tu yang lambat habisnya hehe...

    BalasPadam
  6. bagus dania..kerja cari duit poket plus cari pengalaman...
    sedap nampak cookies tu

    BalasPadam
  7. Aunty beberapa kali rewind nak tengok teknik Dania lipat baju tu hehe. Memang smooth je cara dia lipat baju. Kena berdiri kot baru dapat lipat baju cantik mcm ni. Aunty biasa lipat baju duduk kat lantai sambil tengok TV hehe

    BalasPadam
  8. Terlalu cepat dan tak terlalu jelas kak tutorialnya 😅. Bab lipat baju nih memang saya paling tak suka juga. Kalo di rumah ada asisten yg lakukan, tp saat traveling, harus lakukan sendiri 🤣

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Penjara Wanita Kajang?

Untuk pengetahuan semua, Penjara Wanita Kajang ada menyediakan produk sejuk beku yang dibuat oleh banduan wanita di Penjara Wanita Kajang.  ...