Rabu, Ogos 28

MyBallerine kedai kasut Ballerina?

MyBallerine ni pernah nampak kat website dan kasut-kasut dia pun lawa-lawa manis-manis je. 


Kedainya luas juga. 


Kasut flat ni memang macam kasut seorang ballerina. Ia berwarna metallic. 


Kasut flat rekaan macam ni pulak. Kasut flat ni kalau pakai lama-lama akan lenguh juga sebab kaki kita bukan flat tapi ada arch dan berbentuk melengkung kat tengah kan. Maybe kalau pakai kasut ni kena pakai cushion kat dalam kasut supaya kaki tak sakit berdiri lama. 


Kasut bertumit rendah sikit ni saya ok kalau pakai. Kalau tinggi sangat saya tak pakai. 


Kasut jenis slip on tapi kalau pakai stokin ni licin juga. 


Good Shoes Take You Good Places....


Kasut berbentuk tirus di depan ni saya tak boleh pakai sebab kaki bahagian depan saya lebar. Kalau pakai, tak bernafas kaki saya. Rasa tak selesa. 


Depan ni pun rekaan tirus di bahagian hadapan. Di bahagian belakang pula kasut berbunga di belakang. Nampak feminin. 


Close up kasut berbunga ni. 


Rekaan lace dan di sisi ada ribbon. Sweetnya, 


Rekaan lace juga tapi kat tengah ada perincian batu bergemerlapan. 


Ada manik di depan kasut berbentuk tirus. 


Kasut ni dibalut dengan kain satin kemudian ada perincian. manik di sekeliling kasut. Macam kasut pengantin pun sesuai juga kan?


Bahagian hadapan ni kasut ada rekaan heart saiz kecil dan ada juga heart di tengah kasut. 


Jadi...menarik juga rekaan di MyBallerine ni. Nama kedai pun sweet je bagi saya. Kalau nak tengok online boleh ke https://www.myballerine.com/

Lepas ni balik la. Dah berapa banyak kedai saya tengok-tengok ni sebabnya nak elakkan bertembung dengan orang balik solat Jumaat kat Masjid Uniten je ni. 



***Jam 12 tengahari Dania nak pergi jumpa Penasihat Akademik dia....dup dap dup dap Dania pun. Kena set appointment pun masa off day Dania. Moga yang terbaik buat Dania. Jumpa masa cuti semester ni senang sikit. Kalau jumpa time kuliah ni payah sebab ada je hal Penasihat Akademik Dania ni. Agak busy juga. Nak nak beliau juga Timbalan Dekan kat Fakulti Dania dan ada subjek beliau mengajar juga. Kalau ada berita baik nanti saya share 😍





XOXO,
Ezna

 

4 ulasan:

  1. Suka tengok kasut yg tirus kat depan tapi saya pun sama, jenis kaki lebar dekat depan. Tak sesuai pakai kasut mcm ni.

    BalasPadam
  2. Saya ada satu kasut MyBallerine buat pakai gi office...tak sangka pulak ada kedai sebab saya beli online..

    BalasPadam
  3. kaki sy mmg laa x ngam dgn kasut tirus2 ni 🤣🤣 kasut ala2 ballerina pun tgl dulu mcm.mn design nya... ada yg sesuai ada x..

    BalasPadam
  4. Dulu sebelum nikah saya suka pakai sepatu yg cantik2 macam tuh, bahkan high heels 10cm pun saya pakai saat dating dengan Raka. Sakit tak? Sakiiiit, but beauty is pain right 🤣🤣🤣🤣🤣.

    Tapi setelah nikah, jangan harap lah saya pakai lagi hahahahah. Skr cari yg nyaman di kaki 🤭

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...