Khamis, Ogos 29

Perkahwinan indah di dalam bangsal?

Lepas tunggu yang tak kunjung tiba tu....lepas Zohor kami ke Maeps sebab nak ke G2G Garden Hall. Ada wedding kat sini. Wedding ni anak kepada kariah surau. Hubby kenal abangnya...adiknya ni macam tak cam tapi jemputan majlis ni dipaparkan kat TV surau tanda menjemput semua yang hadir ke surau. 


Hall ini berkongsepkan kayu untuk dindingnya. Macam ala ala Barn (bangsal) di ladang luar negara. 


Cantik dan luas dewannya. 


Catering oleh Pok De. 


Ni gambar kat tengah-tengah dewan. 


Lauk pauk yang diambil. 


Berdua ajer sebab anak tengah membanting tulang empat kerat mencari rezeki untuk beli novel dia 😅. Kalau novel luar negara boleh tahan harga sebuah buku pun....


Pengantin lelaki ni pakai baju polis. Uniform pengantin askar pernah la tengok. Kalau polis ini pertama kalinya. 


Bagai pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan. 


Moga berkekalan sehingga ke akhirnya....


Pelamin yang dihias indah. 


Hiasan di siling ni berkenan betul saya. Dengan kain rentang dan di tengahnya lampu chandeliar. 


Kayu pula saya nampak macam kayu pallet yang digunakan. 


G2G Garden Hall. 


Princess siapakah gerangannya ini?. 


Pengantin lama pun nak ambik gambar kat cermin ni. Tahun ni nak masuk 21 tahun umur perkahwinan kami. Insya Allah. 


Bakal2 pengantin boleh la mengambil pamplet kat sini. 


Ada pondok kecil juga luar dewan. 


Kalau dalam dewan penuh, boleh duduk kat luar juga. 


Lepas ni kami nak singgah minum pula sebab hubby tak puas tak minum air panas. Mesti nak minum air panas sebab kat majlis ni cuma ada air sejuk ajer. Kadang-kadang ada majlis sediakan air panas juga kan?. 





XOXO,
Ezna



 

10 ulasan:

  1. Lain dari yang lain konsep dewan perkahwinan yang ini kan. Selalu tengok dewan buat konsep floral penuh bunga-bungaan. Semoga perkahwinan kedua mempelai kekal bahagia sampai ke anak cucu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah unik sikit perkahwinan kali ni sebab dibuat dalam ala ala bangsal.

      Padam
  2. Cantik gmbr u posing berdua dlm cermin tu ezz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Suzz....you tau tak masa nak ambik gambar tu ada budak tepi tu I kata tepi sikit dik....boleh dia buat dekkkk je you. Banyak kali I cakap....payah nak ambik gambar kat cermin tu sebetulnya you. Kalau you perasan belakang tu ada bunga2 budak lelaki tu dok petik2 bunga belakang cermin tu.

      Padam
  3. Konsep rustic ni...cantik sangat...

    BalasPadam
  4. bagus laa perancang perkahwinan dia ni. buat dr hati. tampak menawan dan 'betul' sebuah majlis perkahwinan.

    barakallahulakuma utk mempelai

    BalasPadam
  5. Kebiasannya kalau katering ada air panas, teh tarik dan kopi-o.

    BalasPadam
  6. Cantiiiiiiiik pelaminan dia memang kak , 😍👍😄. Apalagi lihat bunga, kombinasi ungu dan putih. Fav saya sangaaaat.

    Pengantin pun cakep dan cantik 😍👍. 3 anak yg berfoto tuh comel lah. Gemaaas lihat 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...