Rabu, Ogos 28

Ditunggu tapi tak kunjung tiba...

Sebelum Dania ke tempat kerja untuk syif pagi ni, kami makan kat Food Court di Presint Diplomatik, Putrajaya. 


Dania breakfast nasi dagang. 


Ni saya punya bihun dengan telur mata. 


Hubby makan nasi lemak lauk paru. 


Ok Dania bye...jumpa jam 6 petang nanti. Kalau zoom boleh nampak F.O.S dah buka lampu tapi pintu tak dibuka sepenuhnya lagi. 


Kali ni bawa bekal daging masak Opah dengan nasi dan daun salad. 


Bila tiba rumah, hubby kena ke surau sebab nak tolong-tolong jamuan makan. Ada perarakan motor sempena hari kebangsaan di kawasan saya ni dan pitstop di surau. 

Saya terus ke luar rumah kat jalan besar...menunggu dan menunggu....masa nak ke jalan besar ni saya ada jumpa ibu kepada jiran saya dan saya beritahu ada perarakan motor sempena hari kebangsaan. Beliau ingatkan saya ni tukang jaga checkpoint. Agaknya saya siap bertopi la pulak 😅. Bukan sukan merentas desa la Achik nak kena jaga checkpoint 😅.


Tunggu punya tunggu tak kunjung tiba jugak. 


Berapa ramai yang join saya tak sure tapi ada polis berkereta dan bermotor juga escort. Saya nampak ni masa on the way nak balik rumah saya. Kalau dah kat sini memang tak lama la dia akan tiba depan rumah saya. Tu yang saya tunggu tu. 


Akhirnya saya tak jadi tunggu sebab panas sangat kat luar ni walaupun dah pakai topi. Lepas tu segan la...asal orang lalu depan jalan tengok kita yang sedang berdiri tu. 😅. Saya pun balik la rumah. 

Beberapa minit masuk rumah saya dengar bunyi siren kereta polis dan bunyi hon motor berkali-kali. Saya tengok di sebalik tingkap atas rumah saya je. Makcik yang saya cerita tu....dia juga yang tengok perarakan motor dekat-dekat. Dari tingkap saya nampak beliau tengok ke arah rumah saya sebab mungkin pelik tadi saya beria nak tengok, kali ni saya balik rumah pulak. 

Itulah yang ditunggu tapi tak kunjung tiba tu....hubby yang kat surau call la saya inform mereka dah selamat tiba. Saya pun ceritalah saya dah ada kat rumah dah. Hubby sibuk mengemas pula lepas habis jamuan tu. Partner lagi seorang tadi yang prepare semua tapi bila dah selesai hubby pula kena cover sebab beliau ada 6 jemputan kenduri kahwin. 





XOXO,
Ezna

 

14 ulasan:

  1. Itulah kan, bila kita tunggu tak datang. Bila kita masuk rumah, eh depa lalu pulak 😅
    Maaf nak ty, nasi ty guna beras apa ye Ezna? Nampak cantik mcm beras basmati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi kat rumah saya pakai beras basmathi PH. Tu lah PH siap tunggu dengan topi bagai sampai makcik tu kata jaga check point ke?...Hehehe....

      Padam
  2. cute plak entry ni hehehhe beria u menunggu pakai topi tu ezz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beria I tunggu you. Tak lalu pulak depan I. Sabar je la....

      Padam
  3. Nasi lemak bungkus sedap kat food court tu.

    BalasPadam
  4. ramai tengah terlibat raptai merdeka sana sini kan, meriah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Sana sini meriah. Kalau kat Putrajaya dah nampak jentera pasukan keselamatan dah parking dah.

      Padam
  5. Balasan
    1. Oh suka bihun juga ya UG. Saya pun memang peminat bihun.

      Padam
  6. wah meriah eh kat sana.... igt nak plan juga ke putrajaya sabtu ni tgk perarakan tp pkkan kesesakan tu ehhehe kita tgk depan tb je la...

    BalasPadam
  7. makcik tak gi floria putrajaya ke skrg nih tgh berlangsung ? hehe

    BalasPadam
  8. wahhh semangat ni nak sambut merdeka lusa🇲🇾👍👍

    BalasPadam
  9. Hahahahah, ya Allah maafkan saya ketawa pula. Tp memang sering terjadi kan. Dah kita tunggu, tak lewat dia. Padahal dah ready siap pakai topi pula. Giliran kita menyerah, balik rumah, langsung lewat 😅😅.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Penjara Wanita Kajang?

Untuk pengetahuan semua, Penjara Wanita Kajang ada menyediakan produk sejuk beku yang dibuat oleh banduan wanita di Penjara Wanita Kajang.  ...