Baru beberapa hari je Sukan Olimpik Paris 2024 melabuhkan tirainya.
Apa yang manisnya di Sukan Olimpik Paris 2024?. Salah satunya ialah seorang ahli kumpulan BTS bernama Kim Seok Jin membawa obor Sukan Olimpik Paris 2024 ni. Kalau tengok youtube memang menjerit-jerit BTS Army panggil nama Jin kat Paris ni. 😀
Credit : Google
Quan HongChan pemenang pingat emas acara terjun papan anjal 10 meter ni adalah seorang peminat mainan kecik2 yang dulunya pernah la ibunya cerita yang Quan ni selalu tengok mainan dalam mesin claw tetapi tak pernah minta ibunya belikan kerana mereka tak mampu. Bila time Sukan Olimpik ni, siap ada penonton baling mainan untuk Quan ni dan beliau mengutipnya. Beliau juga adalah pemenang pingat emas untuk acara terjun papan anjal 10 meter.
Credit : Google
Acara penutup Sukan Olimpik Paris 2024, diserikan dengan kehadiran aktor 'Maverick' iaitu Tom Cruise. Tom Cruise melakukan stunt ala filem Mission Impossible dengan turun dari atas bumbung dan menerima bendera sukan olimpik. Kemudian beliau menaiki motor berkuasa besar dengan bendera tersebut dan memasuki kapal terbang. Beliau kemudiannya terjun dari kapal terbang tersebut dan mendarat di bukit yang ada tulisan Hollywood dan kemudiannya pass bendera kepada Kate Courtney. Fuhhh memang canggih la gimik sukan olimpik ni. Apatah lagi Sukan Olimpik 2028 akan diadakan di Los Angeles, USA.
Paling saya minat masa Tom Cruise dalam Top Gun yang dulu. Time tu handsome.....😅
Credit : Getty Image
Moga Atlet Malaysia akan menyinar pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
XOXO,
Ezna
Walaupun saya boikot taknak tengok sukan Olimpik tahun ni sebab penganjur tak ban atlet Israel dari masuk bertanding siap bagi kawalan keselematan ekstra pulak dekat dieorg mcm dieorg tu VVIP, tapi saya ada jugak tengok dekat IG reel masa majlis penutupan tu atlet Palestin dapat tepukan gemuruh dan standing ovation dari penonton-penonton yang hadir, dan atlet Israel pulak kena boo. Tapi dieorg tu muka tembok, tak tau malu. Kalau ada sifat malu, takde la dieorang pergi duduk rumah dan tanah orang lain kan? 🤭
BalasPadamMasa opening pun kapal atlet Is Not Real kena boooo.....alhamdulilah walaupun ada yang menyokong Is Not Real tetapi masih ramai yang menyokong Palestin......memang Is Not Real 'thick skin' pun.
Padamdan semoga janganlah lagi ada insiden2 tidak diingini macam di Paris.
BalasPadamKatanya penganjuran Sukan Olimpik 2024 kali ni paling teruk. Dengan tak boleh pakai tudung untuk atlet wanita, sungainya kotor, ketidakadilan dalam pengadilan etc....
Padamcomel kisah atlet dengan patung kecil tu ezna :)
BalasPadamYa. Sekarang ni dah banyak dah patung kecil2 jadi miliknya....
PadamTak tengok sangat Olimpik kali ni. Tgk time atlet kita bertanding je, tu pun x follow sangat.
BalasPadamSebenarnya saya pun banyak terlepas sebab tak tahu bila masa mereka ni bertanding....cuma time Dato' Azizulhasni Awang je saya tengok live.
Padami beria tgk video tom cruise tu sbb naik my newsfeed fb...wpun masih hensem tp nampak dh tua laaa tom cruise..lumrah kehidupan
BalasPadamHehehe. Ya handsome tu ya tapi dah berusia dah Tom Cruise. Tengok citer Top Gun zaman muda. :). Tapi bagi I canggih la dia punya gimik tu.
Padamtgk olimpik pn sabtu ahad. sbb timing berbeza kan... ms tokyo dulu hari2 boleh hadap...tambah plak ms tu WFH...
BalasPadamMoga atlit Malaysia lebih cemerlang di LA28 Insyaa Allah
BalasPadamBaru je terbaca dekat FB.. Ulasan negara2 jadi bankrup selepas anjur Olimpik...bila fikir balik, betul juga.. Macam kat Paris, pembuka dan penutup artis jemputan semua hebat2.. Berapa lah habis nak bayar kat diorang..
BalasPadamSebenarnya tak yakin olympic berikutnya akan fair, apalagi diadakan di negara supporting Negara delusi . Teman akrab kan... Tapi ya sudahlaah, kita dukung masing2 negara terutama asia tenggara supaya bisa banyak bawa medals.
BalasPadam