Dari stesyen MRT Merdeka nak ke TRX cuma 2 stesyen ajer.
Selesa la tunggu kat koc wanita ni je.
Ni dah tiba TRX dah ni jadi Dania singgah nak tengok Book Pod ni. Mesin gedegang jual buku. Bayar2 buku jatuh gedegang....keluarlah buku. Tak beli apa-apa pun kat sini.
Memang nak masuk Uniqlo pun jadi tak payah jalan jauh2 memang sebelah pintu masuk nak ke stesyen MRT ni ajer.
Ni Uniqlo yang pertama ada coffee ni. Tempat lain ada ke?. Saya tak pernah nampak lagi.
Ni baju yang saya nampak kat Uniqlo Limbongan Melaka tu. Kat Uniqlo TRX harganya RM39.90. Lagi pun ni design lama. Saya suka sebab panjang jadi saya ambil 2 warna iaitu hijau dan beige.
Cute je baju Uniqlo Kids.
Mirror selfie.
Baju-baju kat sini memang sama je macam kat Uniqlo Limbongan cuma saya rasa luas lagi kat Uniqlo TRX ni.
Takde idea nak style kan baju boleh la rujuk sini.
Guna mesin self checkout je untuk pembelian baju tadi.
Dania tolong sortkan baju ummi masuk dalam paper bag ni.
Dania tadi kan sibuk dengan Book Pod tapi kali ni masuk MPH kat TRX ni. Mula-mula tak ingat ada MPH tapi tiba-tiba teringat yang Teme Abdullah ada datang sini untuk fans sign. Lagi puas hati sebab besar. Ada tempat baca buku kat tempat bulat bulat.
Luas dan cantik la MPH ni.
Ada tempat duduk sebelah cermin ni. Boleh tengok permandangan luar dari sini.
Dania sibuk mencari buku yang dia nak beli.
Sementara itu, ada banyak juga buku Teme Abdullah kat sini. Hehehe. Kadang-kadang kat tempat lain ada la satu dua buku tapi kat sini macam complete je buku2 Teme ni. Maybe masa dia datang MPH hari tu kot yang buku dia banyak kat sini.
Close up salah satu judul buku Teme Abdullah.
Buku Kapal Terakhir Di Dunia ada 3 episod kat sini.
Ok....buku yang Dania nak cari sangat sampai kena tanya kat customer service sebab cari tak jumpa. 2 kulit yang berbeza warna tapi dalamnya novel yang sama. Dania kata Sally Rooney ni pro Palestine.
Warna kulit mana yang cantik? Pink kuning ke biru hijau?
Seronok Dania dah jumpa buku idaman hati. Ummi kena paw la RM60++. 😁
Jalan dan nampak Lovely Lace Cafe ni. Sweetnya Cafe ni. Ni pun first time nampak Lovely Lace punya Cafe.
Perut pun dah berbunyi ni. Kami makan kat Food Exchange dalam TRX Mall ni. Saya dengan lauk Lele.
Dania lauk ayam gepuk.
Ambik gambar dulu.
Deko lampu kat sini macam tudung saji atau topi sawah pulak. Tak pun macam topi yang orang kayuh sampan kat Ho Chi Minh tu.
Selesai makan, Dania request nak tengok Apple Store kat TRX ni. Luas betul.
Jo Loves ni owner dia perfumer yang juga founder untuk perfume Jo Malone. Nama dia Joanne Lesley Malone.
Bergambar dulu dengan signboard The Exchange TRX ni.
Tunggu MRT nak ke UPM. Kalau naik kat stesyen MRT UPM ni memang dia akan turun kat stesyen MRT TRX.
Fuhhh letih betul la jalan hari ni ya....takpelah....sebelum Dania masuk kerja Part Time kita berjumba dulu la. Dania kata dia seronok. Ok la tu...
Menghabiskan masa bersama. Lepas ni Dania nak kena kerja pulak....ni ada yang buat lawatan mengejut kat tempat kerja Dania pulak. 😅. Sekarang ni malas betul nak keluar dnegan cuaca yang terik ni kan....
Setakat blog post ni keluar, Dania dah kerja part time dah start 1 Ogos 2024.
XOXO,
Ezna
tk smp lg TRX...mudah naik public transport sbb parking sini mahal
BalasPadamMemang naik public transport sebab tak berani bawa kereta kat KL. Hehe.
PadamBestnya ronda-ronda. Saa suka kulit buku warna pink kuning. Kalau masuk kedai buku, susah nak keluar, macam-macam buku nak beli tapi kena sabar sebab ada beberapa buah stok buku yang masih belum dikhatamkan.
BalasPadamDania pun pilih kulit buku warna pink kuning. Wahh suka buku juga ya?. Sama dengan Dania. Pantang kalau buku dah habis baca nak mencari buku baru pula.
PadamMPH tu bestnya, besar betul. Kalau dengan anak2 ni mau susah nak keluar.
BalasPadamYa MPH kat TRX besar dan selesa.
PadamBelum sampai TRX. maklumlah..kita duduk hujung daerah benua asia.. kereta api tak cover..hahaha
BalasPadamTak apa Yan. Kalau turun KL ni singgah la.
PadamBesar kan TRX ni. Penat nak explore hehe. Terlupa nak singgah di MPH masa keluar dgn BFF ke sini 2 minggu lepas kalau tak boleh singgah belek2 buku jugak kat sini.
BalasPadamBetul besar. Tapi ni explore yang nak explore je. Tak jalan2 sangat pun sebab target dia Uniqlo, nak makan, MPH dan nak tengok Apple Store je. Lepas tu balik.
Padamfuhh besar betul MPH tu...i baru sekali je pergi TRX tu so tak sempat lg explore mcm2 kedai kat situ
BalasPadamI pun nak gi beberapa tempat je you. Plan lepas pergi je tempat tu terus balik.
PadamBestnya ronda2.. Lama tak ronda2... Tak larat nak kepung 4 beradik tu
BalasPadam.. Hahaha
Kalau anak kecik lagi jenuh la sikit. Anak dah besar ni senang la sikit kan....tunggu anak Linda dah besar sikit....
PadamTak pernah sampai TRX lagi. Mungkin sikit masa lagi.
BalasPadam