Khamis, Ogos 8

Fesyen terkini?

Ada dua kedai yang saya masuk sementara Dania habis kerja kat F.O.S. Kedai pertama kat HLA Concept Store. Ada dua orang pekerja yang Dania kenal masa kerja F.O.S zaman lepas SPM kerja kat HLA Concept Store ni. Saya pun kenal sebenarnya dan saya terjumpa kat dalam ni.  


Baju belah kanan dengan sweater benang kait tu lawa juga. 


Kalau berlengan panjang tu ok tapi ada je lengan panjang tapi bajunya singkat pula. Tak sesuai pula yang pakai hijab ni pakai. 


Smart baju berskirt ni. Design ala fesyen Korea ya jugak. 


Jumper ni untuk lelaki. Ada ke yang nak pakai design teddy bear besar ni?. Kalau teenagers mungkin la berani ni. 

\

Ni design kemeja lelaki. 


Dress yang agak jarang juga ni. 


Baju ni ada percikan oriental negara cina pula. HLA Concept Store ni rupanya dari China. Nama organisasinya ialah Heilan Group. Berpengkalan di Jiangyin, Jiangsu China. 


Baju kait ni warna maroon ni nampak cantik di mata saya. 


Lepas tu saya masuk Max pula. Max ni pula organisasi dari Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. 


Style betul pakai macam baju jingga tu ya?


Baju dengan fabrik dia bertekstur. 


Bila pegang boleh rasa lipatan kat baju ni. 


Huii warna dia menyerlah sungguh la. Kat hujung lengan ada sulaman. 


Warna baju ni saya suka macam warna pistachio. 


Dua kedai ni je yang sempat saya sempat explore sebelum saya end up duduk kat sofa Maju Home berdekatan dengan F.O.S tu. 

Banyak betul fesyen terkini ni tapi kena suai padan dengan kita yang pakai hijab ni. Jangan jadi mangsa fesyen je. 





XOXO,
Ezna

19 ulasan:

  1. Suka belek2 baju di HLA ni. Suka design yang simple nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Mulan pun suka masuk HLA ya.....design dia ada yang cantik juga.

      Padam
  2. Balasan
    1. Oh suka warna terang ya. Kita kalau warna oren ni memang tak pakai. Takut sebab terang sangat....

      Padam
  3. Yang orange tu cantik la..mmg fesyen2 terkini la tu..kalau SA ngan Dania window shopping ada je la x kena kat mata dia..no ma..no ma...yg dia berkenan baru kata yes tapi kita plak x berkenan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah ada dua orang yang suka orange tu. Saya suka part sulaman kat tangan tu. Kalau beli baju dengan Dania pun sama SA. Derang ada pilihan sendiri tapi tu la kadang memang kita pulak tak berkenan.

      Padam
  4. Macam-macam fesyen terkini, patutlah kadang nampak pelik-pelik pemakaian orang sekarang. Pelik sebab tak sesuai dengan imej bertudung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah tu tapi kita ada pilihan juga kan...kalau pelik silalah cari yang sesuai tapi...yang pelik tu jugak yang cantik di mata....tu yang jangan jadi mangsa fesyen je.

      Padam
  5. Saya suka baju yang simpel aja kak, gak selalu mengikuti trend yang baru,soalnya belum tentu cocok di saya, yg penting nyaman di pakai đŸ˜€

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kakak pun sama. Mana yang cocok (sesuai) kakak beli.

      Padam
  6. Baju berkait tu masuk mall bolehlah tapi kalau jalan-jalan outdoor kat Malaysia ni, berpeluh-peluh huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya itu betul. Tapi cantik la pulak....sekarang ni tak boleh pakai. Time musim hujan boleh.

      Padam
  7. betul..kalau kena gaya & pandai mix & match...jadi aje..
    cantik2 semuanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya MA. Kena pandai mix and match. Setuju sangat!

      Padam
  8. Saya tak reti berfesyen tapi suka tengok orang yang pandai mix & match baju dgn seluar / skirt. Selalu saya refer dekat Pinterest atau Lemon8. Tapi my girls belum minat lagi nak pakai fesyen terkini, dieorg lebih selesa pakai t-shirt je. Blouse, skirt, dress semua tak minat đŸ˜’

    BalasPadam
  9. Setuju. Jangan jadi mangsa fesyen.

    BalasPadam
  10. Saya dah lama tak beli baju secara offline. Sejak ada seller yg jual baju online dan saya suka cutting dia, sesuai juga dengan ukuran badan saya, jadi dah bertahun2 ini beli dengan dia saja. Kalo pun beli dari toko offline, hanya dari UNIQLO. Krn dia juga yg size dan bahannya sesuai buat saya đŸ˜…. Saya memang kalo dah suka dengan 1 brand pakaian, biasanya ituuu saja kak.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Penjara Wanita Kajang?

Untuk pengetahuan semua, Penjara Wanita Kajang ada menyediakan produk sejuk beku yang dibuat oleh banduan wanita di Penjara Wanita Kajang.  ...