Selepas balik dari Nanas Montel, terus kami gerak ke USJ 4 pula. Nak singgah kat Chef Ammar.
Kami nak beli set talam sempena merdeka ni.
Rupanya sederet ni ada 3 kedai Chef Ammar. Ini Express Souk Cafe.
Ini pula Chef Ammar Steakhouse.
Kena tunggu dalam 1/2 jam sebelum order siap jadi kami solat di masjid berdekatan.
Tiba je....order dah siap dan ada tukang bawakan talam ke kereta kami.
Talam letak kat seat belakang la.
Sementara itu, menghampiri waktu habis syif Dania jam 6 petang. Dari USJ 4 kami ke IOI City Mall pulak.
Elok je masanya tu....Dania pun selesai di kedai.
Balik rumah....Haaaa tudiaaaa set talam ni....
Nasi Kabsah je 1.5kg, Seekor ayam yang beratnya 1.3kg - 1.4kg dipotong empat.
Ini pula sosnya seperti kuah kambing, arabic salsa, coleslaw salad, sos cili dan garlic sauce.
Ini pula bekal Dania bawak untuk keesokannya sebab set ni memang meriah.
Sampai beberapa kali makan la baru habis 😅. Ada banyak lagi set. Lebih meriah kalau makan ramai-ramai. Tempoh masa set ni sampai akhir bulan kemerdekaan ni.
XOXO,
Ezna
Banyak tu satu talam, memang puas makan. Sedap nampaknya.
BalasPadamYa betul satu talam ni boleh berkali-kali makan.
Padamwahhh ok sgt lah regenya ni...sedapnya!
BalasPadamKalau family you memang sesuai Suzz sebab 5 orang. I yang 3 orang pun boleh makan banyak kali.
PadamNampak sedap....
BalasPadamYa sedap juga rasanya.
Padammurahnya set talam dia kak..memang berbaloi kalau makan ramai2
BalasPadamTime rege camni dia bagi sampai habis hari merdeka je lepas ni back to normal balik.
Padammurah sgt tu. kalau laa dia jual mmg harga tu kompem sold out selalu
BalasPadamwah..kira berpatutan harganya.. portion pun besar....
BalasPadamLihat menunya, memang nampak pekat dan rich bumbu yaa 🤤🤤🤤❤️. Saya sukaaaa sangat nasi arab begini. Apalagi kalo pakai lamb 😄.
BalasPadamAda 2 restoran, tertarik juga yg steakhouse tuh. Kalo saya disana, nak coba 1-1 😄