Alkisahnya kami breakfast kat dalam UPM tapi 2 kenderaan la. Masa ni saya dan Dania dah habis makan dah. Bye Bye abang/ayah....sebab kami nak kena naik MRT lagi ni.
Tiba dah MRT UPM ni. Sangat senang la naik dari sini sebab parking dia luas.
Nak masuk pun nanti kat koc warna merah jambu ni. Lagi selesa sebab perempuan ajer.
Ni tak ingat kat station Merdeka atau TRX kena turun kat escalator yang curam ni.
Dari MRT stesyen Merdeka kena jalan kaki seberang jalan untuk ke Lalaport. Lalu depan Stadium Negara. Nasib baik teringat nak bawa topi sebab cuaca panas dia terik sangat.
Dah tiba dah....
Kat sini yang saya dan Dania nak pergi tu. Pameran The DayDream Believers. Artis KPop di bawah label Hybe dan satu satunya pameran yang diadakan di Asia Tenggara.
Kita ambik gambar dulu ya?.
Bila dah check tiket, kena ambik bebola dalam kotak ni. Nak tengok kita dapat photocard yang mana.
Pilih la nak kumpulan yang mana.....
Masa masuk ni saya dan Dania je. Wahhhh satu tempat ni macam kami yang punya ya. Kena alert tempat mana boleh dan tak boleh nak ambik gambar.
Kat sini konon bilik make up kumpulan K Pop.
Close up cermin yang dihias lampu sekeliling.
Saya pulak...tapi nak fokus make up atas meja. Pegang pun tak boleh.
Gambar ni paling saya suka sebab saya yang ambik. Hehe.
Alatan penggambaran.
Bergambar kat sini dengan ahli kumpulan KPop.
Bergambar dengan photo card yang Dania dapat dari kumpulan Enhypen.
Ni semua bergambar kat luar. Ada beberapa kumpulan dalam pameran ni seperti BTS, Seventeen, Enhypen, Framis_9, +omorrow x +ogether (TXT) dan Le SSerafim.
Join sekaki...
Suka latar belakang batu bata merah kat sini jadi ambik gambar je la.
Best ke kat sini?. Nak kata best sangat tak juga sebab ada part tak boleh buat video dan ambik gambar tu yang part tak best tu. Boleh tengok props dan baju yang ahli KPop pakai untuk photoshoot. Ada juga dipamerkan sofa, kasut, tali pinggang, karpet yang digunakan dan ada juga gambar eksklusif mereka...memang cantik la gambar tu, ada tempat untuk peminat menulis nota untuk kumpulan kesayangan mereka. nota-nota itu nanti akan diterbangkan khas ke Korea mengikut kumpulan kesayangan masing-masing. Macam-macam la harapan peminat-peminat yang disampaikan melalui nota tersebut.
Berbaloi ke idak? Kalau nak lebih berbaloi kena pergi la Korea. Kat sana pamerannya memang berbaloi la kan....buat kita di Malaysia ni kalau ke sini lebih berbaloi sebab dekat. Peminat-peminat setiap kumpulan yang ditampilkan pasti seronok la kan...artis mereka dah dibawakan dekat Malaysia.
Bila ummi pun join sekali tengok pameran ni haaa.....
XOXO,
Ezna
Tak tahu pun ada pameran begitu.. Shout out untuk peminat Kpop.. Boleh datang sana dan ootd.. :)
BalasPadamAda...ni kumpulan yang bernaung di bawah Hybe ni.
PadamOhh ada pameran artis Kpop ya.
BalasPadamAda Mulan. Dah Dania minat ummi dia teman je ni.
PadamSeram tengok escalator tu. curam betul. Teringat masa kerja kat Genting dulu ada jugak escalator tinggi macam tu. banyak pulak tu. dari atas nak ke 1st world.
BalasPadamMacam gayat sikit escalator macam ni. Kena berhati2 juga kan. Oh Genting pun ada ya sebab kawasan berbukit kan. Lupa pula kat Genting ada sebab dah lama sangat tak gi Genting.
PadamMacam tak ramai orang je...
BalasPadamKe memang dia kawal jumlah orang yg masuk tu?
Memang tak ramai tu sebab memang takde orang yang datang sebab masa diberi pun panjang. Boleh pilih tarikh mana yang nak pergi. Mungkin orang free sabtu dan ahad sahaja. Akak gi hari selasa. Lepas akak dan Dania balik ada group dalam 3-4 orang masuk. Tapi....time akak dan Dania....macam kita yang punya. Hehe
PadamBest ada partner macam ni. Macam-macam boleh buat sama-sama.
BalasPadamDah besar boleh gang. Pastu gang gaduh pun ya jugak....
PadamSeronoknya. Nak pegi Korea tu ntah bila lah ibu ni. Dlm Malaysia puh tak habis jalan lg. ;)
BalasPadamMemang pun dalam Malaysia banyak tempat tak singgah lagi.
Padamlaa kenapa tak turun kat stesen bkt bintang?.pastu naik je monorail trn kat stesen hang tuah. then boleh trs maauk lalaport... lagi senang tak kena panas pun...
BalasPadamSebab apa tau Anies....sebab kat website Lalaport dia tulis kalau Merdeka station tu ke Lalaport 5 minit. Ingat dekat sangat. Sekali kau....menapak gak la. Adehhhh....tak leh caye ke apa ni?. Kena game je. Haha.
Padambolehlah u bwk dania pergi korea plak nanti :) alang2 minat kpop tu
BalasPadamKorea dah gi sekali tapi kalau nak repeat pun best juga. Hehe.
PadamNasib baik minak tgok citer korea dia bukan fans artis2 dia..
BalasPadamKalau fans habis la SA.....hehehe
Padam