Jumaat, Ogos 23

Nasi lemak Aunty Ainul

Dah lama tak makan kat Nasi lemak Aunty Ainul di pekarangan masjid Hasanah di Bandar Baru Bangi ni. Dah lain pulak tempat ni. Lainnya sebab dah makin besar pula tempatnya. Saya bawa kereta dan hubby bawa motor sebab nanti saya nak hantar Dania ke IOI City Mall dan hubby terus ke tempat kerja. 

Sebelum tu breakfast bersama-sama dulu. 


Saya dan Dania makan nasi lemak berlauk kerang. 


Hubby makan nasi dagang.


Kelakar kucing ni duduk pun boleh tidur ya. 


Dah luas dah dengan ada tempat makan yang banyak dan berpayung dan berkanopi. Ada juga yang buat roti canai. 


Bila makan kat sini teringat kat Kak Aini yang memang suka nasi lemak Aunty Ainul ni. Tapau la sebungkus untuk Kak Aini. 


Aksi kucing ni lagi....Dania kata comelnya. Tidur tak baring. Kepalanya mendongak macam tu. 


Sempat la snap muka Dania. Ok ceria nampaknya. 


Ok bye....kerja elok-elok. Jangan lupa bagi nasi lemak kat Kak Aini. Kalau Kak Aini tak masuk pagi...bagi je la sape-sape.


Tunggu sampai Dania masuk je pintu tu dan saya pun beransur pulang la. 


Akhirnya nasi lemak Aunty Ainul tu rezeki Atiq sebab pagi ni cuma 3 orang je kat F.O.S tu. Seorang Assistant tu dah tapau makanan. Bila bagi kat Atiq happy la budak tu sebab tak payah beli dah makanan bila break nanti. Kak Aini masuk petang jadi pukul 2 petang baru masuk. Atiq cakap kat Dania 'aku makan masa break nanti'. Dania pula tak cakap tu Kak Aini punya tapi pandai pula ayatnya 'aku terbeli lebih nasi lemak ni'. Jadi....takde la terasa Atiq tu kata ohhh dia pilihan kedua ke apa ke kan....

Apa pun sesekali kita berkongsi rezeki....





XOXO,
Ezna

 

9 ulasan:

  1. Pandai Dania cover line hehe ...
    Kedainya dlm masjid ye? Dulu selalu pergi Bangi & selalu singgah masjid hijau ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah....padehal nak bagi orang lain. Ya PH dalam Masjid. Bila masuk pintu utama ada deretan kedai belah kiri. Kat situ la. Menghadap jalan besar tu. Oh....PH gi kursus haji ya sebab kat Masjid ni memang selalu buat kursus haji.

      Padam
  2. Nasib baik jauh..kalau dekat awal2 SA dah sampai sini..suka port lawa2 macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya port ni dah jadi lawa pulak SA. Dulu kecik ajer.

      Padam
  3. bagusnya berkongsi rezeki. moga murah rezeki u ezz :) cute betul aksi kucing tu tidur sambil duduk ahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali je Suzz sebab teringat yang Aini ni suka makan Nasi Lemak ni. Bila Dania bawak masa kerja lepas SPM dulu Kak Aini excited dan kata sedap nasi lemaknya.

      Padam
  4. aduh nampak sedap nasi lemak tu. my fav is nasi lemak yang sedap hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap nasi lemak ni tapi sambal dia pedas sikit.

      Padam
  5. Sedapnyaaaa nasi lemaaak 🤤🤤🤤. Kucing tuh gemaaaas sangaaat 😄😄😍😍😍. Gemuk pula yaaa. Yalaah, kalo nak memberi, tak usah kita sebut pula seharusnya itu buat siapa. Kecil hati pula dia 😅

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...