Rabu, Ogos 21

Nasi Kandar Pelita Cheras

Masa lalu jalan ni nak pergi kenduri kahwin di Forest Valley, Dewan Ruscus tu ternampak Pelita Nasi Kandar. Selalunya kalau nak pergi Pelita ni kami singgah di Cyberjaya je. 

Eh....nampak V lah. YTJT (Yang tahu je tahu)....Hehehe.....


Ok...tiba dah Pelitanya....luas betul Pelita sini sebab satu bangunan ni dia yang punya. 


Tak pasal-pasal Dania dah malu dengan orang Pelita ni. Sebab apa tau?. Sebabnya Dania tengok muka dia macam classmate Dania. Dania dah mula tergelak-gelak dah....


Baik mukanya. Bila dia tanya Dania mau makan apa?. Bahasa baku la kan sebab orang Indonesia...udah Dania kata sebijik macam kawan dia tu sebab budak tu orang Borneo. Memang akan cakap Bahasa Baku la kan. Bila Dania dah mula malu-malu tengok muka orang Pelita ni terus ummi tengok dan ohhhh macam muka A*** ya?.....Dania kata ya. Certain angle sebijik. Cara tanya pun sebijik. Itulah saya kan kenal kawan-kawan Dania jadi bila tiba2 je pelik saya akan tahu sebab apa...


Kami duduk ni betul-betul dekat dengan TV besar. 3 TV besar atau lebih kat Pelita ni. Mau penuh kalau ada perlawanan bola ni. 


Unik juga la design kaunter dia macam guna unsur kayu. Sebelah kami ni ada 3 orang baru je sampai masa kami dah duduk. Seorang tu buka Tik Tok punya kuat sambil makan Tik Tok terpasang. Kuat sungguh. Saya paling tak suka kalau kat tempat makan, buka phone kuat-kuat tengok media sosial. Nak bagi semua dengar ke apa?. Dania pula boleh tergelak-gelak bila ummi annoying.....sampai merah2 muka dia. 


Lama dah tak makan tosai ni....so ya....tosai ni saya punya. 


Dania punya capati. 


Hubby punya roti kaya. Mulanya ingat roti kaya ni roti bakar dengan kaya tapi bukan ya....roti kaya ni roti canai letak kaya. 😅


Saya dan Dania dah habis makan baru la nak ambik gambar. Hubby punya roti kaya tiba lewat sikit. 


Nasi Kandar Pelita ni terletak di Cheras yang berhampiran dengan AEON Cheras Selatan. Betul-betul sebelah Maybank. Gambar agak blur sebab ambik gambar masa kereta tengah bergerak. 


Opposite Pelita ni ada pula tokong yang cantik bermandikan cahaya lampu. 


 Dah tau dah Nasi Kandar Pelita kat tempat baru. Kalau kat Cyberjaya tu sempit sikit tempatnya.  





XOXO,
Ezna

9 ulasan:

  1. Nampak besar dan luas restoran Pelita ni. Selalu lepak di Pelita dekat KLCC je.

    BalasPadam
  2. oh roti kaya tu dlm roti canai ye...1st time tgk rupanya gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya....salah mintak dia bagi roti canai dalam tu kaya. Kita nak roti bakar kaya je.

      Padam
  3. PH pun sama, annoyed sgt bila org buka phone kuat² dekat public, xde common sense :(
    Cantik pula limpahan lampu² dekat tokong tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya dia duduk sebelah saya PH. Kuat dia pasang Tik Tok tu. Sambil makan Tik Tok terpasang. Hmmm....

      Padam
  4. Sporting pulak pelayan tu di foto kan!

    BalasPadam
  5. Famous brand restoran mamak pelita ni.luas dan selesa tmptnya tu

    BalasPadam
  6. Hahahah jadi bukan teman Dania, hanya mirip saja?

    Dah lamaaaa saya tak ke pelita. Kemarin di Penang dan KL tak datang Krn nak coba tempat makan lain. Padahal dulu pelita ini tempat saya mengerjakan assignment dari lecturer 😂. Krn buka 24 jam kan yg depan USM. JD bisa duduk lama 🤭

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Penjara Wanita Kajang?

Untuk pengetahuan semua, Penjara Wanita Kajang ada menyediakan produk sejuk beku yang dibuat oleh banduan wanita di Penjara Wanita Kajang.  ...