Isnin, Ogos 26

Apa yang menarik di Colegacy Concept Store?

Hari Jumaat 23 Ogos 2024, Dania kena kerja syif petang. Hari jumaat ni depan masjid Uniten tu memang orang akan double parked la kan tapi ada tempat triple parked. Lepas solat terus la keluar. Dania sampai awal ke IOI City Mall. 


Bekal hari jumaat ni untuk makan malam sebab tengahari dah makan kat rumah. Bekal ni daging masak Opah dengan kuah yang akan dimakan dengan Fettuccine. Ayam tu ayam goreng yang beli kat Jollibee (dah siap potong kecik2 dan ceraikan dari tulang) dan tambahan daun salad. Kalau saya yang masukkan semua bahan...penuh je mangkuk tingkat ni. Kalau Dania yang masukkan mesti ada ruang-ruang kosong. Tak nampak sangat fettuccine ni kan....daun salad pun dah menutup sebahagian besar. Hehe.


Tunggu sampai dah masuk pintu tu....ok saya cari parking pulak. Cadangnya tak nak balik dulu sebab mesti sesak depan masjid Uniten orang dah siap solat jumaat. Tunggu reda baru saya balik. 


Ini pula tempat charge kereta elektrik kat parking lot IOI City Mall. 


Berjalan sampai ke Pierre Cardin dan ternampak JK. Yang tahu je tahu (YTJT). Hmmm Dania dah cakap dah ada movie tentang JK ( I am still) kat pawagam bermula 18 September 2024. Dah la hari tu hari rabu dan Dania off day. Nak kena tengok ke apa ni? 😅


Saya lalu depan Colegacy Concept. 


Berkenan dengan cargo pants ni. Banyak pula color boleh pilih. 


Ada seluar corduroy tapi harganya kalau beli combo RM90 sehelai. Kalau beli sehelai je harganya mahal lagi. 


Lembut je fabric corduroy ni. 


Cantik juga la baju-bajunya. Nak kena ambil masa pusing-pusing kat sini. 


Manis je blouse ni sebab kat tengkuk ada ribbon dari organza. 


Close up ribbon pulak. Sweet je. 


 Ok...lepas ni saya nak explore kedai tudung pulak. 





XOXO,
Ezna

14 ulasan:

  1. nieyl kalau pergi IOI ni penat berjalan je..sbb besar sangat IOI ni ..
    nieyl pun suka window shopping dlu baru fikir nak beli ke tak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya memang penat pun tapi akak jalan yang dekat2 je. Bukan cover hujung ke hujung. Window shopping tu best kan? Hehe....

      Padam
  2. Kalau hari2 bersenam dalam IOI Mall ni boleh kurus agaknya sebab shopping mall kat sini besar sangat. Tapi kalau ke sini memang tujuannya sebab anak2 nak main ice skating je hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye lah sebab Carneyz jauh kan. Terer anak-anak Carneyz ice skating tu.

      Padam
  3. me time...ok la tu jalan2 sorang..window shopping...best

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Rambang mata tapi nasib baik tiada sebarang pembelian kat sini. Hehe.

      Padam
  5. Beli ke tak seluar & baju tu ? Rugi tak beli, lawa² semua tu hehe...
    Tak pernah lagi sampai IOI ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak beli la PH. Tengok2 cuci mata je. Hehe. Nak perabihkan masa sementara nak tunggu reda orang semua balik solat jumaat.

      Padam
  6. tiba2 jer ada charger keta letrik kat mall tu heheheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah Suzz tak silap ada 8 unit charger kat sini. Ni first time I nampak kat shopping mall. Tak tau la rate dia macam mana....

      Padam
  7. Fav saya ni, shopping sorang2 di IOI hahaha

    BalasPadam
  8. Memang tak kenal saya dengan model di foto itu 😅😄.

    Corduroy ini nyaman memang, tp kekurangan dia beraaat 🤣🤣. Kalo bawa traveling, langsung makan tempat 😅

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Penjara Wanita Kajang?

Untuk pengetahuan semua, Penjara Wanita Kajang ada menyediakan produk sejuk beku yang dibuat oleh banduan wanita di Penjara Wanita Kajang.  ...