Pertama kali menjejakkan kaki ke Hotel Palace of the Golden Horses, hati me kata wow. Cantik sungguh hotel ini. Dari info yang me tau hotel ni bertaraf lima bintang beserta 1 diamond.
Jeti ni tempat kita akan menaiki bot mengelilingi tasik Mines.
Selamat tinggal Hotel, kami nak ke seberang sana :-) Bangunan putih tu dulu tempat Mawi + Ekin punya majlis perkahwinan.
Sepanjang perjalanan, pokok menghijau melatari sepanjang sungai.
Sayup sayup kelihatan golf course di sini.
Yay...kami dah tiba Mines Hotel.
Tak sabar anak dara nak main air yek...
Hotel kat sini.
Di satu sudut kolam renang.
Restoran Charlie and Abdul. Nama yang unik bagi me. Seunik Restorannya. Oh i like....kain pemisah ruang tu berwarna lilac....hehehe....
Kolam kat sini berkonsepkan tepi pantai. Ada pasir sekeliling kawasan ini. Ala ala berada di tepian pantai giteww padahal bukan tepi pantai pun. Di tepian tasik Mines :-)
Setelah puas melihat sekitar Mines Hotel, kami menaiki bot untuk ke Hotel Palace of the Golden Horses pulak. Cantik bangunan ni. Kat tepi highway pun boleh nampak.You alls sukakan pengalaman ini? Boleh tengok info / nak buat pertanyaan di sini yek.
Masa untuk mandi kolam......yeehaa....
Bahagian sini sesuai untuk orang dewasa mandi manda. Faktor kedalaman yang tak sesuai untuk kanak-kanak.
Nak bercuti? click link ni.
Cantiknya permandangan kat kolam renang Palace of the Golden Horses.
Dania riang dapat mandi kolam. Me rasa semua kanak-kanak akan happy kalau dapat mandi kolam kat sini.
Ini kerana ada papan gelongsor di sini. Dania paling suka naik turun papan gelongsor ni.
Bestnyer kalau dapat menginap kat hotel sini. Tambah best kalau dapat menghadap kolam renang dan tasik Mines.
Kolam di sini sangat sesuai untuk kanak-kanak kecil.
Hari yang sangat baik untuk beriadah bersama keluarga.
Ni ruang dalam Hotel Palace of the Golden Horses. Semuanya ada unsur kuda. Dah nama pun Hotel Palace of the Golden Horses ye tak?.
Cantik sangat dekorasi sempena Krismas. Ada snow man. :-)
Luasnya reception counter.
Si cilik tak sabar nak mandi kolam :-)
Banyak pakej yang ditawarkan. Kalau tak nak menginap kat sini, boleh juga bawa anak mandi manda dengan harga RM15/pax untuk dewasa dan RM10/pax untuk kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun. Bukan ini sahaja. Ada pakej lain juga...:-)
Selain daripada itu, pakej melancong dengan harga yang berpatutan pun ada. Boleh la you alls ke page Jom Cuti.
My blog contest pun sedang berjalan yek sampai akhir Jan 2013. Boleh la skodeng kat entry me di SINI. Mana tau ada rezeki you alls...tak payah keluar duit yek :-)
u tak ambik gamabr dalam cruise? pool nampak menarik .. emir sure suke slides tu
BalasPadamAlemak dalam cruise tak ambik pulak :-) Slides tu best.
Padamdah naik entry waaaaa
BalasPadamEhem ehem me tunggu u punya entry yek :-)
Padamcantik poolnya :) apakan daya my zharfan kena pantang swimming 3 bulan ni
BalasPadam