Jumaat, Januari 25

Melawat anak teman yang sedang sakit di Sime Darby Medical Center

Me ada melawat anak teman di SJMC. Anak teman telah terkena kuman Rotavirus. Luluh hati me tatkala pergi melihat si kecil yang Masyaallah, comel sangat. Kesian me tengok badan kecik yang berselirat wayar2. Tambahan masa me pergi my friend Anida ni kata Dr nak buat pengawasan sehingga 48 jam. Kebetulan 48 jam tu jatuh pada hari lahir my friend. Ya allah beratnya dugaan mu itu.....me and my friend Anida berpelukan depan bilik anaknya Alif itu. Percaya atau tidak, me dengan Anida ni cuma teman di alam fb tapi me terpanggil nak beri sokongan kepadanya....

Wednesday, 16 January 2013
Alif sekarang berada di ICU

Wednesday, 16 January 2013
Syahdunya hati ibu melihat wayar berselirat, hidung yg bertiup. Sekelip mata saja ianya berlaku. Baru semalam alif marah ibu sbb salah tekan games kegemaran alif, baru semalam alif nyanyi lagu untuk dia. Ya allah, ya tuhanku, kuatkanlah semangat alif untuk melawan virus yg menyerang otaknya. Kuatkan semangat anakku ya allah. Berilah alif kesihatan yang sempurna seperti sediakala. Aku memohon kepada Mu.

Thursday, 17 January 2013
Besar sgguh dugaan yg ku terima. Masih terasa kehilangan arwah amira, kini ku diuji pulak dgn alif. Apa yg Allah buat adalah yg terbaik. Tiada satupun yg tak baik. Alif, kuatkan semangat mu sayang. Ramai yg doakan kesihantanmu. Walau dr. kata harapan tipis, namun kita merancang tp tuhan menentukan. Semoga dgn doa-doa semua keajaiban akan berlaku. Ibu sayang alif!

Yesterday, 18 January 2013
Platelate alif semakin menurun dan kritikal. Andai boleh ibu menderma ibu sanggup tapi mereka perlukan dikalangan lelaki. Hampa ayah juga tidak dpt menderma kerana kurang tidur. Maafkan ibu dan ayah kerana tidak dapat membantu dari segi platelate sayang.

Yesterday, 18 January 2013
Salam...anak saya memerlukan penderma darah platelet sblm jam 3ptg di sjmc, syarat2 xkisah drh jenis ape, lelaki 18thn keatas, tiada mkn ubat yg berterusan..tq

Yesterday, 18 January 2013
Alhamdulillah...2 penderma platelet telah cukup & lulus.....terima kasih semua yg berusaha...terima kasih en.alisadikin & en.aziph -- dari FB husband Anida

Yesterday, 18 January 2013
Maaf sy x blh menjawap semua sms, pm. Secara ringkasnya, rotavirus telah menyerang otak alif. Keadaan alif masih koma, kritikal. Maaf sy x blh tulis byk sbb nk fokus n communite dgn alif. Jutaan terima kasih kepada semua di atas doa n pertolongan semua. Hanya allah yg dpt membalasnya. Terima kasih semua.

Today...
Mulai esok bantuan oksigen dan ubat akan dikurangkan sedikit demi sedikit. Insyaallah, mudah-mudahan Alif stabil dan menunjukkan tindakbalas yg positif. Bagi yg melawat alif, maaf sekiranya saya tidak keluar bilik kerana saya ingin memberi sokongan sepenuh jiwa dan raga kepada anak kecil ini. Alif, semoga dgn sentuhan dan mendengar suara ibu alif mendapat kekuatan dan semangat untuk terus berjuang. Alif, diluar sana ramai yg mendoakan kesihatan Alif sayang. Kuatkan semangatmu sayng. Sayang Alif.

****status di atas me copy paste dari blog Mira yang diambil dari fb Anida.
  
Ni lah hospital Sime Darby Medical Center. 
Ruang menunggu yang luas. 


Laluan masuk dari parking ke bangunan utama.




Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan, boleh berhubung terus dengan bff saya Ayu yang akan menyampaikan sumbangan anda kepada Anida.Emailkan di : ayuarjuna@gmail.com Biaya di hospital ni adalah melalui Gurantee Letter tapi kita semua sedia maklum yang GL ni ada limit kan.. Moga sumbangan anda semua dapat membantu teman me ni.

Comelkan Alif ni?. Waktu me melawat pada 18 Jan 2013, Alif masih koma. Kerana otaknya bengkak hasil aktiviti kuman yang jahat.

Photo diambil dari fb Anida

3 ulasan:

  1. semoga adik Alif sihat.. walaupun i tak kenal Anida sangat, tapi memang .. macam u terpanggil...i tak boleh tengok anak2 diduga macam ni ;(

    BalasPadam
  2. semoga cpt sembuh
    semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi

    BalasPadam
  3. Semoga alif cepat sembuh Aammiinn, sedey kita baca cerita ni...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...