Isnin, Januari 14

Ibu Mertuaku

Me actually baru tiba dari kampung halaman suami di Kedah. Kami bertolak awal pagi Sabtu pukul 2 pagi. Tiba Kedah dalam pukul 9 pagi. Dari Kedah bertolak ke rumah me pukul 4 petang. Tiba rumah pukul 
11 malam. 

Kami balik pun sebab nak melawat mertua me yang tak berapa sihat. Beliau jatuh kat bilik air kemudian lebam tangan belah kanan. Dekat 2 minggu juga tak larat nak bangun. Masa me melawat, ibu mertua me dah kuat nampaknya. 

Untuk menyenangkan proses mandikan ibu mertua me, hubby membelikan kerusi roda yang boleh dibawa ke bilik mandi. Ada lubang di tengah untuk buang air. Kalau tak nak buang air, boleh diletakkan cushion untuk mereka selesa duduk. Pembelian yang berbaloi untuk mereka yang berusia. 

Nasib la kerusi roda ini muat dalam kereta dengan beg besar lagi kat boot tu. 


Dah ada kerusi roda senang la mak nak pergi ke depan dan mandi ye mak....:-) Dania cium atuk yek. Orang Kedah panggil nenek tu atuk. Yang lelaki atuk wan.

Priceless moment...

4 ulasan:

  1. kalau i , i ambik arwah nenek i dulu Pah.. yang lelaki panggil Tok Wan :), moyang baru panggil nenek

    BalasPadam
  2. Comel dania.. Hehe kat penang pula yg pempuan tok, yg laki tokwan

    http://djdanchef.blogspot.com
    == ♥ == ♥ == ♥ == ♥ =

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...