Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, January 28

Bertamu di rumah Dato' Pak Engku Kuzie Catering sempena sambutan Maulidur Rasul 2013

Sempena sambutan Maulidur Rasul, Dato PK jemput me ke rumahnya. Lepas hubby balik kerja hari jumaat then lepas mahgrib terus ler ke rumah Dato. LDP tu kemain jam malam tu.
 
Rakan artis veteran DPK ada then me minta izin nak ambik gambar Razis Ismail and hubby. 


Hubby and DPK juga. Hubby kata masa me pergi ambil makanan, bila DPK nampak hubby terus DPK tanya mana Ezna?. Nampaknya DPK dah kenal hubby me :-)


 Menu wajib mesti ada. Putu piring dan putu buluh. My favourite lar.


Mula2 me tiba meja ni kosong tau. Lepas tu bila me and hubby gi ambik makan while Dania sorang je duduk situ, tetiba group Mummy Mariani terus duduk sini. Well, me tak kisah le Mummy Mariani duduk situ tapi ada kakak Melissa Saila dengan muka masam tak senyum pun kat me. Err dah la me dulu yang datang ke meja kan. Me pulak lepas habis ambik makanan siap tanya ada orang ke tak?. Kakak Melissa Saila dengan muka masam mencuka cakap ini ada itu pun ada. Me saje cakap kuat-kuat Dania duduk sini je la. Ummi duduk sana. Akhirnya kami duduk terpisah. Walaupun meja sama, me hujung sini, Dania hujung sana dan hubby lain meja. Ada 3 orang je kot kat meja tu yang manis muka. Me ada juga tanya itu ini kat Mummy Mariani. Err tak tau nak bahasakan apa. Nenek tak sesuai pulak ye tak?. Anyway, Mummy Mariani takde la berlagak diva except anaknya yang not so friendly. Banyak bercerita Mummy ni. Umur 80 tahun tapi masih kuat dan lepas shooting 2 drama/filem. Wahhh don't play play ah...


Apam balik pun menu wajib DPK. 


Kumpulan Rabbani pun ada malam tu 


Ni tak silap me kumpulan marhaban wanita. 


Lauk pauk mewah sungguh. Haruslah sebab owner caterer yang anjurkan ye tak? 


Dania berbaju kurung biru cair malam tu. Me pakai jubah. 


Rumah kayu DPK dalam kawasan rumah DPK. Selalu ada shooting majalah / TV kat rumah ni.


Goreng pisang, goreng ubi, cucur jagung...nyum  nyum nyum


Jemputan DPK tak ramai pulak macam selalu. Me pun tak nampak pulak rakan FB yang selalu datang rumah DPK kalau ada event. Me cam sebab selalunya orang tu jugak yang dijemput. Selebihnya saudara mara dan teman artis DPK. 

Terima kasih di atas jemputan DPK ye. :-) 

No comments:

Post a Comment