Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, January 26

Shopping terapi diri

Hari Jumaat sekolah Dania cuti so pepagi tu breakfast kat food court Kinrara dulu. Then lepas ayah gi kerja baru me and Dania keluar. Hajat di hati nak makan dessert di Serai tapi confuse either nak gi Serai Empire Shopping Gallery atau Serai Paradigm Mall so last-last gi Paradigm Mall. 

Nak makan nasi rasanya kenyang lagi breakfast pagi tu me makan bihun. So kat Serai Paradigm Mall me order Pavlova. Hehehe. Ni makan sorang ni. Dania order yang lain. Tergeleng-geleng me makan strawberry yang masam tu.
 

Centerpiece atas meja.


Ni Dania punya....aiskrim chocolate vanilla yang ada pisang dan emping jagung. Sedap juga. Licin Dania makan tau.


Lepas makan, ingat kot nak terus gi cari Universal Traveler ke, Winter Time atau Travel for All tapi dari alphabet info mall tak nampak pun. So, kebetulan lalu kat depan Zara me pun masuk la. Wahhhh further markdown lagi. Dania sibuk kata ummi ada baju budak-budak la.


Akhirnya beli sweater Hello Kitty yang tinggal 2 helai je. Me pilih size 10-12 tahun. Tak le besar sangat bila Dania pakai. Ok lar. In fact T-Shirt lengan panjang pun banyak yang cantik-cantik. Kalau tengok memang banyak yang me nak beli tapi akhirnya sweater ni jugak pilihan hati me. Harga T-Shirt lengan panjang kanak-kanak perempuan RM30++ je. Menurut kata SA, Zara nak clearkan stock winter sebab stock summer dah tiba. 

Dalam kereta juga Dania rasmikan sweater Hello Kitty ada hood ni yang kurang RM40 dari harga asal :-). Belian berbaloi gitu. Memang sejuk pun sebab memanjang je hujan hari ni. Zara yang Dania pakai Made In Portugal. Selalunya kalau Made in mesti China ye tak?


Gi la check it out Zara. Kat Paradigm Mall punyalah panjang Zara tu. Berbaloi i tell you ;-) Opps shopping tidak terhenti di sini yek...bersambung kat Sunway Pyramid pulak dah....

4 comments:

  1. tajuk entri u ni blh lak tersama dengan entri i yang akan diautopublish ahad ni hahahahah...

    tingin nak gi zara... :)

    ReplyDelete
  2. Seronoknyaa shopping. Lama dah tak jalan jalan shopping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali je shopping. Shopping setiap kali kempis poket. Hehehehe

      Delete