Thursday, January 17

Cerita di sebalik kek cawan

Dulu, kek cawan takde la icing gambar cantik2 tu. Me teringat kisah arwah nenek tiri me yang akan menyediakan hidangan kek cawan setiap kali Hari Raya. Selalunya me ajer boleh makan sehingga beberapa biji. Atuk me menggalakkan pula me makan. Ye lah cucu kesayangan gitu lar...hik hik...:-)

Air tangan nenek tiri me ni menyebabkan me teringat ingat kek cawan ni sampai sekarang. Masa me dalam pantang Dania. Me teringin nak makan kek cawan ni. Masa tu nenek me dah takde. So masa ibu saudara me dari Ipoh datang nak melawat me and baby, ibu saudara me pun bawa la kek cawan ni. Rasanya sama cuma ibu saudara me tak masukkan telur dalam adunan. Bimbang bentan ke aper kan. Me pun masa tu baru lepas C Section. Ya...Dania keluar ikut tingkap ye....

Kek cawan ni me jumpa kat Hotel The Regency Alor Setar tapi me rasa kek cawan air tangan nenek tiri me lagi sedap. Rindunya kat nenek.


3 comments:

  1. semoga nenek Ezna tenang di sana.. i suke buat cuppies.. :D makan so-so setakat nak try

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails