Sambutan Maulidur Rasul kat surau berdekatan rumah me agak meriah. Actually malam sebelum tu ada kupas bawang untuk majlis keesokkan harinya tapi me rasa macam tak cukup rehat so me tak pergi la. Kalau rewang sebelum ni memang me ada gi tolong jugak. Surau ni tumbang lembu seekor gak.
So pagi sambutan Maulidur Rasul tu me tolong potong hati lembu. Before that breakfast roti canai dulu. Err potong hati cam sikit jek pun. Selebihnya me join perarakan. Hehehe.
Perarakan Maulidur Rasul ni first time me join yang dianjurkan oleh surau. Dulu pernah la masa LKIM buat perarakan Maulidur Rasul me pernah join.
Hubby pakai baju melayu tanpa sampin.
Ini la imam No. 1 surau me. Kecil molek orangnya. Berasal dari Kelantan. Selalu buat pengajian kat surau.
Sambil berarak, me sempat snap gambar mereka yang sanggup naik atas bukit nak ambik shot yang baik.
Ada polis trafik mengawal lalulintas. Ada 2 polis bermotor escort perarakan kami dan ada 1 kereta polis peronda di belakang kami. Pendek kata depan belakang ada polis. Dengar kata Ketua IPD Serdang duduk berdekatan rumah me so me rasa memang mereka menjaga kawasan me. Tak hairanlah selalu nampak kereta peronda, pasukan berkuda meronda di kawasan me.
Kereta-kereta ni bukannya parking yek. Tengah tunggu giliran nak jalan jek.
Budak ni menarik hati me untuk merakamkan gambarnya. Kesian dier dah penat agaknya lalu didukung oleh bapanya.
Ikutkan perarakan nak berarak ke depan lagi tapi yang berumur dah tak berapa larat jadinya buat pusingan U di dalam apartment ini. Di escort oleh polis bermotor. Rasa ala ala cerita Chip pulak....
Ramai pulak polis masa ni.
Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Rusydi Ramli. Pengerusi Surau berseloroh kata nama Ustaz macam nama pelakon. Anak Norlia Ramli tu. Menusuk di hati juga ustaz bercerita mengenai Nabi Muhammad S.A.W.
Time makan, keluarga makan dalam dulang yang sama. Masa hubby dah siap2 nak makan sama dengan me and Dania tup tup duduk pulak bilal yang telah berusia Gamaknya tak dengar bila hubby kata ada orang. Akhirnya hubby kena repeat ambik dulang kedua. Free free je bilal tu main join jer.
Akhirnya me and Dania share makan satu dulang. Punyalah portion begitu banyak lak tu. Yang nyata ulam tu me habiskan semuanya. Daging me makan sikit ajer cos me memang kurang makan daging. Tak berapa suka. Tukang bagi lauk bagi lauk banyak sangat ler pulaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.