Pada 5 Januari 2025, kami mendapat jemputan ke kenduri anak kepada Tiny House yang kami pergi makan durian tu. Teruja saya nak pergi ke kenduri kahwin ni yang diadakan di Alam Maya, Kajang.
Parking dekat dengan rumah Alam Maya tu dah penuh jadi kena parking tepi jalan. Ada Rela yang akan assist. Ternampak rumah design ala rumah di Perth, Australia dengan bata merah. Cantiknya...
Setelah tiba di lokasi majlis.
Bumbung berasaskan kayu.
Alehnya kami duduk di meja VIP sebab yang jaga meja ni cakap boleh je duduk kat sini.
Lauk pauk tersedia. Nasib ayam baru je refill. Depan Dania ambik 4 ketul ayam. 😅. Tinggal orang belakang sama😆. Dia suka makan ayam goreng agaknya.
Ayam goreng, sambal belacan dan secoet ulam pegaga.
Staff catering offer nak ambik gambar.
Banyak dia snap.
Ada juga gerai churros.
Ralit tengok dia masak.
Selalu nampak Cendol Songkok Tinggi masa kenduri kahwin.
Baru nampak laksa. Kalau saya nampak ni dulu memang saya tak ambik nasi.
Ada kolam ikan sebelum tiba ke pelamin.
Ada nampak ikan berenang jugak.
Haaa ni pelaminnya.
Ada juga meja makan kecik sepanjang hallway ni. Kalau keluarga ramai tak sesuai la duduk sini.
Ni ambik churros untuk Dania sebab dia suka biscoff. Ada juga salutan coklat.
Baju pengantin ni memang klasik la. Macam ada percikan fesyen pengantin di Indonesia dengan bunga di hijab. Ada selendang panjang juga. Baju luar pula fesyen kebaya labuh. Bunga tangan tu pun cantik dengan juntaian dedaun. Warna nude ni manis je saya rasa.
Lagi gambar....tak puas tengok pengantin perempuan ni. Berkenan fesyen bajunya.
Sempat lagi Dania ambik ice cream.
Sebelum balik nak abadikan gambar kat photo booth ni.
Gambar yang kami dapat.
Boleh scan QR untuk mendapatkan photo kami.
Sebelum balik ambik gambar Dania kat depan ni. Setiap tetamu dapat cenderhati kicap Jalen.
Hubby bersalaman dengan Tuan Rumah.
Bila turun bawah sikit rupanya ada tempat makan lagi kat sini.
Nak duduk bawah payung pun boleh tapi panas la saya rasa.
Lagi gambar. Saya rasa kalau majlis diadakan di sini macam terpisah kerana ada duduk di bahagian bawah, ada kat atas jadi bila nak tengok pengantin kena naik atas la. Bawah tak nampak pengantin.
Kawasan persekitaran ni menghijau.
Luas betul kawasan dia.
Kita abadikan gambar wefie keluarga kat sini.
Apa pun tempatnya memang cantik la. Saya rasa kediaman yang digubah menjadi venue perkahwinan.
Selamat Pengantin Baru!
XOXO,
Ezna
Nice betul tempat dia, cantik. Dah lama tak pergi jemputan perkahwinan.
BalasPadamKita nampak clouds, lawanyaaa.
Clouds memang lawa kalau hari cerah. Tempat ni memang cantik.
PadamTahniahnyer buat mempelai dan keluarga
BalasPadamTerima kasih Wak...bagi pihak....
Padamcantik dan eksklusif tempatnya! best dpt attend wedding gini :) so nice
BalasPadamYa Suzz siap I jalan-jalan lagi nak tengok tempat ni.
Padamwaaahhh nice lah tempatnya! manissnyaaaa pengantinnnn perempuannn sukanyaaa busana dia tu!
BalasPadamYa lah mukanya memang manis + busana yang dikenakan tu love sangat!
PadamBesar tempat ni, rumah siapalah ye hehe...
BalasPadamSy pun suka tgk baju pengantin tu, klasik 👍🏻
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹
Besar katanya kawasan ni 3 ekar PH. Baju pengantin tu memang saya berkenan.
PadamUncle pernah sampai sini... tapi makan belah atas je... tak larat ank turun bawah. Tangga!
BalasPadamSaya pula tak perasan tempat makan kat bawah. Tak explore masa datang tu. Alehnya makan kat VIP. Hehehe. UG boleh turun bukit ikut jalan tar kat luar. Tak payah turun tangga dan saya explore lepas nak balik. Rupanya ada tempat makan kat bawah.
Padamcantik baju pengantin...tapi, dah tak sekurus itu untuk pakai macam tu...hahaha...lagipun dah rase maken meningkat umur nie, baju pun nak simple2 je...
BalasPadamWow cantik betul..kagum kalau ini rumah sendiri...rasanya rumah yang dijadikan wedding venue kan?cantik pengantin..macam perkahwinan orang indonesia...jarang pengantin mengenakan pakaian mcm tu kan..
BalasPadamDia ada keturunan Jawa kak? Yg pakai bunga melati begitu biasanya adat Jawa. Krn dulu saya pakai, suami saya orang solo Jawa tengah.
BalasPadamYg ambil ayam sampai 4 ketul, mungkin dia ambil sekali utk anak istri juga hahahaha. Soalnya saya sering minta Raka ambilkan sekalian, tiap datang ke pesta nikah 😄
Tak pernah jumpa lagi kenduri sediakan churros.
BalasPadamMesti ramai cari tu.
cantik tempat nya..
BalasPadam