Khamis, Januari 2

Bersemangat nak masak sebab.....

Saya bersemangat nak masak ni sebab ada potluck kawan2 sekolah rendah dan menengah saya ni. Buat kat rumah baru Shazmeen. Shazmeen ni anak Datuk Hajah Habsah Hassan. Penulis lirik era zaman Sudirman dulu. Pernah menang beberapa anugerah kat Juara Lagu juga. Meen ni dulu memang terror Prinsip Akaun jadi selalu minta tolong Meen ajarkan Akaun. Kiranya dalam kelas kami tu Meen ni memang ramai orang minta tolong bantu dalam subjek ni. Eh...bukan subjek ni ajer terror. Semua subjek la. Lepas tu ramai pula peminat Meen ni sebab cantik orangnya. Muka lembut je. Meen ni pulak bukan jenis gedik2 tu....baik orangnya. Tak percaya?. Tanya la sesiapa yang mengenali Meen ni. 

Ok....saya cadang nak masak kuay tiaw goreng jadi nak cari kuay tiaw yang jenis halus. Kalau beli kat Yakin Mart ni kiranya yakin la produknya halal kan. 


Ada jual juga produk KA. Harganya macam mahal la bagi saya. 


Sambal Omak Jenny ni ibu kepada artis AF bernama Nubhan. 


Banyak la produk yang dijual di sini. Kedai kawan saya Ready to Cook kat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi tutup pula. 


Ini pula singgah Evo Bangi sebab terlupa nak beli sos tomato. Top up juga apple dan cendawan.


Ini kejadiannya kuay tiaw goreng yang nak dibawa ke potluck rumah Meen. Masuk dalam bekas kecik2 ni sebab bekas besar pakai buang tak ada. Orang kata kalau guna kuay tiaw halus ni sedap rasanya. Saya suka juga kuay tiaw halus ni. 


Nanti saya update potluck rumah Meen yang pastinya meriah dengan kawan2 lama saya tu. Ada yang saya satu sekolah masa tadika lagi tapi masa tu saya tak kenal lagi la kawan saya tu. 





XOXO,
Ezna


 

21 ulasan:

  1. Sedapnya kue tiau goreng tu Ezna, confirm licin tu ... Sy pun suka kue tiau halus, tak muak & tak berbau
    Best la pasaraya Yakin tu... Belum ada nmpk area Gombak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sedap kuay tiaw yg nipis ni kan PH. Bergambar gitu macam menjual je. Hehe. Senang nak beli barang dalam ni PH memang Yakin la barang2 nya.

      Padam
  2. lawa kejadian kueh tiow. ammi jarang goreng kueh tiow sbb tak reti sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu kalau buat kuay tiaw ni memang fail juga Ammi. Lama2 baru la menjadi.

      Padam
  3. Balasan
    1. Harap2 sedap la Suzz. Tapi....memang ada yg kata sedap. Tapi kan....ikut tekak masing2 juga....bila ada puji semangat la sikit nak memasak tu.

      Padam
  4. Assalamualaikum, Salam kenal dan selamat tahun baru 2025

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal. Terima kasih bergabung di blog ini. Waalaikumsalam.

      Padam
  5. Haaa..SA suka kuew tiow jenis halus macam ni...sedap..yang besar2 tu SA x pandai makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu kalau kat kedai kuay tiaw besar2 je yang jumpa. Kuaw tiaw kecik ni tak semua tempat juga jual.

      Padam
  6. bestnya berkumpul kawan-kawan lama, harus taknak balik nanti.
    kedai tu pun best, ada barang2 viral. ku mahu ke kedai, punyalah tak rajin. adeih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.....bab tak nak balik tu satu hal ya. Memang bercerita je kerjanya. Makan cerita, sambung makan lagi dan cerita....

      Padam
  7. sedap nampak tu & menyelerakan... yum yum

    BalasPadam
  8. kuey tiaw halus tu utk ckt pun sedap kan

    BalasPadam
  9. Makan ramai² potluck ni mmg best kadang x sedar bertambah² mknnya hihihi

    BalasPadam
  10. kuehtiaw halus mmg fav....syok potluck mkn ngan kwn2...

    BalasPadam
  11. Betul..sedap kalau Keow Teow yang halus tu Kak Ezna..tapi memang susah nak dapat

    BalasPadam
  12. sy pun suka juga. kalau mkn2 feeling2 mcm mkn pad thai hahahah

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...