Khamis, Januari 9

Dinner kami pada tahun baru 1 Jan 2025

Kami singgah Masjid Besi kat Putrajaya untuk solat dulu. Nampak tak beg kembar tu?. Sama je warna bag ni Petal Pink. Nak membezakannya....Dania ada bunga dan saya letak twilly kat bag. 


Cantik bahagian atas Masjid besi ni. Serba serbi besi. Mungkin nama diambil kerana banyak elemen besi tapi nama sebenarnya ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.


Ini dekat Alamanda. Ada hiasan Christmas di ruang legar. Ambik gambar dulu la sebab cantik sangat hiasannya. Kami nak nak dinner kat Alamanda. 


Lampu yang tergantung di tengah ni dihias indah. 


Di mana sahaja ada kolaborasi dengan Squid Game ni la. Ni Young-Hee ni game dalam green light, red light. 


Makan kat YTF ni. Banyak pilihan YTF kat Food Court Alamanda. 


Saya jaga meja dulu. Dania bawa je makanan dia letak kat meja baru saya ambik mangkuk saya pulak. Kalau takde sesiapa kat meja nanti kena ambik pula dengan orang lain. 


Pilihan saya bihun dan ada fuchuk, telur puyuh dan kangkung. Sup pula saya pilih sup biasa je instead of tomyam. 


Dania pulak. Ada sayur Pak Choy juga


Hubby pilih nasi goreng kambing kat Mee Tarik. 


Boleh nampak daging kambing kat sini. Sedap la. 


Lepas makan, Dania pergi balik kat hiasan Christmas tu sebab ada Bakery. Hiasan je. Bukan Bakery betul. 


Dania suka benda-benda comel hiasan macam ni. Geram nak pegang je tu walaupun tak boleh usik pun. 


Comel kan Gingerbread House ni?. 


Cookies yang dihias indah. Comel betul. 


Roti ni nampak betul je tapi bukan....dummy je ni. 


Croissant. 


Haa ni dia Bakery Shop tu. 


Kemudian singgah la Mehnaz nak tengok Dubai Chocolate ni. Makaiiii mahalnya harga dia....RM60/bar ni. Kalau Zaitoun tu satu bar Dubai Chocolate ni RM30. 


Singgah booth Beryl's. Ada pula kat Alamanda ni. Dania serba pink kecuali seluar. 


Beli pula wafer Beryl's warna pink. 


 Inilah dinner pertama kami pada tahun baru. 





XOXO,
Ezna

12 ulasan:

  1. Handbag sedondon ibu anak ye kak... hihi... sweet kalernya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah...mulanya beli untuk Dania...sekali...ummi dia berkenan pulak dengan bag ni jadi beli lagi satu. Hehehe.

      Padam
  2. Dua beranak ni memang suka pink kan....Christmas dan tahun baru SA x sempat nak jenjalan...PZ x sihat dan SA lebih nak lepak kat rumah je

    BalasPadam
  3. apa hal kemain mahalllll cekelat dubai tuuuu

    BalasPadam
  4. cantiknya pinky bag sedondon! hehehe
    geramnya tengok cantik xmas deco tu hehe

    BalasPadam
  5. ammi tak pernah lagi solat kat masjid besi ni. masa Malaysia Day haritu anak-anak dan suami ada solat kat sini tapi ammi pulak "cuti"...jadi tunggu kat kereta jelah

    BalasPadam
  6. Nampak real betul hiasan2 tu ye. Jadi terliur.

    BalasPadam
  7. wahh... anak beranak matchy-matchy.
    Sweet kaler pink tu.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...