Jumaat, Januari 31

Menyapu halaman...

Nak menyapu halaman untuk sapu daun-daun kering. Kalau tanam pokok kemboja ni daun-daun dia senang gugur. Ada 3 pokok kemboja tinggi kat rumah saya ni. 

Elok menyapu, terjumpa benda alah ni dan plastik makanan rapu. Siapa lagi yang buang kalau bukan bebudak yang main depan rumah ni. 


Haaa close up sikit. Nak bina kereta la apa la dengan benda alah ni. 


Gotong royong anak beranak. Menyapu ni pun boleh keluarkan peluh juga. Rumah saya nak kena menyapu tepi rumah sebab ada kawasan sikit, belakang dan bahagian depan. Rumah saya juga kategori redup sebab banyak pokok-pokok rendang. Kalau banyak pokok-pokok nak kena rajin menyapu daun-daun kering jugak. 😅


Tidak la menyapu halaman setiap hari, tunggu masa dia. Letak plastik daun-daun kering depan rumah dan akan ada lori taman datang ambik. Seminggu sekali atau dua minggu sekali datangnya. 





XOXO,
Ezna

18 ulasan:

  1. Bagus jugak aktiviti anak-beranak ni, boleh keluarkan peluh dan merapatkan hubungan kekeluargaan jugak ni. Samalah kat rumah sy ni, ada jer sampah jajan budak² main depan rumah, geram betul! Tu nasib baik sy dah tebang pokok pelam depan rumah, tak larat nak menyapu daun kering, heheheh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa sampai tebang pokok tu ya. Ya la kalau ada pokok2 daun2 pun confirm banyak.

      Padam
  2. Itu plastik dari nak buat robot gundam hahaha banyak kat rumah saya sbb sy collector hihii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhhh baru tahu. TQ ya bagitau. Kantoiiiii robot gundam rupanya. Confirm bebudak laki ni. Hmmm.....

      Padam
  3. Bersihkan laman sama-sama, kerja jadi lebih mudah dan lebih seronok 👍

    Satu lagi yang saya geram - kadang dalam tong sampah kita ada sampah orang lain yg dibuang gitu je. Tak ikat plastik. Dah kita pulak nak kena uruskan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lar...ada jugak ya? Saya bab tu takde yang tumpang tapi bab buang sampah merata macam makanan rapu, kalau main bunga api tu ada besi bunga api. Entah apa2 la. Mak ayah buat tak kisah anak buang sampah merata-rata.

      Padam
  4. Kami beli blower dah sekarang hehe malas menyapu. Guna blower pun berpeluh jugak rupanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi canggih ada blower. Sebab kita kena berjalan mencari daun kering tu pun boleh berpeluh jugak.

      Padam
  5. Bila rumah ada kawasan tanah dan ada pokok-pokok memang sekali sekala kena buat aktiviti ni, boleh juga keluar peluh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalau tak penuh daun2 kering dalam kawasan rumah.

      Padam
  6. Kalau rumah kat kampung ada lah pokok2.. Tapi, tak menyapu pun.. Hihihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kat kampung lain. Kalau kawasan taman ni jenuh kalau tak sapu.

      Padam
  7. nampak byk jugak daun2 tu ezz..umah i pun ada daun2 yg diterbangkan angin so i kerap jugak menyapu wpun daunnya tak delah byk mana pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah banyak daun2 pokok kemboja tu Suzz. Pokok lain ok je daun dia....tu yang sekali banyak daun2 dia.

      Padam
  8. kena rajin ye kemas halaman.. klu tak nanti penuh daun daun kering berterbangan sana sini ehhehe...

    BalasPadam
  9. aktiviti cuti sekolah ni, bagus mengisi masa lapang daripada bertemankan gajet sepanjang hari. jemput singgah ke blog saya untuk memartabatkan tulisan jawi..
    https://hanyajawi.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. Gotong royong keluarkan peluh. Puas hati tu bersihkan daun² kering. Kat rumah ni jenuh kutip pelepah kelapa kering huhu..

    BalasPadam
  11. Sekalian olahraga ya kak ezna 😄. Tak apa, gerak badan jadinya. Kalau rumah ada halaman, memang lah wajib rutin untuk dibersihkan dari daun kering atau rumput panjang

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Briskwalk ditemani flora dan fauna & Zus

Briskwalk kali ni kami ke Taman Wawasan, Putrajaya. Kena lalu terowong bawah berdekatan office PJH dan Hotel Zenith.  Masa kami briskwalk tu...