Setelah balik dari Tiny House tu kami singgah R&R untuk solat dulu kemudian ni lepas solat la. Ada mesin gedegang kat sini jual ice cream. Dari kecik ummi dah ajar Dania makan ice cream masa healing sampai la ni Dania makan ice cream dengan ummi jugak. Hehe. Ni Dania malu2 sebab belakang tu nama Faris....satu sebab nama lecturer Dania Faris.....kedua ada seorang kawan sekolah Dania dari sekolah rendah nama Faris. 😅
Kami singgah beli putu perak dulu. Lama tak makan. Dulu selalu beli kat gerai2 dekat dengan Uniten. Lepas tu dah takde dah van putu perak ni. Jenama lain la tapi jual putu perak.
Ni kat tempat masak gas. Lagi cepat masak berbanding tempat masak elektrik sebelah dinding tu.
Acuan akan dimasukkan di dalam bekas berbentuk ala bunga ni. Kalau terbalik baru nampak bentuk bunga (macam kat atas).
Ni rupanya setelah masak. Ala ala bunga bentuknya kan?.
Baru la nak tiba giliran hubby. Masa ni hubby bagi kunci suruh masuk kereta dulu.
Sempat lagi tu singgah kedai buah. Dania beli buah tembikai dan saya beli buah jambu air. Sebab ternampak buah jambu ni kat Tiny House. Teringin pulak.
Ada singgah R&R kedua pula nak berehat sebelum meneruskan perjalanan.
***Selamat Tahun Baru 2025. Saya nampak bunga api di sebalik tingkap bilik saya. Mungkin dari Putrajaya kot.
XOXO,
Ezna
Semanis madu, aaa gitu. Sedap pula nampak putu perak tu, kali pertama tengok.
BalasPadamSedap tapi putu perak ni jarang jumpa. saya suka segala jenis putu. Putu piring dan putu bambu pun suka.
PadamR&R mana ni ya ada gerai jualan putu perak? Nak jugak mencuba.
BalasPadamSaya pernah merasa sekali, beli yang siap-siap dalam pek tu dari sebuah restoran di Bangi. Tapi putu perak yang saya makan tu agak kurang kena dengan cita rasa saya.
R&R Tapah arah utara ni Ujie. Tak silap Zie ni ada juga jual tepung segera nak buat putu ni online kat shopee.
PadamSelamat tahun baru. Sedap tu putu Perak tapi jarang nak jumpa.
BalasPadamSelamat Tahun Baru juga. Ya tu la sebab saya nak beli sebab tempat kami beli gerai2 kuih kat Uniten tu dah tak ada putu perak.
PadamPutu Perak sedap. Ibu suka Putu Perak dgn Putu Piring (gula merah) sedapnya ;)
BalasPadam1st time nampak putu perak ni. Macam putu piring tu la kan cuma dia punya bekas tu bunga & dibranding putu perak.
BalasPadamI tak pernah tahu la psl putu perak tu..nmpk mcm sedap jugak..salam 1 rejab and happy new year ezz🎉🎊
BalasPadamTak pernah rasa putu perak ni, nampak macam beza sikit dgn putu piring yg biasa jumpa.
BalasPadamMeriah R&R kalau highway plus.. kalau ke pantai timur suram jer huhuu
BalasPadamSedapnya putu perak... teringat pernah beli sekali kat pasar pagi Tapah.
BalasPadamItu kat RnR mana Ezna sebab rnr yang besar kat Tapah dan Ulu Bernam. Kotlah balik dari utara bolehlah singgah beli.
wah..cantik kuih putu perak tu..sedap makan panas2 kann
BalasPadamhappy new year ezna, salam rejab..moga yg baik2 buat ezna & family...aamiin