Rabu, Januari 8

Bila Dania diraikan di Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Bila Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar ni ditunda dari 20 Disember 2024 ke 7 Januari 2025. Dekat nak 3 minggu juga tangguhnya. Nak dijadikan cerita....Dania ada kelas 8.30 pagi - 11 pagi dan sambung 12 tengahari - 2 petang tapi lecturer Turki kelas petang ni demam jadi buat kelas online je. Ummi kena pick up Dania jam 11 pagi. Kalau ada kelas Turki tu in between Dania naik bas ke main campus. Ummi ambik kat main campus la. 

Bila kelas online, kebetulan habis awal dari jadual. 1.30 petang dah selesai sebab ada presentation online. Ada ample time nak solat dan siap2 untuk majlis. Alhamdulilah. 


Sebelum ke Majlis, ambil satu gambar kat rumah dulu. Dania dah bersedia ke majlis. Baju Dania simple je tapi ada hiasan kelopak bunga kat depan baju. Dania pakai baju kurung Dakota dari Fifarasol. Kalau you alls ada anak perempuan boleh tengok website dia. Baju2 sweet je kena dengan anak perempuan. 


Saya drop off Dania berdekatan dengan dewan. 


Saya balik setelah hantar Dania. Dekat2 jam 4 petang saya pergi kat dewan dan cakap dengan person in charge untuk minta kebenaran nak bagi bunga dekat anak dan kawan2 anak. Beliau suruh saya duduk kat belakang sekali sebelah ada seorang pelajar lelaki. Eh?? Kenal sangat pelajar lelaki tu....rupanya duduk sebelah Suhail. Suhail ni sekelas dengan Dania masa asasi tahun 2022. Takkanlah aunty tak kenal. Hehe.

Saya duduk selang 1 kerusi la dengan Suhail. Lepas tu kebetulan Suhail bertugas ambik gambar masa majlis. Saya pun minta iring saya nak ambik gambar Dania kat depan. Saya cakap dengan Suhail....aunty segan nak jalan sorang2. Jadi Suhail ikut la Aunty Ezna ni ha ke depan. Masa ni Suhail kata boleh ke Aunty? nak ambik gambar Dania tak? Saya sebelah tangan pegang phone buat video. Sebelah tangan pegang kamera. Suhail akhirnya ambik la beberapa snap gambar Dania. TQ Suhail. 

Kat atas pentas ialah Dekan Fakulti Pertanian Prof Dr. Loh Teck Chwen (World's top 2% scientist). Di sebelah beliau Dr. Nolila yang merupakan Ketua Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber. Kebetulan la pulak Dr. Nolila ni lecturer Dania yang mengajar subjek Ekonomi Pertanian. Dr. Nolila beritahu Prof mengatakan Dania student saya...dia tukar program ke Sains Haiwan. Amboi Dania sempat lagi dengar perbualan Dr Nolila dan Dekan ya. 

Sebenarnya kalau logiknya...orang tak akan tukar program kalau dia score program yang lama. Kalau sebaliknya selalu terjadi sebab tak boleh bawak dah. Prof Dr. Loh Teck Chwen pun ada mengajar subjek Sains Haiwan iaitu Pemakanan Haiwan dan Sains Babi (Swine Science). Prof sebenarnya dulu lulusan  Doktor Perubatan Veterinar. 


Haaaa....Aunty ambik gambar Suhail pulak ya...Suhail ambil Bacelor Pertanian Pintar. Rupanya Dania cerita sebelum ummi tiba, Suhail ada snap beberapa gambar Dania. Amboiii Dania ada orang dalam ke ni?. Hehe. Ada saya nampak kawan Dania program Perniagaantani ni dok pelik tengok Aunty baik dengan Suhail macam kenal lama...lepas tu Suhail pulak duduk hujung Dania belah sana, dia belah sini, lepas tu dok snap gambar Dania, iring Aunty pulak ke depan....mesti orang hmmmm.....tak payah hmmmmm sangat la mereka pernah sekelas. 


Saya ambik gambar Dania dengan 2 sijil dekan. Alhamdulilah. Pemangkin untuk Dania berjaya untuk Bacelor Sains Haiwan. Walaupun pointer tak dibawa ke program baru kecuali gred subjek yang mendapat potongan kredit. Haa yang tu dibawa ke program baru. 


Gambar ni Suhail ambik. Dia yang offer nak ambik. Jangan pulak orang tanya dah la kenapa pula gambar budak ni banyak pulak. 😅. Saya dengan kamera gantung kat leher, phone kat tangan...😅


Ni la kawan2 program lama Dania....tahniah anak-anak semua ya...buat lagi ok?. Ada dapat 1 sijil, ada dapat 2 sijil. Saya raikan juga mereka. Dapat la bunga sorang 1. Nak dapat dekan kat UPM ni kena capai pointer 3.75. Ketiga-tiga mereka mencapai 3.9. Kuss semangat....macam mana la anak-anak ni semua belajar?. Kalau lama lagi Dania dalam program ni mau saya tanya rahsia mereka belajar. Boleh dijadikan panduan. 


Lagi gambar dengan kelas program Dania yang dulu. 


Ni pun kawan Dania. Ni lah kiranya rival Dania dalam program ni. Fight sungguh mereka ni. Dalam kelas Sains Perniagaantani, GPA tertinggi untuk sem 1 & 2 sesi 2023/2024  ialah Dania dengan 3.966. Kedua tertinggi ialah 3.965 (sem 2 Dania dapat 3.965 sama dengan Juna ni). Tak ada yang dapat 4.00 untuk batch Dania program Sains Perniagaantani kecuali senior. 

Saya bagi bunga kat kawan Dania yang macam Juna pegang tu ada 5 kuntum je. Rasa terkilan tak dapat nak bagi semua kawan Dania. Rezeki la kan siapa yang dapat. Target saya sama2 projek chocolate masa Sem 2 yang dapat. Itu pun ada 3 orang je. Saya tambah lagi 2 kuntum. 

Bila dapat bunga ni saya boleh nampak mereka happy sampai cakap Aunty Ezna bagi?....baiknya....bukan sebab baik tapi saje saya nak bagi. Tapi....bouquet Dania besar sikit je...


Dania duduk paling belakang dan paling tepi jadi memang senang la ummi nak suruh ambik gambar kat sini. Hehe. Bouquet dari Hanna Petals. 


Ok...ni gambar candid Dania yang Suhail ambik ya. Sebelum kedatangan ummi ni. Bila ummi duduk sebelah tak ada pula dia ambik gambar Dania kecuali depan stage. Memang confirm dia ni....amboiii candid gambar anak aunty ya?. Tengok2 ummi kepada yang dia candid tu duduk sebelah. Hehe. 


Gambar lagi yang Suhail ambik. Dania tak borak ke dengan Wei Hao kat sebelah tu?. Tak ya.....sebab Dania kata Wei Hao sibuk main Mobile Legend. 


Corina ada kat cafe jadi saya tinggalkan kejap Dania kat majlis dan berjalan laju2 menuju ke kereta. Basah apa tak kisah dah saya sebab memang hujan pun kat luar tu. 

Saya nak sampaikan bouquet untuk Corina yang tak dapat hadir ke majlis anugerah sebab ada test. Happy kan nampak Corina walaupun saya tahu bila dapat naik stage tu kita akan rasa bermotivasi la. Maybe ada rasa tak best juga kat situ. Sampai Corina kata aunty kenapa basah2 ni....saya kata tak payah kisahkan aunty...aunty ok je. Tapi....cair gak saya sebab tanya keadaan saya kan....

Corina dapat bunga kedua terbesar selepas Dania. Saya kata saya suka gambar ni. Bunga tu secantik penerimanya juga. Tengok la senyuman Corina ni....💜💜💜. Corina special sikit sebabnya dia dulu sebilik dengan Dania masa asasi. Deret Dania juga katil Corina ni. Corina dapat 3.968. Memang budak pandai. Masa asasi dapat 4.00 sampai bila interview Pengurusan Perladangan tu, penemuduga kata kanapa kamu tak ambil Perubatan?. Mereka ingat student power ni nak ambik Perubatan je ke?. Ayah Corina ada ladang kelapa sawit kat Sarawak tu jadi inilah rasanya pengganti ayahnya nanti. 

Bila lecturer semua jalan nak balik....bila Dr. Nolila lalu tepi Dania...Dr kata pastikan awak naik stage untuk program Bacelor Sains Haiwan pula. Take it as a challenge Dania ya...


Gambar di google yang di share kepada penerima anugerah...

Ada la sipi2 gambar Dania. Tengok la Dania duduk belakang sekali dan tepi sekali. Ni masa Dekan Fakulti Pertanian, Prof Dr. Loh Teck Chwen masuk ke dewan. 


Ni gambar Dania kat stage. Cantik gambarnya. Alhamdulilah. Macam ala ala graduasi pulak sebab siap pandang depan lepas tu ada photographer kat depan. 


Gambar ramai-ramai penerima anugerah Naib Canselor dan Dekan. Kejayaan ni tak datang dengan mudah. Akan ada onak duri sepanjang perjalanan memburu impian. Dania tak ada kat depan-depan. Dania kat belakang-belakang. 😅


Ni gambar saya masa pick up bunga kat Hanna Petals. Menitik juga airmata saya sebab lawa bunganya....owner dia cakap sepanjang dia buat business ni selalunya customer yang cerewet tak dapat apa yang dia nak. Selalu call la whatsapp la nak itu nak ini....yang customer yang memudahkan kerja florist yang dapat apa dia nak. Saya sebenarnya ada request gerbera warna orange tapi warna gerbera ni light orange alahai sweet sangat bagi saya. Hanna Petals kata nasib baik ada warna ni. 

Saya dengan baju jersey lagi ni belum bersiap baju nak ke majlis. Masa ni baru pick up bunga. 


Ini bouquet Dania. Saya tak nak besar-besar sangat. Nampak pelik pula jika orang lain tak ada bouquet. Kalau kecik ni takde la nampak menonjol sangat. 


Close up bouquet Dania. 


Ini pula bouquet Corina. 


Ini single Gerbera untuk kawan2 satu gang projek chocolate. Warna light orange. 


Ini pula warna Gerbera Pink. Dua-dua warna lawa. 


Ini pula video yang Hanna Petals sediakan. Ada masuk IG Story Hanna Petals juga. 


Apa pun moga Dania berjaya dalam program Bacelor Sains Haiwan. Tak lama lagi dah final exam yang bermula 3 Februari 2025. 


***Secebis kenangan untuk diabadikan. Alhamdulilah. 





XOXO,
Ezna
 



22 ulasan:

  1. heartiest congrats utk dania! baju pun cantik!! moga terus fly high and keep up the excellent performance in more semesters to come. aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Suzz! Penyokong terbesar Dania ni. Aamiin untuk Dania dan doa yang sama dibalikkan buat Zharfan, Ariff dan Razeen juga...

      Padam
  2. waaahhhh bestnya tahniah Dania! ehemm ehemm berani Suhail candid anak aunty ezna ye hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Ana...berani dia ya....tapi Suhail ni baik budaknya sebenarnya. Hehe. Kawan sekelas dia ada ada 2 orang kat sini. Patut 3 tapi lagi seorang tukar program ke Fakulti lain.

      Padam
  3. tahniah Dania....sronok kwn2 Dania pn dpt bunga tu....cantik peach bunganya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Amy. Kita raikan juga kawan2 Dania cuma bunganya tak cukup nak bagi semua. 2 yang perempuan tak dapat. Nanti la Aunty Ezna bagi yang lain pulak. Warna gerbera tu sweet sangat....

      Padam
  4. Well done and congrats Dania & kawan² 💐
    Fly high!
    Bagus Aunty, seronok kawan² Dania pun dapat bunga 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks PH. Seronok juga dapat happykan orang lain. :)

      Padam
  5. Alhamdulillah..Tahniah....Sy pernah skali je naik pentas utk acara mcm ni...Itu pun masa sem 1 sbb masa form 4 & form 5 mmg ade basic mcm dlm subjek sem 1 waktu dkt kolej..jadi bleh la score waktu tu =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah....at least naik jugak pentas ya....

      Padam
  6. Tahniah dania.... Bab amik gmbr tu kena berani la... Baru la dpt hasil yg baik hihii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih :). Segan juga la nak ambik gambar bagai ni sebab tak ada ibu ayah orang lain kat situ. Huhu. Selalunya yang ada je saya....

      Padam
  7. Tahniahnyer Dania dapat score sijil dekan

    BalasPadam
  8. Allhamdulillah atas kejayaan dania...saya juga tumpang gembira dan berdoa moga terus sukses lagi pada masa hadapan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih En Hanafi. Aamiin. Moga anak En Hanafi juga cemerlang di dunia dan akhirat juga. Aamiin.

      Padam
  9. Alhamdulillah, tahniah Dania..2 sijil Dekan...semoga terus berjaya ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih SA!. Moga Ainnul Dania Huda pun berjaya dengan cemerlang. Aamiin.

      Padam
  10. Tahniah Dania.. semoga terus sukses ya 🥰
    Seronok tengok student sekarang, bila DL dapat naik pentas ada majlis penyampaian anugerah.
    Zaman acik dulu, sijil DL tu ambil kat pigeon hole office fakulti je 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe....macam sama je cumanya idak ambik kat pigeon hole. Kena gi pejabat fakulti. Zaman dah berubah kan....

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...