Jumaat, Januari 10

Beli jagung fresh

Lupa pulak pasal post yang ni. sehari sebelum Krismas, saya ada beli jagung dengan kawan sebilik asasi Dania. Sekarang ni sama Fakulti dengan Dania cuma lain program je. 


Mereka kena tanam jagung dan kena menjual untuk subjek Keusahawanan. Ni gambar masa tuai waktu pagi. Fresh dari ladang ya. Lecturer yang mengajar subjek ni Lecturer Dania masa last sem ajar subjek Agribusiness Accounting. 


Saya pun dah tahu ladang kat mana sebabnya Dania pernah datang sini untuk semai benih padi masa program Agribusiness. Masa Asasi pula lecturer suruh berlari dalam sawah. Dania terjatuh dalam sawah tu. Habis baju seluar tapi lepas tu mereka masuk dalam parit tepi sawah. Bersih la sikit bajunya. 😅


Lepas membeli, saya singgah minum dulu kat sini sebab masa ni Dania ada kelas. 


Kat sebelah sanalah ladangnya. 


Close up...nampak la pokok jagung. Kecik je la dalam gambar ni. 


Jagung yang dibeli. Niatnya nak bagi kat Tuan Rumah Tiny House. Mereka ajak kami makan durian, saya bawa la buah tangan sikit. 






XOXO,
Ezna



 

7 ulasan:

  1. berbudi kepada tanah pasti ada hasilnya. sy suka mkn jagung rebus yg panas2 gitew!

    BalasPadam
  2. Waaah best nyer membeli jagung manis dari upm. Bagi sebagai buah tangan pun menarik ni :D

    BalasPadam
  3. Sedap jagung fresh. Buat jagung cawan sedap gak. Alahaiii teringinlah pula.

    BalasPadam
  4. mesti sedap ni
    manis2 fresh gituuuu

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...