Sehari selepas tahun baru ni....dapat email kata pelekat kereta Dania lulus. Jadi, ni nak pergi ambik la ni. Makan dulu kat Haura Cafe. Hubby masa ni demam dan pening kepala jadi saya yang drive.
Saya makan ni. Pisang goreng dan mushroom soup dengan set dia garlic bread.
Dania campur pulak.
Hubby makan mee ni tapi sebahagian besar tak lalu nak makan. Ok kita tapau.
Ok dah tiba office Polis Bantuan UPM dah.
Pick up sticker kat sini.
Jadi, dah dapat dah sticker kereta. Apply ni pada :
20 Disember 2024 - Memohon
29 Disember 2024 - Disemak
31 Disember 2024 - Diluluskan
2 Januari 2025 - Ambil sticker
Kenalah bayaran sebanyak RM2.
Lepas ni kereta rasmi masuk UPM, kereta jingga ni la. Boleh la masuk tempat2 yang berpalang bila dah berkuatkuasa sepenuhnya. Sebelum ni agak bebas nak masuk UPM ni. Sekarang ni bila dah kena ada sticker barulah agak ketat nak masuk. Lecehnya, tiap sem nak kena apply 😅. Bukan automatik dapat sticker baru.
***Insya Allah, petang nanti jam 2.30pm ada Majlis Kecemerlangan Pelajar untuk Pelajar Fakulti Pertanian ni. Saya ada la nak buat surprise kat Dania dan kawan2 Dania bagi bunga. Saje seronok2. Nak kena pick up bunga lepas drop off Dania kat Fakulti. Dania pun tak tahu pasal bunga ni. Walaupun pointer Dania tak dibawa ke program baru ni....saya raikan je untuk naikkan semangat Dania. Tengok la nanti ummi tertoing (ter ya 😆) kat Majlis tu buat surprise. 😅.
XOXO,
Ezna.
alamak...takot dania dah baca entry yang nie...hihihi..
BalasPadamRasanya tak. Hehe
PadamWahhh...Mesti terharu Dania nnt =)
BalasPadamHarap2 la dia terharu dan terkejut. Hehe
PadamSenang skit la bila dah ada sticker kan..x sabar nak tengok surprise tu...mesti Dania dan kawan- kawan happy
BalasPadamNanti kita saya buat entrynya tapi rasanya keluar IG Story dulu la kot.
PadamAlhamdulillah. Walaupun prosesnya panjang namun lancar sekali- kenapa kita yg sengih ni? eh?
BalasPadam