Rabu, Januari 15

Lunch ibu dan anak di Ikea Damansara

Alang-alang dah tiba Mutiara Damansara, maka saya pun singgah la kat Ikea. Rumah sepupu saya tu 5 minit je Ikea. Plan nak lunch la kat sini. Ni waktu lunch jadi jalan berdekatan Ikea ni banyak la kereta. Bas pun banyak sebab ada rombongan ke Kidzania. 


Lepas tu singgah la Restaurat Ikea ni. Beratur dengan bawa sekali troli. Sup ni memang saya ambik. 


Gelato pun ada tapi tak beli pun sebab takde perisa yang disukai. 


Makan share ni jadi menu lain-lain dan boleh la merasa. Dania pilih pasta. Dania kata brokoli tu rasa fresh sebab rasanya ianya dikukus. Nasib baik ummi dah ajar makan brokoli ya. Ada chocolate muffin, ada kek daim dan mushroom soup. Sedap la sebab takde la manis sangat kek Daim tu. Saya pula pilih 16 biji meatball. Memang lauk Dania la meatball ni. Air kosong dua. 


Ada je tempat kosong kat sini. Kalau weekend tak janji la ada tempat kosong. Mesti sesak juga. 


Sedap la. Rasanya resipi kek Daim ni masuk peti ais je tak payah bakar pun. 


Lepas makan, jalan sekejap dalam Ikea. Jam dah menunjukkan dekat dengan jam 2 petang. Kita tengok interior dalam Ikea ni ya. Mungkin boleh dapat idea nak ubahsuai perabot atau kedudukan. 


Yee Sang ni nampak macam timbul. 


Ruang tamu. 


Depan cermin. Ummi pendek dah daripada Dania....😅


Just nice je tiba rumah dalam 3 lebih petang. Takde la stuck dengan orang yang balik kerja. Lalu pula LDP hmmmm tau tau je la. 





XOXO,
Ezna

 

12 ulasan:

  1. Lamanya dah x masuk IKEA Damansara, dulu selalu pergi masa duduk KL...la ni duk pi IKEA Cheras je...

    BalasPadam
  2. Makanan ikea bagi saya ada yang sedap, ada yang biasa2 je. tapi meatball tu win! hehe

    BalasPadam
  3. dah macam kaka dan adik ja ya umie ezna ni hihi..wah sdpnya menu lunch, xapala balik dlm jem yg ptg perut kenyang tp tu la bila kenyang nantuk la pla hihi..

    BalasPadam
  4. Lamanya tak makan meatballs IKEA...

    BalasPadam
  5. Kami pun selalunya share je kalo mkn dkt ikea sis..=)

    BalasPadam
  6. Best ukur IKEA dan cuci mata. Kitorang suka beli towel atau frame gambar pastu geram dengan notebook DIY tu, nak beli teringat notebook banyak di rumah.

    BalasPadam
  7. i tak pernah mkn kat cafe ikea ni....biasanya my family beli karipap etc kat kaunter dan mkn2 kat situ jugak (kena berdiri sbb tak de kerusi disediakan)

    BalasPadam
  8. Kek daim dh kembali ke...dlu kala mmg ada lps tu dh xde dia ganti dgn kek almond..rindunya kek daim ikea

    BalasPadam
  9. Lama tak ke Ikea. Suka jalan2 dalam Ikea tu walaupun tak beli apa2.

    BalasPadam
  10. Saya nih sering beli furniture Ikea tp selalunya online. Mampir ke tokonya hanya sekali, itupun pas ramadhan. Jadi sampai skr tak pernah rasa makanan yg dijual di cafenya 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Briskwalk ditemani flora dan fauna & Zus

Briskwalk kali ni kami ke Taman Wawasan, Putrajaya. Kena lalu terowong bawah berdekatan office PJH dan Hotel Zenith.  Masa kami briskwalk tu...