Sabtu, Januari 11

Hadiah dan panggilan dari Tanah Suci

Bila dapat hadiah dari tanah suci ni memang teruja sangat saya. Saya dapat juga air zam-zam. Alhamdulilah. Tak menyempat hubby pun bila nampak kacang sebab dia tahu saya dan Dania ni kurang makan kacang. Hehe


Ni jubah untuk Dania. Ya Allah cantik sebab banyak bling. Bling pun halus-halus je tapi banyak. Dania terus try jubah Aunty Nor bagi ni. Memang ngam saiz dia. Flowy sebab kain Nidha. Memang naik jubah warna hitam dengan Dania sebab Dania cerah. 


Bawah pula jubah yang saya baru beli dari booth dalam Alamanda. Lawa2 juga jubah kat situ. Harganya RM55. Memang kembaran lagi dengan Dania la. Hehe


Kalau dapat gift memang kita suka la....errr siapa yang tak suka ya tak?. 
Terima kasih Nor. Terima kasih juga membacakan doa-doa Ena kat sana....dan 

Terima kasih juga buat live berdoa depan makam rasulullah. Tidak la dekat sangat sebab depan tu ada sekatan sebagai persediaan untuk menunaikan solat Jumaat. Ya Nor call saya 8.47 pagi waktu Madinah dan kita di Malaysia 1.47 petang hari jumaat. 

Muka saya diblurkan sebab terkejut sebenarnya kawan saya call. Muka jadi tak bersedia 😅 Saya pula tengah jalan2 dengan Dania kat IOI City Mall ni. Ada sikit masuk muka Dania tu. Tengah tunggu jalan clear sikit sebelum balik. Kalau bertembung dengan orang balik solat Jumaat, jam la dekat area Masjid Uniten tu. 


Alhamdulilah. Dulu masa Nor pergi umrah ada call saya juga. Penyudahnya dapat tazkirah dari tanah suci. 







XOXO,
Ezna

 

10 ulasan:

  1. alhamdulillah, rezeki tu dpt sahabat yg baik

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah rezeki dari tanah suci. Paling mahal doanya tu 🤗

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.
    Terharu sangat bila someone ingat diri kita biar di manapun dia berada. Simpan teman begini, moga ikatan persahabatan kekal sampai Jannah.

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah... moga ada rezeki kita semua pergi menjadi tetamu Allah dgn cara paling mudah untuk ke sana.. Aamin ya Rabb

    BalasPadam
  5. Alhamdulilah...dapat rezeki dari Tanah Suci, sambil terima hadiah boleh juga berazam untuk dapat juga datang ke sana

    BalasPadam
  6. Rezeki dapat ole-ole dari Tanah Suci.
    Cantik jubah tu bila ada bling-bling.
    oo.. nama kain jubah yg flowy tu Nidha. Akak ada satu hadiah dari kakak balik dari Tanah Suci. Sedap pakai kainnya tu.

    BalasPadam
  7. betul laa kata org rezeki tu boleh hadir dalam macam2 bentuk
    alhamdulillah

    BalasPadam
  8. alhamdulillah....cantik jubahnya tu

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...