Selasa, Januari 14

Ziarah pengkebumian sepupu saya Almarhum Tajul Azwa

Petangnya selepas Dania naik stage untuk Anugerah tu, malam tu dapat tahu sepupu saya dah meninggal. Disebabkan malam, proses pengkebumian dilakukan pada keesokan harinya. Sepupu saya ni bernama Tajul Azwa Bin Bani Hashim. 

Ni saya nak ambil Dania lepas kelas tapi time ni la nak pick up jersey Animal Science dan Coverall untuk amali. Time ummi boleh relaks tak kemana takde pulak kena pick baju bagai ni. Saya dah siap2 berjubah la ni ready nak ke perkuburan Kota Damansara. Tak dapat nak melawat jenazah di rumah dan solat di surau. Saya akan terus ke Kota Damansara je la.  

Ummi tunggu kejap....


Ok dah pick baju coverall Dania ni. Boleh sulam nama atau tak nak sulam. Disebabkan semua sama je bajunya baiklah sulam nama ya. Takdelah tertukar nanti. 


Tiba kat perkuburan Kota Damansara pun dah selesai pun semua. Saya jumpa anak2 saudara saya je la. Bila jumpa yang sulung, Yusuf kata abah siap pesan kat semua anak-anak dia. Sempat jumpa. Mereka semua ada kat sekeliling abah di saat akhir. Alhamdulilah. Cucu almarhum sepupu saya sampai penat terbaring tu. 


Saya dan Dania. 


Cantik betul la perkuburan kat Kota Damansara ni. 


Selepas ke pusara saya singgah ke rumah sepupu saya sebab isterinya ada kat rumah. 


Sempat la bertemu dengan Kak Tura dan sepupu saya yang lain. Adik beradik Almarhum Tajul Azwa. Ni adiknya yang bongsu. Saya panggil Kak Pi. Nama Afizah. Maaf Kak Pi, ena lambat sikit sebab ambik Dania dulu. Kak Pi yang call saya dan whatsapp aturcara pengkebumian jadi senang saya nak forward kat adik beradik saya. 

Ada adik beradik saya cover rumah Chor - surau - perkuburan, ada yang cover surau kemudian ke tempat kerja dan saya pula perkuburan - rumah Chor. Apa-apa pun kami adik-beradik ada menjenguk Chor dan ahli keluarga. Moga silaturrahim kami masih utuh walaupun Chor dah tak ada. 😔


Saya pernah buat post berkumpul bersama masa Raya tahun lepas di rumah sepupu saya ni di sini

Almarhum Tajul Azwa atau saya panggil Chor yang menyatukan semua cucu cicit Pah saya Puteh Zaleha kat facebook. Kami siap ada page lagi. Bila Chor meninggal...keluarlah semua kebaikkannya. Alhamdulilah. Jemaah yang bersolat jenazah kat surau punya ramai katanya....alhamdulilah. Beliau pun ex sekolah MCKK. 

Jangan lupa Ena ya walaupun Chor dah tak ada. 😔
Moga roh Almarhum ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. 





XOXO,
Ezna

11 ulasan:

  1. Takziah buat Ena sekeluarga.
    Org baik² ni mmg sentiasa disebut² kebaikannya. Mudah-mudahan kita pun termasuk dlm golongan begini

    BalasPadam
  2. A-Fatihah salam takziah... moga pemergian kita juga nti menjadi sebutan baik pada org-org yg tinggal..

    BalasPadam
  3. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    BalasPadam
  4. semoga amal ibadah diterima di sisi-Nya

    BalasPadam
  5. Salam takziah buat kakEzna dan seluruh ahli keluarga.
    Semoga roh arwah dicucuri rahmah dan ditempatkan dikalangan mereka yg beriman~ALFatihah (dibaca).

    BalasPadam
  6. Salam Takziah buat Kak Ezna seisi keluarga...Semoga roh Chor Kak Ezna dicucuri rahmat Allah....

    BalasPadam
  7. Salam takziah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka-mereka yang beriman

    BalasPadam
  8. Innalilahi wainnailaihi rojiun... Semoga almarhum diterangi selalu kuburnya kak .. diampuni segala silap dan salah, juga ditempatkan dalam golongan orang beriman.

    Insyaallah silaturrahmi tetap terjaga, walau sepupu kakak dah tiada.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Briskwalk ditemani flora dan fauna & Zus

Briskwalk kali ni kami ke Taman Wawasan, Putrajaya. Kena lalu terowong bawah berdekatan office PJH dan Hotel Zenith.  Masa kami briskwalk tu...