Khamis, Januari 2

Makan malam di KLCC dan kebakaran

Dari Plaza Low Yat kami nak ke bangunan hijau ni. Warna KLCC disinari warna pokok krismas. 


Usai solat maghrib, kami makan kat Food Court. Dania order kat Dubuyo. 


Saya pula kat MyViets. Teringin nak makan Vietnamese Rolls. Ada juga wantan goreng. MyViets ni owner dia ex pelajar MRSM Kuantan yang satu batch dengan adik ipar saya. Sama owner juga dengan Nippon Express jadi makan tanpa was was la...Insya allah. 


Hubby teringin nak makan burger kat bask bear tapi dah habis. Cuma ada roti yang dikapit ni je. But...dalam tu patty daging juga ala ala burger. 


Sebelum Dania ke food court ni dah pergi dulu singgah Kinokuniya beli buku ni. 


Gambar bertiga. 


Lepas tu jalan-jalan la kat KLCC ni. Ni kedai Sofia Iman. Kawan Dania ada seorang nama Iman Sofea. Ada promosi nampaknya kat sini. 


Hiasan krismas di KLCC. 


Ambil gambar pokok krismas yang besar kat luar KLCC. Tingginya pokok ni. Boleh ke kita ambil gambar kat pokok krismas di shopping mall?. Jawapannya boleh tapi kita tak boleh la muliakan pokok ni. Sekadar bergambar boleh. Apa yang haram? Boleh dengar kupasan Ustaz Azhar Idrus di :

https://www.facebook.com/watch/?v=1535989237056173


Gambar ni ada orang yang ambilkan sebab sebelum tu saya puji cara dia ambik gambar dan gambar yang diambil cantik. Akhirnya dia offer untuk ambik gambar kami bertiga. Dania kata pandai ummi ambik hati orang.....😅. Sebenarnya memang gambar yang dia ambil untuk keluarganya tu cantik. 


Dalam perjalanan balik ke rumah....ternampak asap berkepul-kepul di udara. 


Ada kebakaran rupanya...tapi tak tahu kat area mana .....kalau dah nampak bomba ni memang ada kebakaran la. 

 

Moga kita semua selamat di mana jua kita berada. 

Fuhhhh what a day....dari pagi membawa ke malam. Baru habis cerita cuti Hari Krismas 🎅 kami.  Membawa pula ceritanya sampai ke tahun baru 2025. 

Tiny House Tapah ➖ Plaza Low Yat ➖ KLCC






XOXO,
Ezna









12 ulasan:

  1. Senang sista, cerita dlm satu entry.
    Picture dgn pokok krismas tu mmg cantik, nnt perayaan lain dtg lagi, ambil gambar sama persis. Pastu susun dlm album. Cantik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau 1 entry panjang berjela. Gambar pula meriah ni. Tu yg pecah2 ceritanya. Idea yang menarik juga tu....

      Padam
  2. mcm mana kak ezna boleh nampak gambar yang orang tu tangkap??hihihi..
    sama lah linda,pun tak habis lagi cerita tahun 2024...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Errr sebabnya kena berdiri atas tempat yang tinggi baru tak nampak orang sekeliling. India kat depan akak tu memang akak nampak la gambar kat phonenya lepas tu automatik akak kata cantik la gambar you ambik....apa lagi....terus dia kata dia nak ambikkan gambar akak + family. Hehe.

      Padam
  3. minggu lepas ada kawan kelas anak bongsu pun jadi mangsa kebakaran. Kita bantu jelah apa yg patut bila pihak sekolah keluarkan kertas mohon sumbangan. Semoga dipermudahkan urusan "membina" semula rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya allah kesiannya Ammi. Nak membina balik kehidupan tu pun ambil masa ya....rumah semua habis terbakar. Moga allah permudah kawan kelas anak ammi tu.

      Padam
  4. cantik la gmbr u bertiga kat pokok krismas tu! i dh lama gak tak gi klcc

    BalasPadam
    Balasan
    1. I kerap pula sebab Dania nak pergi Kinokuniya tu ha....pantang ajak....mesti nak ke kedai buku tu.

      Padam
  5. Adehhh..Terus rasa nk buat vietnam roll cuti weekend nnt =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow terer Niza buat ya....tapi memang sedap la vietnam roll tu. Akak suka beno.

      Padam
  6. wahh..best nya. cantik pic bertiga tu

    BalasPadam
  7. lama tk pegi klcc...meriah decoration pokok krismas tu...pernah dlu pegi time tisya sekolah rendah tgk pokok krimas kt sini

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...