Saya ada beli item dari Hooga untuk kawan saya sebagai hadiah house warming. Selalunya saya akan track sampai la item tiba kepada penerima. Bila check, item ni sepatutnya dihantar ke Kuala Lumpur, dah tiba Kuantan pulak. Apa lagi melompat la saya.
Credit : Pos Malaysia
Apa nak buat jika kita nak buat report tentang item yang penerimanya bukan kita?. Kadang kita beli dari A kemudian item tu nak diposkan ke kawan kita / sesiapa la.
1. Pergi ke ruangan livechat website Pos Malaysia. Mulanya kita akan bercakap dengan robot sehinggalah kita ada persoalan lagi. Kali ni customer service akan handle.
2. Screenshot billing address dan shipping address dan kena ada nama tempat kita beli tu. Dalam kes saya Hooga. Hantar melalui ruangan chat. Sebab apa buat macam ni? Nanti customer service akan tanya adakah kita penerima item bernombor ERDxxxxxxxxxMY. Ikutkan hanya penerima sahaja boleh report itemnya atau pengirim. Kes di sini kita yang bayar item tu untuk di pos kepada kawan kita. Kiranya pengirim dan penerima bukan kita.
3. Kena isi detail seperti :
Wakil penerima:
No Telefon:
Emel:
Nama Penerima:
No Telefon Penerima:
Alamat Penerima :
Jenis Item :
Kuantiti :
Warna :
Jenama:
Saiz :
4. Kita diberikan nombor laporan. Tunggu 3-4 hari kalau item tak tiba lagi boleh la menghubungi semula Pos Malaysia di 1 300 300 300 atau melalui livechat Pos Malaysia. Saya prefer livechat lagi. Kalau telefon tu malas betul saya nak menunggu.
___________________________________________
Nama customer service yang bantu saya ni Yasmin. Eh eh macam nama anak sendiri. Hehe. Ada bagitau Yasmin dan akhirnya Yasmin pesan Jaga Diri! 😀
***Dalam website Pos Malaysia ni walaupun hari ni dah 6 jan 2025, tak berupdate. Masih 4 Jan 2025. Bila saya buat report...eh eh terus ada update item dah kat Kota Damansara pada 6 Jan 2025. Check lagi....eh eh dah sampai Pusat Mel Taman Tun dah....harap2 bukan TTDI Shah Alam tu pulak ya....ni TTDI Kuala Lumpur. 😅. Boleh pun.....nak kena report baru item tu jalan laju sikit ya?.
XOXO,
Ezna
Adehhh..Parah ni..Jauh parcel sis merentas negeri..Harap2 selamat smp ke penerimanya..Amin..
BalasPadamAlhamdulilah...latest update dah prepare for delivery. Lega...kena melompat dulu baru berjalan....Hehe
PadamDia pi kuantan sebab nak jalan2 tengok sana dulu...Haha
moga2 selamat sampai lah parcel u tu..aamiin
BalasPadamAlhamdulilah. Petang tu dah tiba ke tangan kawan I TAPI kurier pi hantar rumah nombor lain. Eiiiiii berangin juga I. Sampai la tiba ke tangan kawan I akhirnya.
PadamJauh benar sesat sampai ke Kuantan tu huhu...
BalasPadamSelagi x sampai ke tgn penerima, selagi tu kita x tenang kan.
Itulah pasal PH. Hairan. Dania buat assumption sendiri...kurier tu tengok Ku je dia ingat Kuantan. Tak baca habis Kuala Lumpur. Ye tak ye jugak.
PadamMemang tak tenang PH....
emm...linda pernah hilang parcel..memang hilang terus lah...dah buat report pun, takde tindakan apa2...
BalasPadamHa??? Sepatutnya boleh tuntut tu.....
Padamjauh ke kuantan pegi parcel tu ye..moga selamat smp destinasi lps buat report ni
BalasPadamParcel nak berjalan juga Amy. Bosan nak gi KL. Geram sebenarnya sebab boleh tiba lagi awal tapi berjalan tempat lain dulu.
Padamnice sharing Ezna, macam-macam kes kan, tak mustahil satu hari terjadi kat kita yang kaki shopping online ni :)
BalasPadamYa betul. Kalau berlaku, boleh la jadikan kes ni sebagai panduan.
Padamalamak jauhnya tersasar dari alamat yg sptutnya ye
BalasPadamYa Ana...tu la pelik tu...
PadamJauhnya sampai Kuantan ni. Pernah juga courier dari dah sampai Kuantan pastu ke Shah Alam, patah balik Kuantan. Hairan sungguh lah.
BalasPadamEh syok betul dia ulang alik ya?. Sebenarnya memang tak faham. Bukan ke mereka guna mesin penyisih tu yang boleh detect poskod mana etc?.
PadamIlmu baharu ni... TQ
BalasPadamYou are welcome UG.
PadamTeringat berapa tahun yg lepas saya pos barang pergi UKM, tapi barangnya sampai ke KUIS. 2 kali pulak tu jadi gitu.. punyalah jauh UKM dgn KUIS tu haha geram je! Tapi nasib baik dapat balik lepastu.
BalasPadamBiasa if buat report nnti brg akan sampai pada kita juga insyaAllah
Rabun agaknya tukang hantar tu ya?. Beza kan UKM dan KUIS tu. Satu kat Bangi, satu lagi kat Bandar Seri Putra.
PadamJauh betul sesatnya tu ha....nasib dah okey semuanya
BalasPadamParcel pun nak pusing2 satu Malaysia, tak faham betul.
BalasPadamKadang beli dalam Selangor gak, boleh pula dia round sampai JB. Eh? seb baik sampai on time.