Rabu, Januari 8

Bangunan nostalgia & Kamera ‘old school’

Lepas kami makan di Burgerman tu kami menuju ke Kuala Lumpur. Ayah nak hadiahkan Dania something. 

Dari jauh bangunan Merdeka 118 tersergam tinggi. 


Lepas tu kami melalui Jalan Raja Laut dan singgah kejap Maybank Wisma PKNS Jalan Raja Laut. Nak masukkan duit dulu kat sini.

Apa nostalgianya Maybank kat sini?. Kat sinilah saya buka akaun education fund Dania. Masa tu Dania berumur 5 bulan. 


Bangunan atas ni dulunya nama Wisma PKNS. Masa tu tahun 2000 rasanya. Terletak sebelah dengan DBKL je. Memang sebelah je. Tempat saya berhijrah dari Kontena Nasional ke Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). LKIM sekarang ni dah berpindah ke bangunan sendiri di Pulau Meranti, Cyberjaya. Besar kawasannya. LKIM beli tanah kat situ. 


Ni nak ke tempat parking Pertama Complex. Sebelah Pertama ni Bangunan Mara tempat saya ambil kursus perkahwinan saya dengan tunang (sekarang hubby) masa tu. Sebab apa tau? Sebabnya nanti sijil tu saya boleh pick up je sendiri sebab boleh je jalan kaki ke sini dari office. Sijil ambik masa nak siap. 


Ok dah tiba dah Foto Selangor dalam Pertama ni. 


Hubby menghadiahkan Dania kamera lama yang guna filem gulung tu. Kodak ada keluar kamera lama yang diperbaharui ni. Lebih ringan kameranya. Tapi...lepas habis semua dah guna kena cuci la gambarnya. Macam dulu-dulu....


Uncle Johnny ni keluar pulak kamera lama dia ni nak tunjuk. Diperbuat daripada besi ni....berat. Uncle ni kata baling anjing pun mati...😅


Ada harga RM199, RM299...barisan bawah....


Ini pula RM99 tapi luarnya daripada plastik jadi nampak tak tahan. Padan dengan harga. 


Seronok Dania dapat kamera baru ala 'old school'. Filem pula berharga RM49 satu gulung yang boleh ambik 70++ shot. Kamera ni juga guna 1 bateri AA. 


Lepas tu minum petang dulu la kat dalam Pertama ni. Makan cucur sayur. 


Ni lalu kat salah satu keda uniform. Sini pun ada juga jual coverall macam biru gelap ni. Dania tengah tunggu tempahan coverall dia yang akan dipakai semasa buat amali dengan haiwan. Macam ni 1 suit ajer tapi yang Dania punya kelas lecturer request baju dan seluar asing sebab cuaca kat Malaysia ni makin panas. Dah la dalam tu memang ada pakai baju dan seluar juga. 


Nampak pula panggung wayang Odeon dulu. Dah dijadikan tapak bazar pula. 


Masa ni kami selepas solat di Masjid Negara. Hubby tunggu kat luar. 


 Lepas ni kami nak mencari....mencari apa?. Kita tunggu lepas ni...





XOXO,
Ezna

6 ulasan:

  1. Wahhh..Best ni sis..Ini la yg kita gunakan dulu utk amik gmbr...Smp skrg harga dia bleh tahan jgk kan...Cuma filem tu upgrade byk tu..Dulu bukan ke setakat 36 keping je?

    BalasPadam
  2. nostaligia betul camera lama guna kodak ni

    BalasPadam
  3. waaa wujud lagi yer kamera klasik gini...cute laaaa

    BalasPadam
  4. Filemnya sangat mahal, dedulu murah ja. Cuci gambar tu yg mahal. Comelnya...

    BalasPadam
  5. Ye SA dulu ada 2 camera lama ni jenama Sony..rasanya masih elok lagi...Mahl erk film dia..kalau tak salah dulu ikut berapa keping satu gulung film

    BalasPadam
  6. Dania senang sekali mendapat hadiah kamera old school ya Mbak.
    Iya ya sekarang banyak dijual kamera lama dengan film yang digulung dan harus cuci-cetak film bila fotonya ingin di print.

    Salam,

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...