Selasa, Januari 21

Reversible Mickey Mouse bucket hat

Saya nak mencari bucket hat untuk Dania pakai masa amali di tempat haiwan. Sebelum ni cuma ada satu je bucket hat. Kalau basuh, guna balik. Jadi tak ada tukar-tukar bucket hat dia. Bucket hat ni best sebab dia tutup keliling. Kalau pakai cap ala baseball tu dia tutup depan je. 

Kalau boleh nak cari yang warna kelabu sebab nanti boleh match / sedondon dengan coverall Dania warna kelabu ni. 


Bila google ternampak Bucket Hat dari Forest yang kalau kat shopping mall tu jual baju dan seluar sukan. Ada jual Bucket Hat kolaborasi dengan Disney karakter Mickey Mouse sempena Disney dah berumur 100 tahun. Lama dah Disney ni di pasaran ya.....dari saya kecik dah ada karakter Disney ni. 

Bucket hat hitam ni ada muka Mickey Mouse. 

Credit : Forest Clothing

Uniknya sebab bucket hat ni kalau bertukar side lain berwarna kelabu pulak. Bucket hat yang sama tapi boleh pakai dua side. Side lagi satu warna kelabu. Memang ngam dengan coverall Dania nak buat amali. 

Belah kelabu ni pula Mickey buat gaya lain pulak. Siap ada badan Mickey.  

Credit : Forest Clothing

Bucket hat sebelum ni Aunty Ris (Raja Intan Syariah) kawan ummi beli dari Korea. Tu yang sulam nama Dania in Hangul. Harganya within budget la. Takde la mahal sebab beli bucket hat je pun. 


Memang pakai la masa amali tapi bila basuh pakai je yang sama takde bertukar-tukar. Masa ni coverall yang ditempah satu kelas tak siap lagi. 


Kalau pakai bucket hat ni boleh la tukar2 warna kejap hitam kejap kelabu (konon 2 topi yang berbeza). Comel pulak Mickey Mouse tu. Mickey ni klasik jadi orang dewasa pun boleh je pakai. Lepas tu tukar2 dengan bucket hat biru yang sedia ada. 😊





XOXO,
Ezna




18 ulasan:

  1. Best kan bucket hat yg reversible camni, boleh tukar2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya nanti orang tak perasan pun pakai topi yang sama je sebenarnya. Hehe.

      Padam
  2. Balasan
    1. Ya kelabu tu satu badan. Kalau hitam tu muka dia je.

      Padam
  3. Sy antara penggemar Mickey & Minnie Mouse. Mereka sentiasa nampak comel tapi yang hidup punya kenapa kita takut??? Hahaha. Berbaloi jugak beli bucket hat yng boleh terbalik-terbalik ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.....siap naik atas kerusi lagi kalau 'mouse' yang tu. Menjerit-jerit.

      Padam
  4. Cantik bucket hat ni...nak suruh Nia beli ni la..dia pakai cap biasa je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan SA sebab kalau bucket hat ni tutup la keliling. Comey pun comey sebab ada Mickey.

      Padam
  5. cantik topi camni sbb bole tukar side dlm ke luar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya konon ada 2 topi yang berlainan. Padehal 1 topi je.

      Padam
  6. cutenya bucket hat dania!! emmm tiba2 i teringat kat arwah ayah i sbb dia wajib pakai bucket hat ni setiap kali pergi kebun... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya la Suzz memang sesuai topi ni untuk buat aktiviti. Kadang2 ada je yang mengingatkan sesuatu pada mereka yang dah pergi dulu kan? I doakan ayah you ditempatkan di taman-taman syurga.....aamiin.

      Padam
  7. sy pun ada bli 1 bucket hat ni in case tetiba kena g menoreh kannn🤣🤣 ada 2 kaler jg hitam & light yellow

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menoreh travel eh maksudnya?. Sesuai je apa aktiviti pun. Pakai topi pun stylo. Hehehe.

      Padam
  8. Bagus ada topi ni kalau dah di bawah direct sinaran matahari .. alhamdulillah dania dpt satu dari korea auntie dia bagi yer.. tetiba nak beli jugak hahaha :D

    BalasPadam
  9. 2 in 1.
    Boleh lah digayakan ikut kesesuaian warna nanti.

    BalasPadam
  10. cute..iris pun ada bucket hat satu tapi jarang2 plak dia pakai

    BalasPadam
  11. Kemarin saya lihat ada yg jual bucket hat, dengan sulaman kucing. 😄. Cantiiiik sangat. Pasti cocok buat Dania yg penyuka kucing. Kalo saya tak terlalu suka pakai bucket hat ini memang. Merasa tak cocok 😅

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cara tukar program bacelor di UPM

Setelah selesai 2 semester di UPM @ 1 tahun, please alert dengan iklan Permohonan Pertukaran Program di SMP (Sistem Maklumat Pelajar) ya. P...