Semalam merupakan kelas terakhir untuk Dania semester 2024/2025 ni. Ada presentation juga untuk kelas Integriti & Antirasuah. Baju untuk presentation kali ni lebih simple tapi nampak kemas. Ni ambik gambar masa tengah panaskan enjin.
Hijabnya gaya menari-nari kat sebelah muka. Kalau hijab fesyen macam ni memang tak boleh pakai masa ke amali dengan haiwan takut-takut kena gigit dek haiwan je. Kena kemas.
Ni masa balik. Dania cerita feedback lecturer. Kata lecturer walaupun subjek ni silibus baru semua presentation bagus. Alhamdulilah. Ada chance la dapat markah lebih untuk carry marks dan keseluruhan. Subjek ni tak ada final exam. 100% bergantung kepada Test 1 & Test 2, presentation, assignments dan kehadiran.
Subjek Integriti & Antirasuah baru je diperkenalkan tahun lepas. Fakulti Kejuruteraan dah ambil subjek ni (tak sure fakulti lain camne) cumanya Fakulti Pertanian baru ambil subjek ni tahun ni sebagai subjek wajib universiti kalau nak graduasi. Tak silap saya semua Universiti Awam (UA) wajib ambil subjek ni.
Alhamdulilah. Selesai sudah semester 1 2024/2025. Bermula Isnin nanti sampai seminggu, study week sebelum Dania memulakan kertas pertama Academic Writing pada 3 Februari, seterusnya pada 4 Februari 2 paper, 10 Feb dan 20 Feb.
Masa 4 Feb 2024, gap sebelum ke paper petang tu saya akan sediakan sandwich kot. Tak berat sangat tapi mengenyangkan sebelum ambil paper petang tu. Pulak tu paper pagi di main campus dan paper petang kat Fakulti Pertanian. Gap dia cuma 1 jam. Kalau naik bas tu memang ambik masa sikit la. Memang saya yang akan pick up Dania pun.
Kalau Universiti Putra Malaysia ni lepas study week tu jeng jeng....bersedialah untuk final exam ya....Moga allah permudah semuanya untuk anak ummi ni.
***Cantik ya tarikh hari ni 25.01.25. Dengar jiran belakang ni dok berkompang. Pengantin dah sampai. Lepas Zohor nanti kami bertandang. 😊
XOXO,
Ezna
insyallah nanti exam semua akan berjalan lancar
BalasPadamSemoga berjaya.... Insyallah senang jer tu presentation akhir ni.. tgh hari ini makan free la sbb dah kompang berpalu hihii.. alhamdulillah:D
BalasPadamEnjoy your student life Dania, nanti akan rindu moment ni :D
BalasPadamAcik PH rindu pulak nak buat presentation hihi...
Gantung kuali la hari ni Ena ye...
Tak perasan tarikh harini cantik hehe
BalasPadamDalam kereta ada kereta
BalasPadamAll the best utk dania!! Cute beg dania yg design bunga2 tu.subject anti rasuah tu rasa mcm tak de kat faculty i tp may be kena amik under general subjects kat faculty lain as graduating requirement
BalasPadamselamat berjaya dania!
BalasPadamkehidupan sbg seorg pelajar mmg takkan lepas drpd presentation, paper work selain mid term dan final exam ;-)
Moga semuanya baik² sahaja ..
BalasPadamall the best Dania!!!
BalasPadamSampai skr saya masih bingung cara buat style tudung macam Dania pakai 😄😄. Pasti tak bisa rapi kalo saya buat. 😅
BalasPadam